Available Trading Limit

Available Trading Limit Kenapa Berkurang?

Ramai yang pelik dan tertanya-tanya kenapa Available Trading Limit berkurang setiap kali deposit ke Platform Trading.

Ada caj deposit ke? Broker caj berapa banyak? Ke mana duit yang berkurang ini?

Jadi dalam artikel ini akan menerangkan kemana sebenarnya sebahagian jumlah yang di depositkan dan kenapa ianya berkurang.

Sebelum itu, segala penerangan berkaitan Account Summary dan lain-lain dalam artikel ini hanya merujuk kepada Broker Mplus sahaja.

Trust Account & Available Trading Limit

Apabila login ke Platform anda, pergi ke bahagian Account Summary. Akan muncul 8 perkara ini:

available trading limit

Pertama anda perlu faham dulu 8 perkara dalam Account Summary ini.

Ini adalah kerana setiap kali transaksi deposit, withdraw, beli dan jual saham yang berlaku jumlah wang anda akan muncul pada ruangan ini.

Untuk fahamkan berkaitan Account Summary boleh baca di Cara Mudah Baca Account Summary.

Jadi disini maksud Trust Account dan Available Trading Limit adalah:

1. Trust Account

Trust account adalah nilai duit yang anda ada pada masa itu.

Mungkin Trust account ini akan ada lambat sikit update sebab dalam Bursa adanya rule of settlement T+1 dan T+2 untuk sistem update penolakan caj brokerage.

2. Available Trading Limit

Dalam bahasa mudah, ia adalah nilai atau duit yang anda boleh guna untuk berdagang di Bursa Malaysia. Ia akan ada sedikit beza dengan nilai pada Trust account.

Contohnya, di Available Trading Limit ada RM5,000. Maka di trust account sepatutnya lebih lagi disebabkan T+1 dan T+2 tadi dan juga sistem update brokerage untuk transaksi sebelum ni.

Jadi untuk trade saham anda hanya fokus pada Available Trading Limit sahaja. Itu nilai yang anda boleh beli saham.

Berapa Available Trading Limit Dapat?

Daripada jumlah modal yang di depositkan, Mplus akan mengehadkan transaksi perdagangan mengikut kiraan 99.5% – RM40 sebagai Trading Limit iaitu wang yang boleh digunakan untuk trade.

Manakala 0.5% daripada jumlah deposit pula akan disimpan di Trust Account untuk Mplus Reserve.

Reserve ini bukanlah caj yang dikenakan oleh Broker Mplus tetapi untuk tujuan dimana jika akan datang anda mahu tutup akaun, nilai reserve tersebut akan dikembalikan semula sepenuhnya kepada anda.

Konsepnya samalah seperti jika anda buka akaun bank, bank tetapkan sekurang-kurangnya mempunyai minima RM20 untuk akaun aktif.

Contoh Scenario Deposit Ke Platform Mplus

Sebagai contoh, Mak Kiah deposit sejumlah RM1,000 ke platform. Jadi duit yang Mak Kiah boleh guna untuk trade adalah;

Available Trading Limit = (99.5% x Jumlah Deposit) – RM40

= (99.5% x RM1,000) – RM40

= RM955 sahaja yang Mak Kiah boleh dagangkan.

Contoh kedua, Pak Mail deposit RM10,000 ke Platform. Maka jumlah Trading Limit Pak Mail adalah;

Available Trading Limit = (99.5% x RM10,000) – RM40

= RM9,910 yang Pak Mail boleh guna untuk trade.

Contoh ketiga, Minah deposit RM5,000 ke Platform. Jadi jumlah duit Minah boleh guna untuk trade adalah;

Available Trading Limit = (99.5% x RM5,000) – RM40

= RM4,935 Minah boleh guna untuk beli saham.

Kesimpulan

Jadi inilah cara kira setiap kali anda deposit duit ke Platform Trading anda.

Di Trust Account tidak berubah. Ia sama dengan jumlah yang di depositkan.

Di Available Trading Limit akan ada sedikit berkurang mengikut pengiraan yang telah diterangkan.

Anda belum ada akaun CDS, boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Anda juga boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.

Similar Posts