Beza Kos Intraday & Swing, Kenapa Perlu Exclude Intraday?
Secara umumnya semua orang mengetahui bahawa Malacca Securities Sdn Bhd atau MPlus menawarkan brokerage fee atau kos jual beli saham antara yang termurah berbanding broker lain.
2 Rate Yang Berbeza
Bagi mereka yang buka akaun CDS Cash Upfront, Mplus memberikan 2 rate yang berbeza untuk anda iaitu rate Intraday dan rate Swing.

Brokerage fee yang dikenakan oleh MALACCA SECURITIES adalah seperti berikut:
INTRADAY | 0.05% | Minima RM8 |
SWING | 0.08% | Minima RM8 |
Jadi, setiap kali berlaku transaksi BUY dan SELL pelabur akan dikenakan caj brokerage fee dan beberapa caj lain. Boleh baca lebih lanjut disini : Caj Terlibat Dalam Saham
Untuk artikel ini kita hanya akan fokuskan pada BROKERAGE FEE sahaja agar anda lebih mudah faham apa yang akan berlaku.
Apa itu Intraday
Sebelum kita teruskan kepada main point untuk artikel ini iaitu “Kenapa Perlu Exclude Intraday” adalah lebih baik untuk anda faham apa yang dikatakan sebagai intraday
Intraday adalah proses jual dan beli saham yang sama, pada jumlah yang sama, yang berlaku dalam hari yang sama |
Apabila berlaku 2 transaksi jual dan beli saham yang sama pada hari yang sama, secara automatiknya brokerage fee yang dikenakan kepada anda adalah caj intraday iaitu 0.05% atau minima RM 8
Contoh :
- Ahmad beli 100 lot saham A pada hari Isnin jam 9.30 pagi
- Ahmad kemudian jual 100 lot saham A pada hari Isnin jam 4.30 petang
“Berbaloilah macam tu. Dapat rate yang lebih rendah. Kenapa nak kena exclude intraday pula?”
Mengapa Perlu Exclude Intraday?
Tidak menjadi masalah sekiranya anda jual dan beli kuantiti saham yang sama pada hari yang sama, tetapi akan menjadi konflik apabila kuantiti saham yang anda beli dan jual berbeza.
Untuk lebih mudah faham, saya akan terangkan dalam bentuk situasi dibawah:
Situasi 1
- Ahmad beli Saham A sebanyak 150 lot pada hari Isnin jam 9.30 pagi
- Ahmad jual Saham A sebanyak 100 lot pada hari Isnin jam 3 petang
- Baki Saham A yang masih dalam pegangan Ahmad adalah 50 lot
Apa yang akan berlaku jika tidak Exclude Intraday?
- 100 lot saham dijual dan dibeli akan “dipasangkan” sebagai intraday
- 100 lot dibeli dikenakan caj 0.05% atau minima RM 8
- 100 lot dijual dikenakan caj 0.05% atau minima RM 8
- 50 lot saham yang berbaki dikenakan caj semasa pembelian sebanyak 0.08% atau minima RM 8
- Total jumlah Brokerage Fee yang dikenakan adalah sebanyak 3 kali
Apa yang akan berlaku jika Exclude Intraday?
- Kesemua 150 lot saham yang dibeli dikenakan caj 0.08% atau minima RM 8
- 100 lot saham yang dijual dikenakan caj 0.08% atau minima RM 8
- Total jumlah Brokerage Fee yang dikenakan adalah sebanyak 2 kali sahaja
Situasi 2
- Ahmad beli Saham A sebanyak 100 lot pada hari Isnin jam 9.30 pagi
- Ahmad jual Saham A sebanyak 100 lot pada hari Selasa jam 9.30 pagi
- Ahmad beli semula Saham A sebanyak 150 lot pada hari Selasa jam 3 petang
- Baki Saham A yang masih dalam pegangan Ahmad adalah 50 lot
Apa yang akan berlaku jika tidak Exclude Intraday?
- 100 lot saham dijual dan dibeli pada hari Selasa akan “dipasangkan” sebagai intraday
- 100 lot dibeli dikenakan caj 0.05% atau minima RM 8
- 100 lot dijual dikenakan caj 0.05% atau minima RM 8
- 100 lot saham dibeli pada hari Isnin dikenakan caj semasa pembelian sebanyak 0.08% atau minima RM 8
- Baki 50 lot yang dibeli pada Selasa dikenakan caj semasa pembelian sebanyak 0.08% atau minima RM 8
- Total jumlah Brokerage Fee yang dikenakan adalah sebanyak 4 kali
Apa yang akan berlaku jika Exclude Intraday?
- 100 lot saham yang dibeli pada Isnin dikenakan caj 0.08% atau minima RM 8
- 100 lot saham yang dijual pada Selasa dikenakan caj 0.08% atau minima RM 8
- 150 lot saham yang dibeli pada Selasa dikenakan caj 0.08% atau minima RM 8
- Total jumlah Brokerage Fee yang dikenakan adalah sebanyak 3 kali sahaja

Anda juga boleh tonton video dibawah untuk lebih memahami tentang perkara ini :
Request Exclude Intraday
Bagi mengelakkan lebihan brokerage fee dikenakan kepada anda apabila transaksi jual dan beli saham yang sama dilakukan pada hari yang sama, anda perlu mohon untuk Exclude Intraday.
Request Exclude Intraday melalui Remisier anda.
Untuk client CDS Maher Alias, anda boleh mohon untuk Exclude Intraday menggunakan google form yang telah disediakan.
Dapatkan link google form tersebut di Mahersaham Support Bot

Anda juga boleh rujuk artikel ini untuk penerangan cara request exclude intraday
Selamat Berdagang.
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan semua kelebihan sebagai client saya secara PERCUMA.
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.