Asas Pembentukan Candlestick

Asal Usul Candlestick?

Pada tahun 1724–1803 Candlestick Analisis telah digunakan oleh Munehisa Homma yang merupakan seorang rice trader atau peniaga beras di Jepun.

Beliau menggunakan candlestick analisis ini untuk mengetahui turun naik harga beras pada waktu itu.

Mengikut sejarah, jarak di antara Munehisa Homma dan tempat bekalan beras pada masa itu agak jauh.

Untuk beliau mendapatkan analisis yang tepat dia memerlukan data harga pasaran (market price) yang pantas.

Seperti yang kita tahu, pada zaman itu, tiada telefon dan internet untuk dapatkan real time data.

Agak-agak korang, macam mana nak dapatkan data dengan pantas pada masa itu ??

Apa yang dilakukan oleh Munehisa Homma adalah, beliau meletakkan seorang wakil pada tempat bekalan beras dan beberapa orang lagi wakil pada setiap jarak yang ditentukan sehinggalah berdekat dengan rumahnya.

Candlestick

Melalui cara tersebut, beliau boleh mendapatkan maklumat mengenai harga semasa beras ketika itu.

Daripada data itu, beliau rekod dan gunakan candlestick analisis untuk menjadi seorang peniaga beras yang berjaya di Jepun.

Bagaimana pembentukan candlestick berlaku?

Ada 4 perkataan yang korang kena ingat.

  • Open
  • High
  • Low
  • Close

Candlestick terbentuk dari Open, High, Low dan Close

candlestick

Open: Harga pembukaan saham sewaktu didagangkan.

High: Harga tertinggi sesuatu saham pada waktu tertentu (mengikut time frame).

Low: Harga terendah sesuatu saham pada waktu tertentu (mengikut time frame).

Close: Harga penutup saham yang didagangkan.

Candlestick merah (hitam) bermakna harga open lagi lagi tinggi daripada harga close. Mengalami penurunan harga.

Manakala candlestick hijau (putih) bermakna harga open lagi rendah daripada harga close. Mengalami kenaikan harga.

candlestick

Dalam satu-satu candlestick tidak semestinya ada wick, boleh jadi ada body sahaja.

Kenapa?

Kerana harga open/close sama dengan harga high / low.

Boleh jadi candlestick tak ada body.

Kenapa?

Kerana harga close dan open sama menyebabkan tidak terbentuk body candlestick.

Pembentukan Candlestick (Tf Daily)

Seperti yang kita tahu, market akan di buka pada pukul 9 pagi dan di tutup pada pukul 5 petang.

Sepanjang tempoh waktu itu, harga saham akan fluctuate atau berubah-ubah.

Korang perhatikan gambar rajah di bawah. Harga saham memang tidak konsisten.

Ketika market open harga lain kemudian pada jam 10 harga saham telah turun dan kemudian pada pukul 4++ petang sebelum market close harga saham pula menaik.

candlestick

Daripada perubahan harga saham tersebut maka akhirnya wujudlah satu candlestick untuk daily.

Pembentukan Candlestick (Tf Weekly)

Setiap candlestick dalam gambar rajah atas menunjukkan time frame untuk sehari, maka 5 candlestick menggambarkan time frame untuk seminggu.

Kenapa seminggu bukan 5 hari?

Kerana market buka hanya pada hari weekdays iaitu isnin hingga jumaat.

Jadinya bagaimana candlestick time frame weekly ini terjadi?

Rujuk gambar rajah di atas.

Open adalah pada candlestick yang pertama (isnin) manakala close adalah pada candlestick yang terakhir (jumaat).

Low dan high boleh rujuk semua candlestick, pilih yang paling low dan paling high.

Setelah dapatkan semua data, bolehlah lukis maka terhasillah candlestick time frame weekly.

Candlestick

• Sebagai leading indicator. Penanda aras bagi supply (seller) and demand (buyer)

•Ditentukan oleh saiz body dan wick

•Body hijau yang besar lebih bullish daripada body hijau yang kecil. Begitu juga sebaliknya.

•Ekor yang panjang menunjukkan kekuatan buyer atau seller, bergantung kepada posisi ekor

Semoga bermanfaat!


Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts