Belajar Saham Dengan 5 Langkah Mudah – Teknik ABCDE
Sebelum kita belajar dengan lebih mendalam mengenai teknik yang sangat mudah ini, pastikan anda telah memahami sepenuhnya tentang apa itu saham?
Dengan Teknik Mudah ABCDE Ini Anda Sudah Tidak Perlu Pening Kepala Tentang Hala Tuju Anda Dalam Saham! Tak Perlu Pergi Kelas Ribuan Ringgit Untuk Mula Belajar
Masih baru dalam bidang saham dan tercari-cari panduan untuk melabur? Gunakan kaedah mudah A-B-C-D-E ini sebagai panduan.
-
A – Akaun CDS
Central Depository System (CDS) merupakan akaun yang anda wajib ada sebelum mula membeli saham.
Ia diibaratkan seperti akaun simpanan bank dimana semua transaksi jual beli saham akan direkodkan dalam akaun ini.
Umur minima untuk memohon akaun CDS ialah 18 tahun dan anda boleh mempunyai lebih dari satu akaun.
Sebagai contoh jika anda sudah ada akaun melalui broker Maybank Investment anda boleh memohon akaun seterusnya bersama broker M+ pula.
Nak tahu apa kelebihan broker M+ berbanding pesaing yang lain? Bacaan lanjut disini.
Akaun CDS mempunyai tempoh sah laku sebelum diisytiharkan sebagai akaun dormant. Jika tiada sebarang transaksi selama 3 tahun, akaun menjadi tidak aktif dan anda perlu hantar semula permohonan untuk mengaktifkan semula akaun CDS.
-
B – Bina modal/ bantuan modal
Setelah mempunyai akaun CDS, anda akan turut mempunyai akaun trading untuk menjalankan proses jual beli saham.
Sebelum itu, anda perlu mempunyai modal permulaan terlebih dahulu untuk membeli sesuatu saham.
Kami selalu mengingatkan agar pelabur mula membeli saham dengan duit lebihan.
Jangan sesekali melabur dengan wang pinjaman atau melabur sebelum mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.
Jika anda belum mempunyai modal yang cukup, mula asingkan 10% – 20% duit gaji bulanan untuk menabung demi pelaburan.
Sebagai contoh jika gaji bulanan sebanyak 3k, asingkan RM 300 – RM 600 mengikut kesesuaian bajet anda.
Pada masa yang sama, tingkatkan juga ilmu saham anda sama ada melalui pembacaan buku, blog, atau menghadiri mana-mana kelas pelaburan.
Kami sediakan kelas trading pada harga yang munasabah, confirm takkan mengecewakan.
Untuk baca lebih lanjut berkaitan modal , boleh rujuk artikel Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil.
-
C – Cari kaunter saham untuk dibeli – screener saham
“Saham apa nak beli ye?” antara soalan yang paling kerap diterima. Untuk menjawab soalan ini, pertama sekali anda perlu tetapkan terlebih dahulu matlamat sama ada ingin melabur untuk jangka masa panjang atau pendek kerana kriteria pemilihan saham berbeza antara kedua ini.
Jika anda ingin melabur dan hold kaunter untuk tempoh lama, kajian terperinci perlu dilakukan mengenai isu fundamental kewangan serta potensi perkembangan syarikat.
Sebaliknya jika hanya ingin keuntungan dalam masa pendek, anda perlu mengkaji pergerakan harga saham
Kami kongsikan lebih lanjut mengenai topik market screening dalam artikel Bagaimana Mencari kaunter Saham Berpotensi Menggunakan Screener? dan Bagaimana Menjalankan Analisa Saham Melalui Aplikasi StockHunter.
-
D – Decide untuk beli saham
Setelah kajian dilakukan, kini masa untuk bertindak! Saya masih ingat pengalaman pertama beli kaunter saham. Rasa seram sejuk untuk tekan buy order sebab takut set up tak menjadi.
Gangguan emosi adalah lumrah untuk semua newbies, malah mereka yang dah lama trade pun emosi ke laut juga kadang-kadang.
Pegang kuat dengan konsep usaha, ikhtiar, doa dan tawakal.
Jika anda dah lakukan kajian secara menyeluruh, mempunyai trading plan di mana anda tahu dimana entry price, target price dan cut loss serta mempunyai niat yang baik untuk mencari pendapatan tambahan melalui pasaran saham, In Sha Allah ada hasilnya.
-
E – Experience
Akhir sekali, konsistensi dalam keuntungan pelaburan saham dapat diperolehi melalui experience (pengalaman). Pengalaman anda bersusah- payah membelek setiap satu kaunter saham, pengalaman merasai manisnya keuntungan dan pahitnya kerugian.
Jika berkesempatan, cuba baca buku Stock Market Wizards: Interviews with America’s Top Stock Traders tulisan Jack D. Schwager.
Kesemua trader tersohor didunia yang tersenarai dalam buku tersebut pernah mengalami kerugian yang besar, mereka tidak mengaku kalah dan bangkit semula untuk berjaya.
Kesimpulan
Anda perlu faham bahawa investing is a marathon, not a sprint. Letakkan matlamat keuntungan yang realistik, kawal money management and enjoy the process.
Jadi korang dah ada akaun CDS belum? Sebelum nak invest korang kena ada dahulu akaun CDS.
Kemudian korang kenalah deposit duit dalam akaun trading.
Barulah korang boleh melabur.
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
0.5
5
4
4.5
1.5