Beli Saham Sebelum Pukul 450 Petang

Ini adalah penerangan ringkas berkaitan pembelian saham pukul 450petang. Waktu 450petang adalah waktu di mana semua saham yang diniagakan di Bursa Malaysia akan diniagakan pada satu harga sahaja – itulah harga yang akan jadi Closing Price pada hari itu.

Seperti yang kita ketahui, dalam pembentukan candlestick ada harga open, high, low dan close (OHLC). Untuk belajar lebih lanjut tentang candlestick boleh ke Asas Pembentukan Candlestick

Waktu Key In Order

Sebelum 450petang, ada jangka masa 5 minit iaitu bermula 445petang – inilah waktu anda boleh key in order buy atau order sell sahaja. Tidak ada transaksi akan berlaku dalam 5 minit ini.

Persamaan Dengan 9am Dan 230pm

Perkara yang sama berlaku sebelum market buka waktu pagi iaitu dari pukul 830am hingga 9am dan juga waktu rehat 2pm hingga 230pm.

Walaupun hanya waktu-waktu ini disediakan untuk key in order, dengan menggunakan platform Mplus anda boleh key in order pada waktu cuti sekalipun dan sistem akan key in kan order tersebut untuk anda. Untuk belajar lebih lanjut tentang waktu urusniaga Bursa Malaysia boleh ke Waktu Dagangan Untuk Bursa Malaysia

Anda juga digalakkan menonton video Youtube yang saya dah buat di sini :

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Jika anda belum ada akaun CDS, klik sini untukĀ buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts