Bearish Candlestick

Apa itu Bearish Candlestick?

Istilah bearish candlestick di ambil daripada nama haiwan ‘bear’ (beruang). Kalau korang perasan, macam mana bear attack?

Bear akan menyerang daripada atas ke bawah. Kondisi ini menjadi penyebab bearish candlestick juga dikenali sebagai penurunan harga.

Candlestick bearish yang berwarna merah bererti harga saham mengalami penurunan di mana ia terjadi kerana penjual lebih banyak daripada pembeli.

Jenis Bearish

  • •Bearish Continuation
  • •Bearish Reversal

Bearish Continuation

Market dalam keadaan downtrend kemudian apabila jumpa dengan candlestick bearish maka market akan meneruskan keadaan downtrend.

Bearish Reversal

Market dalam keadaan uptrend kemudian apabila jumpa dengan candlestick bearish maka market akan bertukar kepada downtrend.

Jenis-jenis Bearish Candlestick

  • Bearish Engulfing
  • Shooting Star
  • Bearish Harami
  • Evening Star
  • Three Black Crows

Bearish Engulfing

Awalnya market dalam keadaan uptrend, apabila bearish engulfing berlaku maka reversal pattern akan berlaku.

Di mana akan berlakunya, downtrend.

Apa kriteria bearish engulfing ni? Candle akan ‘makan’ candle sebelahnya?

Hahhhh? bagaimana tu?

Rujuk gambar rajah di atas.

Kondisi yang dimaksudkan adalah candlestick merah akan memakan kesemua candlestick hijau.

Boleh rujuk contoh dalam trading view di bawah.

Shooting Star

Ini adalah signal yang kuat untuk bearish.

Lagi kecil body candlestick lagi kuat signal bearish.

Lagi panjang ekor candlestick lagi kuat signal bearish.

Apabila market tengah uptrend kemudian berjumpa dengan shooting star lepas itu confirm akan downtrend.

Apa petanda shooting star?

Body candlestick kecil tetapi ekor panjang.

Candlestick berada di puncak. Tak kisah warna merah atau hijau.

Faham tak?

Korang rujuk gambar di bawah ini.

Evening Star

Fokus kepada 3 candlestick yang berada dalam kotak merah dalam gambar rajah di bawah.

Apabila market tengah uptrend, candlestick pertama warna hijau.

Kemudian ada gap up dan ada candlestick kecik (tak kisah warna merah atau hijau) di atas.

Seterusnya candlestick ketiga berwarna merah.

Faham tak?

Korang rujuk gambar di bawah ini.

Bila jumpa tiga kondisi ini maka itu adalah evening star.

Three Black Crows

Sejarah nama candlestick Three Black Crows ini adalah apabila orang tersebut melihat 3 burung gagak jatuh satu persatu.

Apa kaitan dengan jenis candlestick ini?

Kondisi three black crows berlaku apabila market tengah uptrend kemudian hari selepas itu terjadi candlestick merah yang pertama.

Kemudian hari kedua candlestick kedua juga warna merah walaupun pada awalnya open price lagi tinggi daripada close semalamnya (harga di antara body candlestick merah yang pertama).

Di hari ketiga, candlestick ketiga juga terjadi seperti yang kedua. Di mana open price lagi tinggi daripada close semalamnya (harga di antara body candlestick merah yang kedua). Namun close price lagi rendah daripada hari sebelum-sebelum ini.

Dan ia meneruskan downtrend.

Bearish Harami

Dalam bahasa jepun, harami bermaksud mengandung.

Kalau korang lihat bentuk candlestick harami ini pun seperti bentuk perut yang tengah mengandung.

Candlestick yang kedua itu kecik sahaja. Ibarat perutlah.

Jadi bagaiman kondisi harami ini terjadi?

Awalnya market dalam keadaan uptrend kemudian keesokkannya terjadi candlestick merah yang kecik.

Di mana saiz body candlestick kedua di antara body candlestick yang pertama.

Open price dan close price candlestick kedua adalah di antara range body candlestick yang pertama.

Rujuk gambar rajah di atas.

Setelah itu jadilah downtrend.

Harapnya korang memahami ilmu mengenai bearish candlestick ini.

Agar lebih mudah bagi kita membuat trading plan.

Ingat ada banyak lagi jenis bearish candlestick.

Yang kita belajar hari ini ada 5 jenis bearish candlestick.

Semoga bermanfaat!!


Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts