Belanjawan 2020
Berikut adalah beberapa isi penting untuk pembentangan belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Kerajaan.
1. GST tidak akan dilaksanakan
Sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dihapuskan sepenuhnya Jun tahun lalu tidak akan dilaksanakan oleh Kerajaan.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, GST yang dimansuhkan pada Jun 2018 dan digantikan dengan pelaksanaan SST telah mengurangkan kadar inflasi ke tahap terendah sejak tahun 2007.
GST tidak akan dilaksanakan kerana mengambil kira mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan.
2. Gaji minimum RM1.2k
Menerusi Sinar Harian, gaji minimum akan ditingkatkan kepada RM1200 sebulan dari RM1100 sebulan.
Gaji minimum ini ditetapkan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di antara majikan dan juga pekerja.
Walau bagaimanapun, fokus hanya tertumpu kepada pekerja-pekerja di wilayah bandar-bandar utama sahaja.
3. Elaun sara hidup
Elaun RELA naik rm2.00 sejam, Bomba rm200 dan COLA rm50.
Guru KAFA menerima kenaikan elaun sebanyak rm100.
Bantuan one-off untuk imam, bilal, tok siak, guru takmir rm500.
Kadar elaun sara hidup nelayan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250 sebulan menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada tahun 2020.
4. Bonus Khas
Pemberian bonus penjawat awam sebanyak rm500 manakala pesara kerajaan akan menerima bonus sebanyak rm250.
5. Diskaun tol 18 peratus
Menerusi laporan Astro Awani, rakyat boleh menikmati diskaun tol sebanyak 18 peratus secara purata di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad mulai tahun 2020.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, diskaun tol itu akan memberikan penjimatan kepada pengguna lebuh raya sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020 dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.
6. Bantuan Sara Hidup (BSH)
Bantuan Sara Hidup kategori bujang bawah 40 tahun dan gaji bulanan tidak melebihi rm2000 layak mendapat rm300.
7. GraduanKerja (Graduates@Work)
GraduanKerja (Graduates@Work) yang menganggur melebihi 12 bulan akan diberikan peluang pekerjaan melalui program ini.
Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.
Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.
8. Wanita Kerja (Women@Work)
Program WanitaKerja dimana bertujuan untuk mewujudkan 33, 000 peluang pekerjaan buat wanita yang berumur di antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti kerja selama setahun atau lebih.
Selain itu, wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan dan pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan sehingga tahun 2023.
9. Perantis Kerja (Apprentice@Work)
Tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan diberikan kepada pelajar Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Pendirian ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus ini.
Kesimpulan
Pelbagai insentif yang diberikan oleh Kerajaan untuk kepentingan rakyat.
Namun, rakyat juga tidak seharusnya bergantung kepada ke semua insentif ini sekiranya tiada usaha dilakukan untuk meningkatkan kewangan peribadi sama ada melalui perniagaan atau mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan.
Rakyat juga harus mengambil sikap berjimat cermat dan memantapkan pengetahuan dalam pelaburan supaya tidak menghadapi sebarang masalah kewangan pada masa yang akan datang.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !