Belanjawan 2021-Perbelanjaan Terbesar Dalam Sejarah!
Belanjawan 2021- Empat Pakej Rangsangan Ekonomi.
Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 6 November 2020 disifatkan sebagai kesinambungan daripada empat pakej rangsangan ekonomi.
Empat pakej rangsangan ekonomi terdahulu yang dilancarkan kerajaan dalam belanjawan 2021 ini bagi memacu ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat dalam mendepani pandemik COVID-19.
Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah membentangkan bahawa perbelanjaan belanjawan 2021 kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah. Perbelanjaan yang terbesar antara tahun-tahun sebelumnya!

Selain daripada itu, Pensyarah Kanan Kewangan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang, Suhana Mohamed berkata dalam masa sama ia belanjawan yang sangat sukar bagi negara.
Hal ini kerana, ia dalam usaha kerajaan untuk memastikan ekonomi bergerak maju sekali gus kembali seperti sedia ada.
Berkatanya:
“Apa yang saya nampak, belanjawan 2021 ini, satu belanjawan yang sangat kita kata sukar sebenarnya sebab kita berdepan satu musuh yang tidak nampak iaitu (COVID-19)”
Artikel kali ini saya akan share dengan anda semua mengenai bajet 2021 yang telah dibentangkan dan apakah kesan belanajwan ini kepada beberapa sektor. Sebelum tu saya nak tanya pada Tuan-Tuan dan Puan-Puan….
“Penting ke belanjawan 2021 nie untuk kita tahu? Kenapa kita kena ambil tahu mengenai belanjawan ni? Adakah anda cakna terhadap isu ini?”
Kepentingan Belanjawan 2021
Seperti yang anda maklum, belanjawan 2021 sangat penting untuk anda cakna dan ambil tahu. Hal ini kerana, perubahan dan nilai tambah dalam bajet ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi kita.
Aliran keluar masuk wang kepada beberapa sektor sangat berkait rapat dengan syarikat-syarikat yang mungkin anda telah melakukan pelaburan di dalamnya. Jadi sebagai traders atau orang umum sangat penting untuk anda mengambil tahu mengenai belanjawan 2021 ini.
Matlamat 1: Kesejahteraan RakyatÂ
Seperti yang anda sedia maklum, negara menghadapi krisis yang sangat sukar di mana kita sedang ‘berperang’ dengan COVID-19. Pandemik COVID-19 ini dilihat akan terus berlanjutan untuk satu tempoh masa yang lama. Perkara ini telah dipandang serius oleh pihak Kerajaan.
Pihak kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana yang besar bagi bantu membendung masalah ini.
Strategi 1: Pandemik COVID-19 & Kesihatan Awam
Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19
Antaranya melalui penyertaan ke dalam program COVID-19 melibatkan kos melebihi 3 billion ringgit untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Dalam membantu kerajaan memerangi COVID-19, terdapat 4 syarikat sarung tangan utama iaitu Top Glove, Hartalega, Supermax dan Kossan yang telah menyatakan komitmen untuk membantu.
Syarikat ini ingin menyumbang 400 juta ringgit untuk menampung sebahagian kos vaksin COVID-19 dan kos perbelanjaan kesihatan.
Selain daripada peruntukan untuk vaksin COVID-19, kerajaan juga telah menyediakan beberapa inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.
Strategi 3 ialah untuk melindungi pekerjaan, di mana KWSP akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP.
Gambar di atas merupakan beberapa perancangan untuk kesejahteraan rakyat.
Strategi 5: Menjamin Kesejahteraan Hidup Rakyat
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti telah dilaksanakan di Kangar, Serembang, Ipoh dan Kuala Terengganu.
Ia juga telah mendapat peruntukan sebanyak RM150 juta ringgit.
Kerajaan juga komited untuk mengurangkan beban pengusaha bas. Pengecualian cukai jualan bagi pembelian bas siap dalam negara akan dilanjutkan bagi tempoh 2 tahun.
Ia akan mulai dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2022

Gambar di atas ialah peruntukan kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah.
Matlamat 2: Kelangsungan Perniagaan (Belanjawan 2021)

Matlamat 2 adalah di mana kerajaan ingin meningkatkan kelangsungan perniagaan dan memacu pelaburan. Terdapat beberapa peruntukan yang diberikan.
Antaranya ialah, 1 bilion ringgit disediakan sebagai pakej galakan pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi.
Selain itu, Dana Teknologi Tinggi bernilai 500 juta ringgit akan disediakan oleh Bank Negara Malaysia(BNM)
Berikut di atas merupakan strategi 2 bagi matlamat kelangsungan perniagaan. Strategi 2 ini ialah bertujuan untuk memperkukuhkan sektor-sektor tumpuan.
Sektor komoditi merupakan sektor utama yang menyediakan input kepada pelbagai produk serta dapat menjana pendapatan eksport negara.
Antara sektor utama dan syarikat yang terlibat ialah sawit, latex dan perabot.

Strategi 3 adalah untuk mengutamakan automasi dan pendigitalan. Seperti yang anda tahu teknologi sangat penting dalam kalangan kita.
Teknologi yang baharu dapat mempercepat transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Berikut di atas ialah antara perancangan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan melalui Skim Transformasi Pendigitalan Industri.
Matlamat 3: Ketahanan Ekonomi
Belanjawan 2021 juga banyak memberi impak kepada sektor construction. Kerajaan telah menyusun beberapa agenda untuk pembangunan di bawah RMK-12
Pelaksanaan projek infrastruktur pengangkutan ini bagi meningkatkan kemudahsampaian rakyat.
Sebanyak 15 bilion ringgit disediakan untuk membiayai projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
Terdapat beberapa projek lain akan diteruskan seperti Sistem Transit Rapid dari Johor Bahru ke Woodland.
Sebanyak RM3.8 bilion telah diperuntukan untuk projek baharu. Antaranya ialah jambatan, jalan dan lebuhraya.
Menarik bukan? macam yang anda lihat, kebanyakan projek melibatkan kawasan Johor Bahru. Mungkin anda boleh membuat kajian terhadap syarikat-syarikat construction yang terlibat.
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Moga artikel kali ini bermanfaat untuk anda!
Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.