Bayar Parking Hanya Dengan Setel!
Pada mulanya Aplikasi Setel dicipta bagi memudahkan pengguna mengisi minyak di Petronas tanpa perlu ke kaunter. Cuma bayar dalam kereta dan terus isi minyak seperti biasa.
Kemudahan ini amat disokong memandang ianya lebih selamat dari kesesakan orang ramai dan lebih cepat.
Kini telah wujud ciri baru lagi di Aplikasi Setel iaitu pembayaran Parking menggunakan Setel!
Macam mana tu? Update Aplikasi Setel korang sekarang.

Cara Set Up Parking Setel
Pertama: Set kenderaan dan no plat anda
Kedua: Pilih kenderaan untuk membolehkan parking automatik. Hanya satu kenderaan sahaja yang boleh digunakan untuk fungsi parkir dalam satu masa.
Ketiga: Pilih cara pembayaran menggunakan Setel. Buat masa sekarang, bayaran hanya boleh dibuat menggunakan Wallet Setel sahaja. Lebih banyak cara bayaran yang akan dinaik taraf dari semasa ke semasa.
Cara Guna Parking Setel
Pertama: Imbas plat kenderaan anda apabila memasuki tempat letak kereta
Kedua: Sebaik sahaja palang dibuka, masa parking bermula
Ketiga: Segala details parking akan dikemaskini di App Setel anda sebagai rujukan
Pembayaran Parking Automatik
Cara pembayaran parking di Setel ini buat masa sekarang hanya boleh ditolak dari Setel eWallet anda sahaja.
Namun akan wujud lebih banyak cara bayaran bagi memudahkan pengguna dari semasa ke semasa.
Selain itu, kemudahan ini juga akan mula dilaksanakan di 3 lokasi dahulu iaitu Suria KLCC, KLCC Conventional Centre dan KLCC Lot 91.
Lebih banyak lagi lokasi bakal dilaksanakan pada masa akan datang.
JIka anda belum ada aplikasi Setelm download sekarang dan masukkan kod ‘ufbcc‘ untuk dapatkan RM5 Percuma selepas belanja sekurangnya RM30 melalui Setel.
Kesimpulan
Aplikasi Setel ini amatlah membantu terutamanya dalam keadaan ekonomi Covid sekarang dimana ia mengurangkan sentuhan dan mengawal kesesakan awam.
Yang bestnya lagi, anda bukan sahaja menggunakan aplikasi Setel, tetapi anda boleh miliki saham Petronas di Bursa Malaysia. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air.
Jangan lupa masukkan kod ‘ufbcc‘ untuk dapatkan Percuma RM5 dari Setel.
Nak jadi pemegang saham Petronas? Daftar sekarang Akaun CDS bersama saya.
Nak belajar asas saham boleh mula dengan dapatkan Percuma Ebook Percuma – Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.