Berjaya Food Berhad-Minum Starbuck, Tapi Kesian Tak Kenal Syarikat Starbuck ?
Korang mesti pernah beli air Starbuck di Mall atau premis Starbuck di kawasan tempat tinggal anda kan.
Sampaikan viral air Sally ramai betul yang nak rasa kesedapan air Starbuck ni.
Tapi korang tahu tak sebenarnya korang boleh jadi sebahagian dari pemilik Starback juga tau. Macam mana? Baca artikel ini sampai habis untuk tahu.
Jadi dalam artikel ini akan menerangkan tentang syarikat Starbuck iaitu salah satu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Berjaya Food Berhad
Syarikat Berjaya food Berhad, BJFood ditubuhkan pada 21 oktober 2009.
Pada 3 Disember 2009 ia menjadi public limited company dan masuk Bursa Malaysia di Main Market pada 8 mac 2011.
Salah satu skim penyenaraian, BJFood mengambil alih Berjaya Roasters Sdn Bhd dan menjadi anak syarikat kepada BJFood.
Pada 19 julai 2012 BJFood telah berjaya memiliki Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd sebanyak 11,500,000 iaitu 50% kepentingan ekuiti tersebut.
Manakala baki 50% lagi dipegang oleh Starbucks Coffee Company Sdn Bhd iaitu Starbucks Coffee International (SCI).
Jadi Starbucks juga merupakan salah sebuah anak syarikat kepada BJFOOD.
Bukan itu sahaja, terdapat 2 lagi anak syarikat di bawah BJFOOD iaitu Jollibean Foods Pte Ltd dan Ser Vegano Sdn Bhd atau di kenali dengan SALA.
Kira korang makan Kenny Rogers tu milik BJFood ni la. Alang-alang dah makan Kenny Rogers dan minum Starbuck kenapa tak jadi pemilik syarikat-syarikat ni sekali.
Benda boleh buat 2 dalam 1 kenapa buat 1 je, ye dok?
Board of Director BJFOOD

