Apakah Syarat Saham Patuh Syariah?
Betulkah saham itu haram?
“Saham patuh syariah? biar betul, tak caya lah”
“Saham ? Haramlah, jangan join“
“Ehh aku tak join saham sebab haram”
“Weiii kenapa kau belajar saham, haramlah”
Pernah tak korang dengar ayat seperti atas?
Korang rasalah kan apa sebenarnya halangan terbesar bagi masyarakat Malaysia masa kini untuk join pelaburan saham?
Tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan kurangnya ilmu pelaburan.
Sudahlah kekurangan ilmu mengenai pelaburan saham siap boleh claim lagi bahawa pelaburan saham ini haram sedangkan wujudnya saham yang patuh syariah.
Akibat daripada kekurangan ilmu pelaburan yang betul, ramai orang tersungkur kerana terpedaya dengan pelbagai skim yang menjanjikan bulan dan bintang seperti pulangan yang berganda-ganda setiap bulan.
Saya tahu korang yang sedang baca ini bukan antara golongan yang terpedaya. Semoga korang tergolong dalam golongan yang sentiasa mencari ilmu pelaburan saham yang betul.
Nak cari kat mana ilmu pelaburan yang betul tu? Hah dunia yang semakin canggih ini semua ada kat hujung jari.
Nak cara mudah dan sumber yang boleh dipercayai ? Ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia
Ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (1 Julai 2020 – 30 Jun 2023)
Berikut merupakan ahli-ahli MPS Suruhanjaya Sekuriti yang dilantik bermula 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2023.
Ahli-ahli MPS dianggotai oleh pakar-pakar Syariah, pengamal kewangan Islam dan perundangan.

Peranan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Seperti yang kita tahu fungsi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah
sebagai sebuah badan tunggal dalam mengawal selia pasaran modal di Malaysia.
Jadi siapa yang perlu di rujuk dalam soal-soal berkaitan Syariah bagi
pasaran modal Islam?
Tak lain dan tak bukan tentulah MPS yang menjadi rujukan tunggal
berkaitan Syariah bagi pasaran modal Islam.
Ini kerana MPS diberi mandat untuk memberi nasihat kepada Suruhanjaya
Sekuriti (SC) dalam semua perkara berhubung dengan pembangunan pasaran modal Islam yang komprehensif.
Saham patuh syariah


Kriteria Syariah Sekuriti Yang Digariskan Oleh MPS
Berdasarkan kriteria yang digariskan, sesebuah
sekuriti syarikat diklasifikasikan sebagai tidak patuh Syariah sekiranya
aktiviti teras syarikat tidak selaras dengan Syariah seperti berikut:
a. Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah),
b. Perjudian dan pertaruhan,
c. Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau
barangan yang berkaitan,
d. Insurans konvensional,
e. Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah,
f. Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan
tembakau atau barangan yang berkaitan,
g. Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah, dan
h. Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.
•Kriteria Pertama
– Aktiviti utama syarikat berteraskan riba seperti yang dijalankan oleh institusi kewangan konvensional termasuk bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan dan lain-lain.
(a) Dalil al-Quran berdasarkan ayat 275–276 daripada Surah al-Baqarah
(b) Dalil ijmak Fukaha dalam semua mazhab telah sepakat bahawa riba adalah sesuatu yang haram. Oleh kerana persepakatan ini maka pengharaman riba telah menjadi sesuatu yang diijmakkan.
•Kriteria Kedua
– Aktiviti utama syarikat ialah kegiatan judi seperti kasino, nombor ekor dan yang seumpamanya.
Pengharaman judi jelas dalam al-Quran. Allah s.w.t. memerintahkan orangorang yang beriman meninggalkannya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam al-quran surah al-maidah ayat 90
•Kriteria Ketiga
– Aktiviti utama syarikat adalah pengeluaran dan penjualan barangan dan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam dan ia merangkumi:
(a) Memproses, mengeluar dan memasarkan minuman keras
(b) Membekalkan daging yang tidak halal seperti daging babi dan sebagainya
(c) Memberi perkhidmatan tidak bermoral seperti pelacuran, pub, disko dan seumpamanya
•Dalil al-Quran tentang makanan Islam menggesa manusia seluruhnya memakan makanan yang halal dan baik.
Gesaan tersebut dapat dilihat berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 168.
Selain itu dalil pengharaman arak Allah s.w.t berfirman pada surah al-maidah ayat 90 dan larangan terhadap aktiviti tidak bermoral pada surah al-isra’ ayat 32
•Kriteria Keempat
Aktiviti utama syarikat bersifat gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.
Infograpik Tanda Aras Syariah

