Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u
Kebanyakan ramai ada akaun Maybank tetapi tak ramai yang tahu untuk beli IPO di Maybank.
Pernah dengar IPO, Initial Public Offering?
Jika anda masih baru boleh fahamkan dulu apa itu IPO
Tidak dinafikan sekarang memang banyak tawaran IPO dibuka.
Boleh dikatakan setiap bulan pasti akan ada satu atau dua syarikat yang mahu ke Bursa melalui IPO ini.
Jadi bagi yang berminat untuk memohon IPO, salah satu caranya anda boleh mohon melalui Online Banking di Maybank2u.
Dalam artikel ini saya akan tunjukkan cara beli ipo di Maybank menggunakan Maybank2u.
Beli IPO di Maybank – Melalui Maybank2u
Pertama, pergi ke Maybank2u dan Login ke akaun anda. Masukkan User ID dan Password.
Kedua, selepas login pergi bahagian Apply.

Ketiga, klik Investment.

Keempat, bahagian eIPO klik ‘Apply Now’

Kelima, masukkan details nombor CDS, jumlah unit yang anda nak mohon dan submit.

Keenam, done apply. Duit akan ditolak mengikut unit yang dipohon. Keputusan dapat atau tidak akan keluar pada hari balloting date ataupun listing date.
Jika tidak berjaya pihak bank akan refund ke akaun bank anda 3-7 hari bekerja.

Kenapa perlu beli semasa IPO?
IPO merupakan Primary Market sebelum saham mula didagangkan di Bursa Malaysia.
Kebiasaanya keuntungan semasa hari pertama listing adalah tinggi sekitar 5%-20% atau lebih lagi.
Jadi ramai yang akan ambil kesempatan IPO ini untuk mendapatkan profit hari pertama listing di Bursa.
Selain itu, harga saham sewaktu IPO juga lebih murah berbanding selepas saham didagangan dalam pasaran Bursa.
Caj Untuk Memohon IPO
Perlu diingat, terdapat caj yang dikenakan ketika memohon IPO melalui online banking. Berikut disertakan jadual caj yang berbeza mengikut bank :
No | Bank | Fee* | Remarks |
1 | Affin Bank Berhad | Free | Account Holders Only |
2 | CIMB Bank Berhad | RM2.00 | CIMB CDS Account Holders |
RM2.50 | Other CDS Account Holders | ||
3 | CIMB Investment Bank Berhad | RM2.00 | Payment via CIMB/MBB |
4 | Malayan Banking Berhad | RM1.00 | |
5 | Public Bank Berhad | RM2.00 | |
6 | RHB Bank Berhad | RM2.50 |
Kesimpulan
Sebelum memohon sesuatu IPO, anda perlu buat sedikit kajian dengan tahu bisnes aktiviti syarikat tersebut. Apa operasi bisnes yang dijalankan.
Kemudian, tahu details dan tarikh penting maklumat IPO supaya tak terlepas seperti:
- Opening Date – Tarikh permohonan ipo dibuka
- Closing Date – Tarikh tutup permohonan ipo
- Balloting Date – Tarikh pengundian
- Listing Date – Tarikh saham tersenarai
Belajar IPO Dari A Sampai Z
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.
Di Mahersaham biasanya setiap kali IPO baru keluar akan dikemaskini di Blog Mahersaham sebagai pembelajaran kepada seluruh masyarakat celik dalam saham.
Dan yang paling penting anda wajiblah ada akaun CDS untuk mohon IPO Online.
Bagi yang masih belum ada akaun CDS boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mulakan dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.