Naelofar X Starbucks
|

Beli 1 dapat 2 dengan Naelofar+Starbucks

Naelofar Hijab

Koleksi Naelofar X Starbucks kini mencipta semangat baru peminat apabila koleksi keluaran terbaru ini digandingkan dengan jenama Starbucks Malaysia.

Wow!

Ada ke yang tak kenal Starbucks?

Peminat tegar kopi mesti tahu jenama kopi terulung ini.

Mana taknya, sekali minum dah memikat selera.

Kini hijabista pun boleh minum Starbuck dan dapatkan koleksi Nealofar sekali.

Naelofar X Starbucks

Neelofa mengumumkan ini merupakan kali kedua kerjasamanya antara Naelofar dan Starbucks Malaysia.

Koleksi Naelofar x Starbucks ialah dua gabungan yang dekat kerana ia menggabungkan dua kegemaran Neelofa.

Iaitu untuk selendangnya dan minuman starbucks Frappucino.

Neelofa berharap peminat dan pelanggan Starbucks akan gembira menikmati koleksi ini.

Idea penggambungan ini mendapat inspirasi daripada warna minuman Starbucks Frappucino perisa coklat, caramel dan teh hijau.

Warna selendang Naelofar juga menampilkan dengan 3 variasi warna yang menyerupai minuman tersebut iaitu warm brown, soft beige dan pastel green.

Beli sambil Beramal

Tambahan pula, koleksi Naelofar+Starbucks ini berada di pasaran dengan harga RM75.

Peminat akan mendapat selendang dan tumbler starbuck, 2 dalam 1.

Selain itu, RM1 daripada setiap pembelian ini akan disalurkan pada badan amal pilihan Neelofa.

Jadi peminat juga dapat membeli sambil beramal.

Tujuan Penggabungan

Sekarang jum kita kaitkan apa yang berlaku ini dengan dunia perniagaan.

Penggabungan berlaku apabila Syarikat A bergabung dengan syarikat B dan membentuk syarikat AB.

Usahasama ini memberi manfaat kepada pemilik syarikat A dan B jika nilai syarikat gabungan menjadi lebih besar daripada operasi berasingan.

Nilai Syarikat AB, NAB > Nilai Syarikat A, NA + Nilai Syarikat B, NB

Nilai positif NAB – (NA+NB) mewakili kesan sinergi penggabungan.

Apa itu sinergi?

Sinergi bermaksud penciptaan nilai tambah melalui penggabungan.

Konsep sinergi, penggabungan hanya berjaya jika terdapat penciptaan nilai.

Sinergi yang wujud dalam penggabungan adalah seperti:

  • Kecekapan dicapai apabila dua perusahaan bergabung
  • Kos syarikat dapat dikurangkan jika syarikat diancam dengan pengambilalihan oleh syarikat yang lain
  • Pasaran syarikat yang bergabung mampu berkembang dengan pantas
  • Cukai dapat dikurangkan selepas penggabungan

Justeru, kebanyakan syarikat memilih untuk bergabung bagi mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan syarikat.

Mungkin selepas ini kita dapat lihat Nealofar berkembang dengan lebih meluas dan bakal bergabung dengan syarikat-syarikat ternama di serantau dunia pula.

Siapa tahu kan.

Similar Posts