BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE JE
Zakat
Zakat terbahagi kepada beberapa jenis antaranya zakat pendapatan, perniagaan, emas dan perak, zakat saham, pertanian, ternakan, zakat fitrah dan lain-lain.
Dalam artikel ini akan kongsikan pembayaran zakat fitrah online tanpa perlu pke kaunter zakat atau pejabat pos.
Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan amalan yang dapat menyucikan diri kita dari segi ibadat.
Rasulullah s.a.w telah memfardhukan zakat fitrah pada bulan Ramadhan untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perkataan yang keji dan buruk yang ada dilakukan ketika berpuasa.
Dan pemberian zakat itu adalah unutk dijadikan makanan bagi orang-orang yang miskin.
Sebagai umat Islam wajib ke atas setiap individu lelaki dan perempuan mengeluarkannya bagi yang berkemampuan dengan syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Keluarkan Zakat Fitrah
Zakat fitrah wajib dikeluarkan bagi diri, keluarga dan tanggungannya sekiranya:
1. Individu mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam (Muallaf) sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Dalil Zakat Fitrah
Kewajipan mengeluarkan zakat dinyatakan dengan ayat berikut:
Kadar Zakat Fitrah
Zakat fitrah dibayar dengan pemberian makanan asasi iaitu beras.
Kadar zakat fitrah adalah 1 Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau nilai yang sama dengannya.
Kadar zakat fitrah ini juga bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.
Boleh rujuk kadar zakat fitrah tahun 2020 ini mengikut negeri seluruh Malaysia.
Sumber: Zakat Fitrah Seluruh Malaysia
Berdasarkan kadar dalam jadual ini ada negeri dikenakan pada nilai RM5, RM6, RM7, RM7.50, RM10, RM14, RM16 dan RM21.
Nilai zakat fitrah setiap negeri ini berbeza-beza bergantung pada jenis atau kualiti beras yang digunakan.
Sebagai contoh, nilai zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang adalah RM7 dan RM16.
RM7 – adalah bagi kumpulan majoriti yang memakan beras Super Special Tempatan 5%, Beras Super Special Tempatan 10%, Beras Tempatan Standard, Beras Tempatan Premium, Thai White Rice, Vietnam White Rice, Pakistan White Rice dan lain-lain yang seumpamanya.
RM16 – adalah bagi kumpulan yang berpendatan tinggi yang memakan jenis berkualiti tinggi seperti beras wangi, beras Basmathi dan beras yang seumpama dengannya.
Zakat Fitrah Online
Bagi memudahkan seluruh umat Islam membayar zakat fitrah ini dengan lebih mudah, maka anda boleh lakukan hanya menerusi atas talian sahaja iaitu melalui online tanpa perlu pergi ke kaunter zakat atau pejabat pos lagi.
Lebih-lebih lagi musim pkp ini elok anda bayar zakat fitrah online sahaja. Mudah dan cepat.
Anda boleh rujuk link di bawah untuk bayar zakat fitrah online mengikut negeri masing-masing.
Pada bahagian ‘Jenis Zakat’ pastikan pilih Zakat Fitrah.
- Johor – http://fitrah.maij.gov.my/
- Melaka – https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
- Negeri Sembilan – https://www.zakatns2u.biz/bayar/index.php
- Selangor – https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Wilayah Persekutuan – https://zakat2u.com.my/cart/troli
- Kedah – https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/kz_fitrah.php
- Perlis – https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=911&lang=ms
- Penang – https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/2013-06-30-10-58-09/perbankan-internet-e-zakat
- Kelantan – https://zakat.e-maik.my/v8/index.php
- Terengganu – http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/online-payment/664-perbankan-internet-bill-payment
- Pahang – https://secure.zakatpahang.my/etaksir/BayarFPXv1Web.aspx
- Sarawak – https://www.tbs.org.my/www/?page=85
Kesimpulan
Hari ini semuanya dihujung jari. Sekarang anda boleh bayar zakat fitrah online sahaja!
Dunia dah maju. Zaman dah berubah. Jadi manfaatkan teknologi yang semakin hari semakin canggih ini.
Selamat beramal dan jangan lupa bayar zakat fitrah.
Semoga bermanfaat!
Anda minat nak belajar saham tapi tak tahu nak mula?
Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal. Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.
Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!
Sertai kami SEKARANG !!