Bagaimana Menggunakan Gann Chart Untuk Trade Saham

Sebelum kami mula menerangkan mengenai penggunaan Gann Chart di Mahersaham.com, anda patut tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan Gann Square 9 beserta fungsinya dalam trading saham.

Gann Square merupakan antara salah satu ciptaan W.D. Gann berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno. Ia boleh digunakan untuk membantu pedagang menentukan paras resistance dan support sekaligus menentukan harga untuk take profit dan cut loss.

Sejarah Ringkas W.D. Gann

W.D. Gann

William Delbert Gann (1878 – 1955) merupakan trader yang terkenal dengan keupayaannya meramal pasaran dengan menggabungkan campuran geometri, astrologi, dan teknik matematik kuno. Beliau mula berdagang pada usia 24 tahun. Dengan pengetahuan yang beliau ada, banyak metode technical analysis yang beliau cipta seperti Gann angles, Master charts, Hexagon chart dan Circle of 360.

Namun begitu terdapat beberapa percanggahan dan kotroversi mengenai beliau. Dikatakan beliau membuat keuntungan berdasarkan spekulasi. Ini kerana Dr Alexander Elder, penulis buku Trading for a Living pernah menemubual anak lelaki Gann iaitu John Gann yang bekerja sebagai analyst di Boston Bank. Mengikut kata anaknya, Gann tidak berapa Berjaya dalam bidang trading sebaliknya banyak mendapatkan wang melalui penulisan dan menjual kursus pengajaran.

Gann Square

Gann square of nine mendapat namanya kerana jika anda melihat carta di atas lagi, angka 9 mewakili penyelesaian persegi pertama. Ia juga dikenali sebagai carta 9×9.

Konsep Asas Dalam Gann Square

1) Set nombor penting yang ialah yang termasuk nombor dalam line bewarna merah (Cardinal cross) dan nombor dalam line bewarna biru (Ordinal cross).

2) Sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna merah dan dikatakan sebagai support penting dan resistance penting.

Manakala sebarang nombor atau harga yang jatuh di line bewarna biru dikatakan sebagai support dan resistance yang kedua penting.

Cara  Penggunaan Gann Square Dalam Tradig Saham

1) Bermula dari nombor 1, baca mengikut arah pusingan jam bergerak (clock wise).

2) Cari harga yang telah jatuh dan nak mula rebound kemudian rujuk harga dengan Gambarajah Gann Square.

Gann Chart di Mahersaham Mudahkan Kerja Anda

Untuk mengelakkan mata anda dari berpinar melihat Gann Square ini, kami telah menyediakan jadual yang lebih mudah untuk anda gunakan bagi mengetahui Resistance 1, Resistance 2 juga Support 1 dan Support 2. Rujuk Cara Analisa Mahersaham Dashboard untuk menggunakan Gann Chart dengan mudah.

Penerangan lanjut mengenainya dalam video ini. Kami tunjukkan cara untuk anda menggunakan teknik Gann Chart ini tanpa anda perlu mengetahui pun apa itu Gann Chart. Anda hanya perlu masukkan harga saham semasa, kemudian anda akan terus diberitahu support dan resistance menggunakan Gann Chart.

Mahersaham telah sediakan layout khusus. Anda hanya perlu masukkan harga saham yang ingin dibeli dan sistem akan auto calculate nilai support dan resistance yang terdekat. Rujuk Mahersaham Dashboard

https://youtu.be/RAhdIZ2Wi7M

Masih baru mengenal saham dan tak berapa faham bagaimana ia berfungsi? Ketahui 4 langkah Newbie Saham Wajib Tahu Sebelum Membeli Saham. 


Anda newbie dalam saham?Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut? Tapi tak tahu nak mula dari mana? Jangan risau hubungi kami sekarang!!

https://app.mahersaham.com/chat

https://app.mahersaham.com/chat

Kredit: Farhana A Omar

Similar Posts