Tiga Konsep Asas Dalam Analisa Teknikal

Loading...

Analisa teknikal merupakan salah satu method kajian dalam dunia kewangan untuk menjangkakan pergerakan harga saham.
Ia juga boleh diaplikasikan dalam apa juga jenis trading seperti forex, futures dan pasaran komoditi.
Analisa teknikal menggunakan 3 pendekatan iaitu market action discounts everything, price move in trend dan history repeat itself. Apa yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga ini?
Di sini bermaksud hal yang menjadi perkara utama dari sudut analisa teknikal adalah ianya hanyalah pergerakan harga naik dan turun sesuatu syarikat yang di dagangkan di Bursa Malaysia. Terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan sesuatu harga saham antaranya adalah melalui faktor ekonomi, berita global, psikologi manusia, politik dan lain-lain. Hal ini dapat ditentukan dalam pergerakan harga saham. Adakah anda perasan?
Adakah anda menilai dahulu trend sesuatu harga sebelum anda ingin membeli? Tahukah anda pergerakan harga dipercayai bergerak dalam sebuah trend. Ini bererti apabila trend harga sudah terbentuk, pergerakan harga di masa depan juga akan bergerak ke arah yang sama sehinggalah trend sebaliknya mulai terbentuk.
Jika anda perasan, kebanyakan sistem trading dibuat berdasarkan statement ini. Anda akan dapat lihat ada 3 trend dalam pergerakan harga iaitu uptrend, downtrend dan sideways.
Tahukah anda sesuatu pergerakan harga akan berulang? Teknikal analisis percaya bahawa sejarah akan berulang kembali. Maksudnya jika sesuatu saham dengan trend tertentu terjadi, maka dikemudian hari trend seperti itu akan terjadi juga.
Untuk menjalankan kajian, terdapat pelbagai jenis chart yang boleh diguna seperti line chart, bar chart, point and figure chart dan yang paling popular digunakan ialah candlestick chart. Chart ini akan digabungkan dengan kehadiran volume serta indicator.
Dalam teknikal analisis, terdapat indicator seperti moving average, MACD, Stochastic, RSI dan macam-macam lagi. Fungsi indicator ini secara umumnya untuk menunjukkan trend pergerakan saham, status harga sama ada sudah terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk dibeli.
Tiada indicator “ajaib” yang boleh menentukan 100% tepat apa yang bakal terjadi esok. Tetapi kebiasaannya harga akan mengikut pattern tertentu dan boleh dijangka pergerakan melalui indicator.
Indicator dalam analisa teknikal terdapat yang bersifat “leading” tetapi banyak false signal, manakala yang “lagging” bersifat lebih confirm, tetapi lambat. Maka perlu diketahui bila perlu digunakan setiap indicator ini. Tidak semua sesuai digunakan pada setiap masa.
Tak tahu nak gunakan indicator yang mana satu? Jangan risau, kami ada sediakan video tutorial untuk anda belajar tentang Indikator Relative Strength Index (RSI), Indikator MACD dan Indikator Bollinger Bands
Memandangkan terdapat banyak teknik yang boleh digunakan dalam analisa teknikal, terpulang kepada anda untuk mencuba pakai mana-mana teknik yang dirasakan berkesan.
Analisa teknikal adalah kaedah kajian yang menggunakan carta dan data harga lepas untuk menjangkakan pergerakan harga saham pada masa hadapan.
Tiga konsep asas ialah Market Action Discounts Everything, Prices Move In Trends, dan History Repeats Itself.
Indikator leading memberi signal awal tetapi banyak false signal, manakala indikator lagging lebih tepat tetapi lambat memberikan signal.
Ya, analisa teknikal boleh diaplikasikan dalam saham, forex, futures, dan pasaran komoditi.
Menguasai asas analisa teknikal adalah langkah penting untuk menjadi pelabur yang lebih berdisiplin — pastikan anda sudah mempunyai akaun CDS untuk mula berdagang.
Jom buka akaun CDS bersama Mahersaham untuk mula melabur dalam saham di Bursa Malaysia.
Muat turun Ebook Asas Saham percuma untuk pelajari asas pelaburan saham dari sifar.
Bacaan lanjut: