|

Average Price- Bagaimana ia Berlaku?

Apa Itu Price Averaging

Price averaging bermakna harga purata mengikut lot yang kita pegang. Korang rasa kenapa ia berlaku dan bagaimana ia berlaku dalam pelaburan di Bursa Malaysia?

Sudah semestinya ia berlaku apabila anda membeli kaunter yang sama namun pada harga yang berbeza.

Ia boleh berlaku sekiranya beli pada hari yang sama ataupun hari yang berlainan.

Tetapi kita kena ambil perhatian bahawa teknik price averaging sangat berisiko tinggi.

Kerana bagi mereka yang tak nak cut loss, mereka akan guna teknik price averaging sebab mereka yakin bahawa harga sesuatu saham boleh naik.

Oleh itu, price averaging hanya sesuai untuk saham-saham yang fundamental analysis syarikat tersebut baik.

Andai sesuatu saham itu hanya spekulasi semata-mata maka iya sangat berisiko tinggi.

Contoh Kiraan

•15 April 2020, beli 100 unit saham X pada harga RM2.01

•2 Julai 2020, beli 100 unit saham X pada harga RM2.79

Average price = [(Harga belian pertama x unit saham belian pertama) + (Harga belian seterusnaya x unit saham belian seterusnya)] / (unit saham belian pertama + unit saham belian seterusnya)

•Average price = [(2.01 x 100) + (2.79 + 100)] / (100 + 100)

•Average price = RM 2.40

Kredit gambar: Trading view

Jika kita rujuk gambar rajah di atas, garisan biru merupakan average price untuk harga dua garisan merah.

Harga Saham Naik

Average up untuk maksimakan keuntungan. Kebiasaannya akan topup kurang daripada jumlah asal lot yang dibeli.

Korang rasakan kenapa topup kurang?

Kerana kebiasaannya bila harga saham dah naik, risiko akan lebih tinggi.

Jadi apa yang perlu kita buat adalah topup kurang daripada jumlah asal lot yang dibeli.

Contoh

Entry pertama beli 100 unit. Entry kedua Cuma 50 unit sahaja

•EP 1 : 100 unit saham Y pada harga RM 1.00

•EP 2 : 50 unit saham Y pada harga RM 1.50

•Average Price : ( RM1 x 100 ) + ( RM1.50 x 50 ) / ( 100 + 50 )

  = RM 1.17

Harga Saham Jatuh

Average down supaya mudah untuk breakeven (Point di mana tiada kerugian dan keuntungan yang minimum yang diperolehi oleh Trader) sekiranya harga jatuh dan berdasarkan kajian, kita yakin nilai sebenar saham adalah lebih tinggi.

Jadi apa yang perlu kita buat adalah topup lebih daripada jumlah asal lot yang dibeli.

Namun, strategi ini amat berisiko tinggi.

Pastikan bila nak average down, pilih kaunter-kaunter yang berkualiti bukan yang penny atau kaunter yang tiada fundamental analysis yang baik.

Contoh

•EP 1 : 100 unit saham Z pada harga RM 1.00

•EP 2 : 200 unit saham Z pada harga RM 0.80

•Average Price : ( RM1 x 100 ) + ( RM0.80 x 200 ) / ( 100 + 200 )

  = RM 0.87

Intraday Price Averaging

Perbezaan apabila price averaging dan exclude averaging price

Situasi 1: Buy 2 kali, sell 2 kali.

  • •9am – Beli saham A pada harga RM 0.50 sebanyak 100 lot
  • •10am – Jual saham A pada harga RM 0.51 sebanyak 100 lot
  • •11am – Beli saham A pada harga RM 0.55 sebanyak 100 lot
  • •4pm – Jual saham A pada harga RM 0.60 sebanyak 100 lot

Sila ambil perhatian bahawa

1 lot = 100 unit

Situasi 2: Buy 3 kali, sell 2 kali

  • •9.30 am – Beli saham A pada harga RM 0.50 sebanyak 100 lot
  • •10 am – Jual saham A pada harga RM 0.51 sebanyak 100 lot
  • •3 pm – Beli saham A pada harga RM 0.52 sebanyak 100 lot
  • •4 pm – Jual saham A pada harga RM 0.53 sebanyak 100 lot
  • •4.45 pm – Beli saham A pada harga RM 0.55 sebanyak 100 lot dan hold sampai esok

Korang faham tak macam mana dapat value unrealized profit sebanyak RM300?

Macam ni sebenarnya, harga saham terkini (belian terakhir) adalah 55 sen dan harga average buy adalah 52 sen.

Belian terakhir adalah sebanyak 100 lot.

Unrealized profit = (55 sen – 52 sen) x 10 000 unit = RM 300.

Harapnya korang faham, kalau kurang jelas boleh komen kat bawah.


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Ebook setebal 100 muka surat yang bernilai RM299 Mahersaham berikan secara percuma!

Bagi yang serius mahu belajar download sekarang juga!

Download Ebook Saham PERCUMA

Similar Posts