Belajar Mengkaji Annual Report Dengan Pantas
Annual report merupakan laporan perkembangan dan pencapaian yang diraih oleh sebuah organisasi dalam tempoh satu tahun. Bagi yang terlibat dalam pelaburan saham, ia merupakan dokumen penting yang digunakan sebagai rujukan untuk membuat kajian fundamental. Nak tahu apa itu fundamental analisis dan bagaimana menggunakannya untuk membuat kajian saham? Baca Penerangan dan Contoh Analisis Fundamental Dalam Saham.
Annual report ini penuh dengan maklumat dan mencapai beratus muka surat sampai. Tak hairanlah bila orang cukup malas nak buat kajian sebab mereka pening dan loss bila tengok terlalu banyak nombor dan perkataan. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat beberapa jenis perniagaan. Tapi tidak semua perlu mempunyai laporan kewangan. Anda boleh baca Kenali 5 Jenis Perniagaan dan Syarikat.
Terdapat satu lagi laporan kewangan iaitu laporan suku tahunan (quarter report) yang dikeluarkan setiap 3 bulan sekali. Namun laporan suku tahun ni taklah selengkap laporan tahunan. Jadi, nak baca yang mana? Laporan tahunan atau laporan suku tahun?
Jalan terbaik ialah baca kedua-duanya sekali. Gunakan laporan tahunan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan dan gunakan laporan suku tahun untuk mendapatkan gambaran semasa syarikat.
Untuk membaca annual report dengan cepat, anda perlu tahu apa informasi yang ingin dicari. Pak Di melalui blog beliau ada berkongsi perkara yang anda perlu ambil perhatian apabila membuat kajian fundamental menggunakan annual report.
-
Income Statement (Penyata pendapatan)
Melalui maklumat yang terdapat di dalam penyata ini, kita akan tahu samada prestasi operasi syarikat tersebut di dalam keadaan baik atau tidak. Samada bisnes tengah untung atau rugi. Antara item yang perlu diambil perhatian adalah seperti Revenue, Gross Profit, Net Profit, dan Earning Per Share (EPS).
-
Balance Sheet Statement
Penyata yang mempunyai maklumat mengenai aset dan liabiliti sesebuah syarikat. Aset merujuk kepada harta/ mesin/ bangunan/ peralatan yang dapat memberi aliran tunai positif kepada revenue syarikat dan mempunyai nilai sekiranya dijual semula. Manakala liabiliti pula merujuk kepada hutang syarikat tersebut.
-
Statement of Changes in Equity
Penyata ini memaparkan maklumat mengenai perubahan ekuiti syarikat tersebut. Mungkin syarikat ada membuat new issuance untuk mengumpul modal tambahan bagi melaksanakan projek yang baru. Segala perubahan ekuiti akan dicatatkan di dalam penyata ini.
-
Cashflow Statement
Penyata aliran tunai syarikat. Segala ringkasan transaksi duit masuk dan keluar akan dicatatkan di sini. Terbahagi kepada 3 bahagian :
Pertama: Cashflow from operating activities
Kedua: Cashflow from investing activities
Ketiga: Cashflow from financing activities
Ini adalah sebahagian penting informasi yang anda perlu ketahui untuk mengkaji prestasi syarikat setiap tahun dan bandingkan dengan prestasi pada tahun sebelumnya. Samada syarikat semakin baik setiap tahun atau sebaliknya. Setiap item di dalam penyata kewangan ini mempunyai nota kaki yang menjelaskan nilai tersebut dengan lebih terperinci.
Dalam masa yang sama, kalau anda nak belajar mengkaji laporan kewangan syarikat. Kami ada sediakan contoh kajian untuk Chin Hin Group Berhad.
Jika anda berminat untuk mendalamai dengan lebih lanjut mengenai annual report, kami ada sediakan kelas Exploring Annual Report untuk membantu anda membuat rujukan.
Kredit: Pakdi.net, Empayar Saham
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau hubungi kami sekarang!