Bank Statement Bank Islam-Beginilah Cara Download
Bank Statement (Penyata Bank)
Bagi yang pertama kali ingin memohon akaun CDS dengan Broker Mplus, anda perlu sertakan 2 dokumen ini:
- Salinan IC depan belakang yang jelas
- Bank Statement (Penyata Bank) pemohon
Sebelum ini saya sudah kongsikan cara download bank statement Maybank dan CIMB.
Jadi kali ini saya kongsi cara download Bank Statement Bank Islam pula.
Mudah jer bila anda dah ada online banking ini. Apa-apa urusan semua boleh dibuat secara Online sahaja. Tak perlu lagi ke kaunter bank.
Cara Download Bank Statement Bank Islam
Pertama: Login ke akaun Online banking Bank Islam anda. Masukkan User ID dan Password.


Kedua: Kemudian pilih My Account > E-statement > Download

Ketiga: Account / Card pilih Account anda. Kemudian pilih statement yang terkini (latest).


Keempat: Inilah Bank Statement Bank Islam anda. Boleh download atau screenshot.

Perkara Wajib Tahu – Bank Statement Mohon Akaun CDS
Selepas sudah berjaya dapatkan bank statement bank islam anda, sila baca 4 perkara ini sampai habis!
Maklumat penting WAJIB ada pada Bank statement adalah:
- Nama penuh pemohon
- Nombor akaun bank pemohon
- Logo dan Nama bank
- Pastikan segala maklumat bank ini jelas dan terang. Jika tidak akan DIREJECT!
Semasa nak upload bank statement ini, tak perlu bagi kesemua helaian muka surat bank statement anda.
Hanya screenshot page 1 sahaja dan upload.
Kesimpulan
Bagi akaun bank yang tak aktif transaksi tiada masalah. Mplus cuma perlukan 3 details yang saya nyatakan tadi untuk tujuan pengesahan sahaja.
Kalau tidak cukup 3 details ini, Mplus akan Reject borang anda dan anda perlu buat pembetulan semula.
Jadi untuk memudahkan proses akaun CDS anda, pastikan ikut langkah-langkah cara Download Bank Statement Bank Islam ini dengan teliti.
Jika belum ada Akaun CDS Mplus boleh terus buka di akauncds.com
Anda masih newbie dalam saham? Jangan risau boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.
Semoga bermanfaat.