Chairman:
Dato’ Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin
Beliau merupakan putera bongsu kepada Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Malilha binti Almarhum Tengku Ariff.
Beliau juga merupakan cucunda Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman.
Setelah menamatkan pengajian di Kansas Wesleyan University, Tunku Shazuddin Ariff telah berkhidmat di beberapa syarikat di Los Angeles, United State of America.
Apabila pulang ke Malaysia, beliau memulakan kerjaya bersama Johan Design Associates selama 5 tahun.
Beliau telah ditugaskan untuk menguruskan pelbagai projek beberapa syarikat terkemuka seperti Petronas F1, Malaysia Airlines, RHB Bank, Northport dan pelbagai Kementerian di Malaysia.
Beliau meneruskan kerjaya dalam industri yang sama dengan syarikat – syarikat terkemuka yang lain seperti di Hewlett Packard, Data One dan Keppel Group of Singapore sehingga tahun 2001.
Pada tahun 2002, Tunku Shazuddin Ariff menceburi bidang perniagaan reka bentuk, dengan menubuhkan Syarikat Rethink Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Branding & Graphic Design dan Syarikat Reka 3 Sdn Bhd yang mempunyai kepakaran dalam bidang Interior Design.
Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan Pengarah Urusan Seri Libana Sdn Bhd.
Chief Executive Officer
Dato’ Sydney Lawrance Quays
Non-Independent Non-Executive Directors
Tan Thiam Chai
Chai berkelulusan Diploma Perdagangan (Perakaunan Kewangan) dari Kolej Tuanku Abdul Rahman dan juga menamatkan kursus profesional Association of Chartered Certified Accountants (UK) pada tahun 1981.
Beliau merupakan ahli Felo Persatuan Akauntan Bertauliah (UK) sejak 1990 dan juga ahli Institut Akauntan Malaysia.
Beliau menyertai Berjaya pada awal tahun 1991 sebagai Pengurus Kewangan sebuah anak syarikat operasi dan dinaikkan pangkat kepada Pengurus Operasi.
Pada tahun 1992, beliau telah ditukarkan ke Ibu Pejabat Korporat Berjaya untuk mengetuai Kumpulan Audit Dalaman dan pada tahun 1993, beliau telah dinaikkan pangkat untuk menyelia Perakaunan Kumpulan Berjaya.
Pada masa ini, beliau ialah Ketua Pegawai Kewangan Berjaya Corporation Berhad dan juga mengetuai Bahagian Akaun & Belanjawan Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Berjaya Corporation.
Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Berhad, Pengarah Magni-Tech Industries Berhad, Berjaya Food Berhad, Cosway Corporation Berhad, Indah Corporation Berhad dan Cosway Corporation Limited (Hong Kong).
Akhir sekali, Chai ada memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat sendirian berhad yang lain.
Chryseis Tan Sheik Ling
Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Vincent Tan.
Chryseis Tan Sheik Ling kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Berjaya Assets Berhad terlibat terutamanya dalam pemasaran dan pengurusan keseluruhan Berjaya Times Square Mall terletak di Kuala Lumpur.
Beliau juga merupakan Pengarah Berjaya Assets Food (BAF) Sdn Bhd (“BAF”), anak syarikat milik penuh Berjaya Assets Berhad.
Beliau juga menyelia kepentingan BAF dalam industri Makanan & Minuman.
BAF telah memperoleh hak untuk menguruskan francais Greyhound Café dari Bangkok, Thailand ke Malaysia dengan kejayaan pembukaan cawangan pertamanya di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Beliau merupakan Pengarah dan Pengerusi Natural Avenue Sdn Bhd (NASB), anak syarikat Berjaya Assets Berhad sejak 1 Ogos 2014.
NASB ialah ejen eksklusif untuk Loteri Ramalan Nombor Sapu Tunai Khas Sarawak di Sarawak.
Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Berhad dan Berjaya Land Berhad serta Ketua Pemasaran Four Seasons Hotel and Residences Kyoto, Jepun iaitu sebuah projek pembangunan hotel dan kediaman.
Ianya dijalankan oleh Berjaya Kyoto Development (S) Pte Ltd, sebuah syarikat bersekutu Berjaya Land Berhad.
Beliau juga memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat sendirian berhad yang lain.
Independent/Non-Executive Directors
Datuk Zainun Aishah Binti Ahmad
Datuk Zainun Aishah berkelulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Kepujian dalam bidang Ekonomi.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), agensi utama kerajaan Malaysia untuk penggalakan dan penyelarasan pembangunan perindustrian di negara tempat beliau bekerja selama 35 tahun.
Dalam tahun perkhidmatannya, beliau memegang pelbagai jawatan penting dalam MIDA serta dalam beberapa majlis strategik negara.
Peranan pentingnya terutama sebagai Pengarah Projek Negara dalam penggubalan Pelan Induk Perindustrian Malaysia yang pertama. Beliau adalah Ketua Pengarah MIDA selama 9 tahun dan Timbalan Ketua Pengarah selama 11 tahun.
Datuk Zainun Aishah merupakan Director Tenaga Nasional Berhad, Kulim Hi-Tech Park dan Malayan Banking Berhad.
Pada masa ini, antara jawatan pengarah lain yang disandang dalam syarikat lain seperti Microlink Solutions Berhad, Degem Bhd, Berjaya Media Berhad, Berjaya Food Bhd dan Shell Refinery Company (Federation of Malaysia) Bhd.
Dato’ Mustapha Bin Abd Hamid
Mempunyai kelulusan dari Maktab Tentera Diraja pada tahun 1972 kemudian menadapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1977 dan Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (“INTAN”) pada tahun 1978.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri.
Kemudian telah dilantik sebagai Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Paris, Perancis (1982-1985). Sepanjang 16 tahun dalam sektor perkhidmatan awam, beliau juga pernah menjadi Konsul Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia (1990-1993) dan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri (1993-1994).
Sekarang beliau merupakan pengarah syarikat awam iaitu Berjaya Food Berhad dan Teo Guan Lee Corporation Berhad.
Anak Syarikat Berjaya Food
Berjaya Food Berhad mempunyai 4 anak syarikat yang dimiliki 100% saham syarikat tersebut iaitu:
- Starbucks Coffee Company Sdn Bhd
- Roasters Sdn Bhd
- Berjaya Food International Sdn Bhd
- Food Trading Sdn Bhd
Manakala Berjaya Food international Sdn Bhd memilikki pegangan di
- Berjaya Food Supreme Sdn bhd sebanyak 80%
- Jolibean Foods Pte Ltd 65%
- Ser Vegano Sdn Bhd 50%
Financial Information Berjaya Food
Kita boleh tahu maklumat kewangan syarikat BJFOOD ini adalah seperti berikut:

Anda juga boleh lihat Revenue, Profit margin dan Profit after Tax syarikat Berjaya Food.

Jumlah dividen yang pernah diberikan oleh syarikat ini kepada shareholdernya sepanjang 2012 hingga 2022 adalah seperti berikut:

Kesimpulan
Anda boleh memiliki syarikat ini dengan menjadi shareholder syarikat kerana syarikat ini listed di Bursa Malaysia.
Sesiapa sahaja boleh beli saham syarikat ini. Tapi nak jadi shareholder anda perlu ada akaun CDS.
Belum ada akaun CDS, anda boleh daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.