Balloting Result

Balloting Result Cara Baca & Fahamkan

Sekarang sudah ramai yang tahu tentang IPO dan mula mohon IPO sama ada di Miti atau Online Banking.

Apabila anda mohon IPO, perkara wajib peka:

  • Opening Date – Tarikh permohonan ipo dibuka
  • Closing Date – Tarikh tutup permohonan ipo
  • Balloting Date – Tarikh pengundian
  • Listing Date – Tarikh saham tersenarai

Kesemua tarikh IPO ini anda boleh semak pada bahagian details IPO tersebut semasa memohon.

Jadi selepas selesai mohon IPO, akan keluar balloting result pada hari Balloting Date.

Apa Itu Balloting Result?

Apabila balloting result keluar, ada 6 perkara anda perlu tahu.

Dalam balloting ini, pemohon boleh tahu berapa ramai jumlah pemohonan sesuatu IPO tersebut, berapa peratus winning rate untuk dapat ipo, berapa unit saham yang akan dapat dan banyak lagi.

Jadi daripada result ini pemohon boleh membuat analisa balloting.

Sebagai contoh, ini adalah contoh balloting result IPO CEKD;

Balloting Result
Sumber: tiih.online

Berdasarkan balloting result CEKD Berhad ini, anda boleh rujuk permohonan anda di 2 kategori sama ada ‘Bumi‘ ataupun ‘Public

Cara Baca Balloting Result ‘Bumi’ / ‘Public’

Dalam balloting result IPO ada 6 perkara anda perlu tahu.

1. Range Of Shares : Semak berapa unit ipo yang anda mohon.

2. Total Number Of Applications : Jumlah pemohon yang mohon ipo berdasarkan range of share

3. Number Of Successful Applications : Pemohon yang berjaya dapat ipo

4. Success Rate (%) : Peratus pemohon yang berjaya dapat ipo

5. Number Of Shares To Be Alloted Per Application : Bilangan unit yang akan dapat bagi setiap permohonan

6. Total Number Of Shares Alloted : Jumlah unit yang diperuntukkan (berdasarkan jumlah pemohon yang berjaya)

Kemudian selepas sudah faham maksud Balloting result ini, sekarang anda boleh semak berapa unit yang berkemungkinan anda boleh dapat berdasarkan permohonan anda.

Sebenarnya IPO result ini lebih tinggi peluang kepada Bumi berbanding Public. Jika lihat pada bahagian Success Rate (%) ‘Bumi’ lebih tinggi daripada Success Rate Public‘.

Contoh Scenario mohon IPO & Balloting Result

Sebagai contoh, Mak Kiah mohon IPO CEKD sebanyak 7,100 unit.

Jadi ia termasuk dalam Range Of Share antara 6,100 hingga 11,000 unit (berdasarkan balloting result CEKD).

Total Number Of Applications adalah seramai 1,449 pemohon. Namun hanya 206 pemohon sahaja yang berjaya mendapat ipo ini bersamaan 14.22% success rate.

Jika Mak Kiah antara pemohon yang berjaya, maka Mak Kiah berjaya mendapat 1,000 unit saham CEKD (Lihat pada Number Of Shares To Be Alloted Per Application) di portfolio nanti semasa Listing date.

Dan permohonan Mak Kiah yang selebihnya (7100-1,000) 6,100 unit x 0.48 = RM2,928 akan di refund.

Listing Date IPO

Bagi pemohon yang berjaya mendapat IPO boleh semak di portfolio anda. Ia akan keluar saham yang anda mohon serta unit yang berjaya diperoleh.

Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat ipo, modal anda akan di refund ke akaun bank anda dalam tempoh 3-7 hari bekerja.

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri artikel yang ditulis di Mahersaham berkaitan IPO. Untuk senarai penuh artikel, boleh rujuk Panduan Belajar IPO Dari A Sampai Z.

Kesimpulan

Khas buat pemohon IPO, pertama peka setiap tarikh-tarikh dan details IPO yang dimohon.

Kemudian semasa balloting date, keputusan balloting boleh semak di website TIIH.

Boleh baca cara semak permohonan IPO yang anda mohon.

Dalam kelas Supertrader juga ada diajarkan lebih details tentang analisa IPO. Namun Mahersaham tiada lagi buat kelas berbayar. Kelas Supertrader ini hanya untuk client Tuan Maher Alias sahaja.

Belum ada akaun CDS, boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Bukan itu sahaja, anda boleh mulakan dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts