Berapa Modal Untuk Newbie Saham
Modal Saham Minimum
Bila menyentuh tentang berapa nilai minimum modal saham yang diperlukan dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Ia menimbulkan lagi persoalan dalam fikiran rakyat marhaen, adakah saham ini hanya untuk mereka yang jutawan sahaja? Adakah hanya orang kaya-kaya sahaja boleh terlibat dalam pelaburan saham?
Hanya satu cara yang boleh kita ketahui iaitu melalui rujukan harga saham dalam Bursa Malaysia.
Dalam Bursa Malaysia ada pelbagai harga saham yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur yang hendak melabur.
Antara harga saham yang paling murah dan paling minimum dalam Bursa Malaysia adalah RM 0.005 seunit, YA BETUL hanya setengah sen sahaja bukan satu sen tetapi separuh daripada satu sen.
Seperti yang sedia maklum minimum pembelian saham adalah sebanyak 1 lot iaitu bersamaan dengan 100 unit.
1 LOT = 100 UNIT
Kembali kepada persoalan sebentar tadi iaitu berapa minimum modal yang diperlukan, maka nilainya adalah :
=RM 0.005 x 100 unit
= RM 0.50
Ya, anda boleh beli saham dengan modal 50 sen sahaja!
Kalau ada yang tanya berapa modal minimum, jawapannya adalah serendah RM 0.50 sahaja.
Namun timbul persoalan lain, adakah modal minimum mampu memberikan keuntungan yang semaksimum mungkin?
Adakah dengan modal RM 0.50 mampu memberi pulangan ratus-ratus ringgit?
Kalau ikut realistik semestinya jawapannya adalah tidak. Untung rugi kita bergantung kepada berapa banyak modal yang kita laburkan.
Jadinya apa yang kita perlu buat buat masa ini adalah kita kumpul lagi modal kita, sedikit demi sedikit.
Modal Saham Optimum
Modal minimum bukan modal optimum, ia merupakan dua perkara yang berbeza.
Anda perlu ada modal yang optimum untuk mendapatkan pulangan yang optimum atau ayat yang selalu orang guna adalah pulangan yang berbaloi.
Sebab kita kena ingat juga dalam pelaburan saham akan ada kos-kos yang terlibat. Selain itu kita juga perlukan kos untuk pembelajaran.
Jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda berpeluang untuk mengikuti kelas khas untuk klien Mahersaham 2 kali seminggu.
Bagi pelabur jangka masa panjang (investor), anda boleh melabur dengan modal serendah ratusan ringgit sahaja.
Sebab apa? Bila kita sentuh tentang invest, bermakna kita nak melabur untuk jangka masa yang panjang, bukannya nak beli hari ini kemudian jual pada esok hari ataupun dalam masa yang terdekat.
Apabila kita sebagai investor, setelah membeli saham, kita nak pegang saham bertahun-tahun dan kalau boleh kita nak wariskan pada anak cucu.
“Our favorite stock holding period is forever.”
Warren Buffett
Selagi mana tiada keperluan dan tiada faktor yang menyebabkan kita nak jual saham tersebut, tak perlu jual. Mengikut kata-kata Warren Buffett.
Manakala pedagang pula disarankan untuk mempunyai modal yang lebih besar. Bermula dari RM3000 ke RM5000 ringgit.
Hal ini kerana, bila nak trading, kita sekurang-kurangnya beli beberapa saham. Kita nak pelbagaikan jenis saham yang nak dibeli.
Sekiranya modal hanya RM 1000 ke RM 2000 maka keberangkalian jumlah saham yang dibeli adalah agak kecil jumlahnya dan tak sesuai untuk trading.
Cadangan yang diberikan adalah bermula dengan modal M3000 ke RM5000 untuk mendapatkan pulangan yang optimum.
Contoh target pulangan kita adalah 10% daripada modal maka:
Keuntungan = Modal x Peratus Keuntungan
1) Modal RM 300
Keuntungan = RM300 x 10% = RM 30
2) Modal RM 3000
Keuntungan = RM3000 x 10% = RM 300
Short Term Trader
Bagi yang berminat untuk menjadi short term trader (intraday, BTST), modal permulaan yang optimum adalah RM30,000
Ini kerana short term trader perlu membeli dengan jumlah lot saham yang banyak iaitu 100 lot minimum.
100 LOT = 10 000 UNIT
Contoh, jika harga saham RM0.80 seunit, beli 100 lot bermakna modal untuk saham ini sahaja adalah RM8000
=RM 0.80 x 10 000 unit
= RM 8000
Kenapa perlu beli banyak? Sebab short term trader akan jual saham walaupun naik dalam 1 bid atau 2 bid sahaja.
Naik sikit terus jual. Contohnya beli saham dalam harga 50 sen, apabila naik menjadi 51 sen, terus jual saham tersebut.
Sebab short term trader ambil peluang volatility untuk dapatkan keuntungan dalam masa yang singkat.
Fulltime Trader
Full Time Trader (FTT) bermaksud anda menjadi seorang trader sepenuh masa, di mana sumber pendapatan anda adalah 100% dari pasaran saham.
Nak jadi FTT ? Boleh, tiada masalah tetapi anda perlu konservatif kerana risiko pasaran saham terlalu tinggi.
Seperti yang saya katakan tadi, 100% sumber pendapatan anda melalui pasaran saham. Kalau nak selamat, nak berjaya sebagai FTT, modal kena besar.
FTT perlukan modal yang besar dan berdasarkan komitmen bulanan anda. Sekiranya komitmen bulanan adalah RM10,000, maka anda perlu ada modal sebanyak RM100,000 di mana nilai itu adalah 10 kali ganda nilai komitmen kita.
Kenapa perlu 10 kali ganda? Kerana kita nak realistik, di mana jika kita hendak menjadi FTT, kita perlu target untuk mencapai keuntungan sekurang-kurangnya 10% setiap bulan.
Nilai keuntungan 10% setiap bulan tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, ia adalah nilai yang achievable.
Sekiranya anda berjaya capai target maka bolehlah cover perbelanjaan dan ia menjadi sumber pendapatan anda sebagai FTT.
Apapun pilihan anda, pastikan anda sudah membuat analisis dari setiap segi.
Elakkan membuat keputusan terburu-buru, membabi buta tanpa nasihat daripada pakar dan tanpa ilmu yang sepatutnya.
Semoga bermanfaat!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Download Ebook Saham PERCUMA daripada Mahersaham.