Berapa Modal Minima Untuk Trade Saham?
“Berapa modal minima untuk mula trade saham dalam Bursa Malaysia ” Ini soalan yang paling kerap newbies tanya pada kami.
Perkara paling basic anda perlu tahu ialah minimum pembelian saham ialah 1 lot, bersamaan dengan 100 unit saham.
Harga saham pula bergantung kepada syarikat mana yang anda nak beli. Kalau anda rujuk di KLSE Screener, saham paling murah pada harga setengah sen seunit dan paling mahal setinggi RM 148 seunit (data setakat 10 Jun 2019)
Jadi kalau anda nak beli saham yang berharga RM 0.005 seunit pada kuaniti minima, dengan RM 0.50 pun anda dah boleh beli saham. Tapi jangan pula beli saham penny counter (cap ayam) macam ni sebab risikonya sangat tinggi.
Untuk menentukan berapa modal sesuai bagi memulakan pelaburan atau perdagangan (trading), anda perlu tentukan dahulu matlamat pelaburan. Sama ada nak buat untung melalui saham dalam tempoh pendek atau anda nak melabur untuk jangka masa panjang.
Tak tahu anda jenis pelabur / pedagang yang macam mana? Ini kriteria untuk kategori pelabur dan pedagang dalam saham.
Long Term Investor – Mempunyai holding power yang tinggi. Beli saham untuk satu tempoh yang lama iaitu 1 tahun dan ke atas.
Swing Trader – Mempunyai holding power yang sederhana tinggi. Mereka akan beli saham mengikut trend. Mampu hold saham dalam tempoh 14 hari ke 6 bulan sehingga berlaku perubahan trend.
Intraday Trader – Mereka akan beli dan jual semula saham dalam tempoh 1 hari urusniaga. Trader dalam kategori ini juga selalunya mempunyai modal yang besar kerana mereka akan ambil peuang atas kenaikan harga saham yang minimal.
Scalper – Merupakan seorang risk taker dan mempunyai hati yang sangat kering. Fokus mereka ialah Fast In, Fast Out (FIFO). Dalam bahasa kita, scalper ni dilabel sebagai ‘rempit’ kerana pandai mencilok dalam saham.
Ada masa tak nak monitor saham setiap masa atau sibuk dengan kerja?
Selepas kenal pasti anda dalam ketegori pelabur atau trader yang mana satu, lihat pula availablity masa anda dalam menjalankan kajian saham dan monitor turun naik harga saham. Melalui pengalaman kami, ramai yang memilih untuk buat untung dalam jangka masa pendek. Ya lah, benda boleh untung cepat buat apa nak tunggu lama-lama.
Kalau boleh hari ni beli, hari ni juga nak saham naik dan terus jual. Intraday katanya. Tapi sesuai ke untuk anda jadi intraday traders?
Tak salah jika anda ada matlamat untuk buat untung melalui intraday. Persoalannya adakah anda mempunyai masa untuk monitor pasaran, modal yang mencukupi dan ketahanan emosi yang kental untuk lihat turun naik harga saham?
Ramai dalam kalangan trader yang masih bekerja dan ada sesetengah yang tidak dibenarkan untuk gunakan telefon atau buka website lain ketika bekerja. Jadi anda tak sesuai untuk menjadi intraday atau scalper trader.
Jika masih nak trade untuk short term, pastikan anda beli minima 100 lot saham bersamaan 10,000 unit. Ini rule of thumb yang kami boleh sarankan.
Berapa caj broker setiap kali beli dan jual saham?
Selain dari matlamat pelaburan dan kesediaan anda untuk monitor pasaran, ambil tahu juga berapa kos brokerage yang dikenakan oleh broker anda. Kalau beli saham pada jumlah lot yang kecil, kos jadi tinggi. Kalau beli saham pada jumlah lot yang besar, kos jadi murah. Ini contoh pengiraan dari ZaYed Zulfikli
Contoh, beli saham 1000 unit pada harga RM1.00. dan jual pada harga RM1.02. Scenario brokerage fee 0.10% (Minimum brokerage RM12.00)
Kos brokerage (beli dan jual): 24 Ringgit
Kos stamp duty: 3.00
Clearing fee: 0.81
SST: 1.48
Total = 29.29
Beli RM1,000 kemudian jual RM1020. Untung kasar RM 20
Tolak kos 29.29
Rugi 9.29
Walaupun pada kasarnya untung 2%, tetapi selepas ditolak kos jadi rugi. loss 0.929%. itu kalau beli RM1000
kalau beli RM10,000, jual 10200, Untung kasar 200
brokerage: 24
Stamp duty: 21
clearing fee: 8.08
GST: 1.92; total = 55
Untung bersih: 200 – 55 =145 ==> 1.45% gain
Kesimpulan
Jadi, jika nak mula trade, modal permulaan yang sesuai ialah RM 5000 ke atas. Kalau tidak, rugi ke kos transaksi. Jika nak mula trade dengan modal kecik boleh, tapi make sure untung kasar kena lebih dari 3%
Kredit: Intraday, FB Zayed Zulfikli
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!