•Setiap nisbah di atas, yang bertujuan untuk menilai riba dan elemen berteraskan riba dalam penyata kedudukan kewangan sesebuah syarikat, mestilah kurang daripada 33 peratus.
•Di samping kriteria kuantitatif dua peringkat di atas, MPS juga mengambil kira aspek kualitatif yang melibatkan persepsi masyarakat umum atau imej aktiviti syarikat dari perspektif pengajaran Islam.
Proses Audit Saham Patuh Syariah
Untuk makluman trader semua, proses audit yang di buat oleh SURUHANJAYA SEKURITI adalah 2 kali setahun iaitu pada bulan MEI dan NOVEMBER.
MPS melalui SC, akan terus mengkaji status syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit.
Status Saham Syariah bertukar kepada NON-Syariah?
Apa perlu kita buat sekiranya saham yang kita telah beli asalnya syariah tetapi setelah proses audit ia bertukar kepada NON-Syariah?
Tidakkkkkkkkkkkkk!!!!!!
Jangan risau, mari kita baca dan lihat contoh situasi di bawah ini.
Contoh 1: Untung
Korang beli saham Syarikat A pada 2 November 2020 dengan harga 20 sen yang asalnya adalah syariah compliant.
Kemudian pada 11 November 2020 telah keluar list baru daripada MPS yang menyatakan bahawa saham Syarikat A telah terkeluar daripada list saham yang syariah compliant.
Bermakna sekarang saham Syarikat A adalah NON syariah. Pada waktu itu pulak harga saham telah menaik dan harga semasa adalah 45 sen.
Untung berganda-ganda pulak tetapi saham dah menjadi NON syariah. Sebagai seorang trader yang taat pada agama apa yang korang boleh buat?
Bila status dah bertukar kepada NON syariah, korang kena jual pegangan saham dan hanya ambil nilai modal sahaja.
Selebihnya korang kena wakaf dan sedekah pada tabung-tabung yang sedia ada di masjid-masjid atau surau-surau.
Korang tak rugi pun, sebab modal dapat semula.
Contoh 2: Rugi
Korang beli saham Syarikat B pada 2 November 2020 dengan harga 30 sen yang asalnya adalah syariah compliant.
Kemudian pada 11 November 2020 telah keluar list baru daripada MPS yang menyatakan bahawa saham Syarikat B telah terkeluar daripada list saham yang syariah compliant.
Bermakna sekarang saham Syarikat B adalah NON syariah. Pada waktu itu pulak harga saham telah menurun dan harga semasa adalah 10 sen.
Apa yang korang boleh buat dalam situasi ini pulak?
Kalau jual korang akan rugi berganda-ganda tetapi saham dah menjadi NON syariah.
Dalam situasi macam ni korang boleh hold saham tersebut sehinggalah harga saham kembali kepada harga sewaktu beli dulu.
Islam itu menyenangkan bukan. Korang tak rugipun, sebab korang boleh hold saham sehingga modal korang kembali.
Kenapa Status Patuh Syariah Begitu Penting?
Kita sebagai muslim memang wajib untuk pilih saham yang halal.
Jangan ragu-ragu lagi untuk membeli saham patuh syariah, kerana ianya perlu melalui proses audit yang ketat.

Semoga bermanfaat!
Anda juga boleh baca artikel ini, adakah saham yang anda beli patuh syariah dan cara tukar KWSP konvensional ke syariah.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !