App Familiriazation Part 1: Paper Trade

Assalamualaikum dan hai!

Apa khabar anda semua?

Moga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Jadi kali nie kita akan mulakan dengan pembelajaran App Familiarization Part 1: Paper Trade.

Kita akan menggunakan Mahersaham App untuk pembelajaran ni.

Anda dah download Mahersaham App?

Jangan lupa download Mahersaham App untuk dapatkan manfaat yang banyak tentang ilmu saham.

Bagi pengguna Android boleh download di App Mahersaham

Boleh download untuk IOS di App Mahersaham

Apa itu Paper Trade?

Okey pertama sekali, saya akan terangkan mengenai paper trade.

Apa itu paper trade?

Mudahnya ia merupakan platform olok-olok untuk berdagang saham.

Korang boleh buat beberapa perkara, antaranya:

  • Beli kaunter saham
  • Tambah strategi
  • Masukkan duit (deposit cash)
  • Keluarkan duit (withdraw cash)

Paper trade merupakan latihan untuk korang berjual beli saham.

Cara Guna Paper Trade di Mahersaham App

Pertama sekali korang masuk dalam website Mahersaham App.

Bagi yang sudah download app boleh direct buka menggunakan smartphone masing-masing.

Kedua korang sign in.

Boleh pilih nak sign in guna medium yang tertera, sama ada menggunakan google, facebook atau login seperti biasa.

Jangan risau Korang boleh signup free akaun dan sign in.

Paparan seperti di bawah ini akan kelihatan bila dah masuk dalam homepage.

Klik pada ikon yang saya letakkan anak panah.

Itu adalah ikon portfolio atau paper trade.

Bila dah klik akan jadi macam ni.

Paper Trade

Okay macam mana nak guna ni?

Bila kali pertama menggunakannya, korang kena topup duit (deposit cash) agar membolehkan korang beli stock.

Boleh rujuk gambar rajah di atas, ikon dalam kotak hitam.

Bila klik ikon tersebut korang akan lihat lagi banyak ikon. Boleh rujuk sebelah anak panah.

Klik sahaja deposit cash dan boleh tambah jumlah wang sesuka hati korang.

Contoh nak tambah Rm 10,000.

Klik deposit cash

Paper Trade

Klik add dan taraaaaaa!!!

Paper Trade

Dah siap.

Seterusnya untuk membeli kaunter saham.

Korang boleh klik buy stock.

Paper Trade

Masukkan nama kaunter dan info mengikut trading plan masing-masing dan klik buy stock.

Setelah buat kajian bolehlah beli beberapa kaunter yang korang berminat atau kaunter yang telah di kaji.

Gambar di bawah adalah hasil setelah membeli kaunter.

Paper Trade

Korang boleh tengok beberapa info termasuklah;

  • Nama stock yang di beli
  • Berapa lot di beli
  • Entry price
  • Harga semasa mengikut bursa Malaysia
  • Take profit dan cut loss yang kita tetapkan semasa membeli
  • Gross investment
  • Current value
  • Unrealized profit/loss

Perasan tak paling hujung sebelah kanan tu ada button action?

Perasan tak paling hujung sebelah kanan tu ada button action?

Apa kegunaannya?

Kalau korang klik kat situ akan jadi macam ni.

Akan ada 3 perkara boleh buat iaitu sell, update atau delete.

Paper Trade

Untuk menjual saham anda boleh Klik sell dan masukkan jumlah lot dan harga.

Klik sell lagi sekali.

Paper Trade

Untuk update saham yang sedia ada, boleh klik dan masukkan info yang diperlukan seperti di bawah.

Paper Trade

Bila dah berpuas hati dengan nilai yang dimasukkan boleh klik update stock.

Yang terakhir korang boleh delete stock tersebut.

Klik pada ikon tong sampah.

Dan satu pop-up akan keluar untuk memastikan sama ada korang nak buang atau cancel.

Kesimpulan

Paper trade mempunyai fungsi seperti platform yang menyediakan jual beli saham.

Ada di antara kita yang masih belum berani atau belum cukup modal untuk melabur di medan sebenar iaitu bursa Malaysia maka paper trade merupakan satu latihan sebelum membeli saham yang sebenar.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

https://www.youtube.com/watch?v=lnlgdcyKL8o

Similar Posts