|

Macam mana keadaan pasaran sekarang ni? Macam mana nak tahu?

Pasaran di sesebuah negara boleh diukur dengan Indeks Pasaran negara tersebut.

Di Malaysia, indeks yang melambangkan pasaran Malaysia kesuluruhannya ialah Indeks KLCI.

Sebelum kita pergi ke indeks KLCI, tahu kan apa maksud saham? Kalau tak tahu, baik kita baca dulu apa itu saham.

Ok, sekarang ni, apa pula maksud indeks?

Indeks ialah pergerakan gabungan pengiraan level harga beberapa syarikat yang termasuk dalam sesuatu kumpulan.

Kita ambil indeks KLCI sebagai contoh. Indeks KLCI ialah satu kumpulan yang  menggabungan 30 syarikat terbesar yang terdapat di Bursa Malaysia.

30 syarikat terbesar 

  1. AIRPORT
  2. AXIATA(S)
  3. CIMB
  4. DIALOG(S)
  5. DIGI(S)
  6. GENM
  7. GENTING
  8. HAPSENG
  9. HARTA(S)
  10. HLBANK
  11. HLFG(S)
  12. IHH(S)
  13. IOICORP(S)
  14. KLCC(S)
  15. KLK(S)
  16. MAXIS(S)
  17. MAYBANK
  18. MISC(S)
  19. NESTLE(S)
  20. PBBANK
  21. PCHEM(S)
  22. PETDAG(S)
  23. PETGAS(S)
  24. PMETAL(S)
  25. PPB(S)
  26. RHBBANK
  27. SIME(S)
  28. SIMEPLT(S)
  29. TENAGA(S)
  30. TM(S)

(S yang berada dalam kurungan itu menandakan syarikat itu patuh syariah)

Indeks ini digunakan sebagai indikator untuk menilai prestasi syarikat-syarikat secara keseluruhannya.

Secara kasarnya, jika kita hendak tahu bagaimana keadaan pasaran pada waktu ini, kita boleh terus merujuk indeks KLCI ini kerana ia melambangkan keadaan pasaran di Bursa Malaysia.

Kalau di Amerika, indeks ‘KLCI’nya dikenali sebagai ‘Dow Jones Industrial (DJI)’, di Jerman dikenali sebagai ‘DAX’, di Jepun pula dikenali sebagai ‘Nikkei’. Jadi sama juga seperti di Malaysia, secara kasarnya, jika kita nak tahu macam mana keadaan pasaran di Amerika, rujuk saja DJI, dan kalau kita nak tahu keadaan pasaran di Jerman, rujuk sahaja indeks DAX, dan begitulah seterusmya.

Di Malaysia, terdapat juga beberapa indeks yang lain selain indeks KLCI, masing-masing mewakili gabungan syarikat yang tertentu.

Jom kenali indeks-indeks yang terdapat di Malaysia 

  1.  KLCI : Mewakili 30 syarikat terbesar di Malaysia
  2. Mid 70 : Mewakili 70 syarikat terbesar di Malaysi selepas 30 syarikat indeks KLCI.
  3. Top 100 : Mewakili gabungan antara indeks KLCI dan indeks Mid 70.
  4. Hijrah Syariah : Mewakili 30 syarikat terbesar yang patuh syariah
  5.  EMAS : Mewakili gabungan antara indeks Top 100 dan juga  Indeks Small Cap
  6. ACE : Mewakili syarikat yang terdapat di ACE market.

Lebih mudah jika anda rujuk gambar yang disertakan ini.

saham


Anda newbie dalam saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.