Apa itu Premium & Cara Kira Premium Untuk Waran

Loading...

Dalam artikel sebelum ini, 5 perkara wajib tahu sebelum membeli waran ada menerangkan sedikit mengenai apa itu premium.
Kali ini saya akan terangkan lagi mendalam bersama dengan contoh agar anda lebih memahami topik ini.

Sebelum itu, sedikit recap mengenai waran, 5 perkara penting yang wajib kita ketahui adalah
Premium = Waran + exercise price
Semakin rendah premium , semakin murah warrant tersebut berbanding saham induk dan risiko semakin rendah


•Mother share price : RM 0.47
•Warrant price : RM 0.04
•Exercise price : RM 1.12
Premium
=[warrant price + exercise price – mother share price] / mother share price x 100%
=(RM 0.04 + RM 1.12 – RM 0.47 )/RM 0.47 x 100% = 147%


Premium :
=[warrant price + exercise price – mother share price] / mother share price x 100%
=(RM 0.405 + RM 0.13 – RM 0.58) / RM 0.58 x 100% = -7%
Pendapat koranglah kan jika dibandingkan nilai premium untuk HIBISCUS-WC dan APPASIA-WA mana satu yang untung dan mana satu yang rugi? Nilai positif atau nilai negatif?
Sudah semestinya bila nilai lagi rendah. Kat atas tadi saya dah mention awal-awal bahawa
Semakin rendah premium , semakin murah warrant tersebut berbanding saham induk
Semoga Bermanfaat!
Premium ialah kos tambahan yang perlu dibayar oleh pelabur apabila membeli waran berbanding membeli saham induk secara langsung. Ia dikira berdasarkan perbezaan antara harga waran ditambah exercise price dengan harga saham induk semasa.
Formula premium ialah: [(Harga Waran + Exercise Price - Harga Saham Induk) / Harga Saham Induk] x 100%. Nilai premium yang positif bermaksud waran lebih mahal berbanding saham induk, manakala nilai negatif bermaksud waran lebih murah.
Ya, secara amnya semakin rendah premium, semakin murah waran tersebut berbanding saham induk. Waran dengan premium negatif bermakna anda boleh mendapatkan pendedahan kepada saham induk pada harga yang lebih rendah melalui waran.
Selain premium, pelabur perlu mempertimbangkan tarikh luput waran, nisbah penukaran (conversion ratio), kecairan waran di pasaran, dan juga arah pergerakan harga saham induk. Semua faktor ini mempengaruhi potensi keuntungan waran.
Sedia untuk mula melabur? Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham sekarang.
Muat turun ebook asas saham percuma untuk fahami asas pelaburan saham dengan mudah.
Bacaan lanjut: