| |

Bersederhana Dalam Emosi Ketika Trading

Kalau kita untung, tak perlu nak bangga sangat dan kecoh,atau teruja lebih sebab merasakan kita penyebab utama keuntungan tersebut.

.

Kalau kita rugi pula,jangan terus kecewa,frust menonggeng sebaliknya belajarlah untuk terima kerugian dengan tenang dan perbaiki di mana silapnya.

.

Kalau memang kita dah follow plan kita, maka tak ada apa yang perlu dikesalkan.

.

Begitulah antara perkongsian saya kepada pelajar dari UiTM Kedah course Fin552 di mana akan ada semester mereka kena cover topik Investment Analysis and Portfolio, serta semester berikutnya adalah Futures and Options.

Dalam masa yang sama juga,saya ada berpesan, trading demo tak sama macam real trading. Sakit hilang duit itu real, kalau demo nanti takutnya dia didik untuk jadi tak serius.

.

Trading bukan game dalam erti kata kalau loss semua boleh restart balik. Kadang-kadang untuk sesetengah orang, habis duit bermaksud game over.

.

Trading juga bukan mudah,kalau orang tu genius, IQ tinggi, hebat akademik maka akan automatik jadi professional trader. Ada elemen psikologi juga di dalam trading.

.

Falsafah dalam trading atau investing sepatutnya adalah falsafah yang kita pegang juga dalam hidup kita.

.

Terima kasih puan Fauziah dan Dr Yanti atas jemputan.

.

Jika ada sesiapa berminat untuk menjemput saya memberikan perkongsian, boleh klik link ini wa.link/gv7vre

(Kalau fizikal saya prefer sekitar negeri Melaka)

Similar Posts