Bank Islam Diiktiraf Bank Runcit Islam Paling Kukuh Di Malaysia
Bank Islam Bank Runcit Islam Terkuat
Hai dan salam sejahtera! hari nie saya nak kongsi dengan anda semua mengenai berita yang telah keluar di akhbar The Edge Market mengenai Bank Islam.
Pada 20 Dec bersamaan hari Ahad telah keluar berita mengenai Bank Islam Malaysia Bhd yang telah dinobatkan sebagai perbankan runcit Islam terkuat di Malaysia untuk tahun 2020
Pengiktirafan anugerah ini telah diberi oleh Cambridge International Financial Advisory (Cambridge IFA) pada Anugerah Perbankan Runcit Islam keenam 2020, yang diadakan hampir pada 15 Disember 2020.
Haaa..rasa bangga tak korang?
Bank ini juga mengatakan bahawa ini adalah kali kedua ia menerima anugerah itu selepas kali pertama memenanginya pada tahun 2015

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Muazzam Mohamed berkata:
“Anugerah ini menunjukkan bahawa kesediaan bank ini untuk menjadi institusi perbankan Islam pertama dan tersenarai di Malaysia dan rantau ini”
Strategi Bank Islam
Bank ini akan mengambil langkah untuk terus berinovasi dan memberikan penyelesaian kewangan yang komprehensif.
Selain itu, ia juga akan memanfaatkan kemajuan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan portfolio pelanggan yang pelbagai sambil terus memberikan nilai untuk pihak yang berkepentingan
Disamping itu, kekuatan bank ini tidak hanya ditentukan oleh pencapaian kewangan semata-mata.
Tetapi ia juga melalui usaha dalam memastikan sokongan terhadap ekonomi, pemerkasaan masyarakat dan juga perlindungan alam sekitar.
Kisah Kejayaan Sektor Perbankan Runcit Islam
Anugerah Perbankan Runcit Islam dianjurkan oleh Cambridge IFA, sebuah institusi risikan kewangan yang berpusat di United Kingdom.
Ia untuk mengetengahkan, mengiktiraf kisah kejayaan, sama ada institusi dan individu, dalam sektor perbankan runcit Islam.
Keputusan pemenang anugerah itu berdasarkan pada kajian kecekapan perbankan Islam yang berjaya dilakukan oleh Cambridge IFA yang berada di kedudukan lebih dari 130 bank runcit Islam.
Bank ini telah bersaing dengan 130 Bank runcit Islam yang lain dan dapat memenangi buat kali keduanya.
Tahniah diucapkan kepada Bank Islam!

Jika korang search MalaysiaStock.Biz dan lihat pada kaunter BIMB iaitu Bank Islam, harga sahamnya sekarangnya semakin menaik. Kini harga sahamnya ialah RM4.410. Kenaikan ini dapat kita lihat sejak awal Nov 2020 lagi dan terdapat satu candlestick Marubozu pada 11 Dec 2020.
Kesimpulan
Kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa institusi perbankan di Malaysia adalah perbankan yang kukuh dan selamat. Kemajuan perbankan ini juga adalah daripada suatu prestasi syarikat yang berkembang maju dan dapat membanggakan Malaysia.
______________________________________________________________________________________________________________________________________
Anda Newbie dalam Saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA daripada Mahersaham sekarang juga!
Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.