|

Apakah nilai dan ROI Kebahagiaan Untuk Duit Kita

Baru-baru ini, Khailee Ng seorang usahawan terkenal dan juga pelabur dalam startup company di asia tenggara telah ditemuramah oleh Mr Money TV.

.

Beliau merupakan seorang Managing Partner ‘500 Startups’, sebuah firma dalam venture capital yang melabur dalam syarikat startups khusus untuk industri teknologi.

.

Beliau juga telah mendirikan beberapa startups sebelum ini termasuklah Says.com dan Groupsmore.

.

Dalam temuramah bersama Mr Money TV, banyak perkongsian beliau tentang latar belakang keluarga sehinggalah pengalaman selama beliau sendiri berada dalam arena bisnes. Ini adalah apa yang dapat saya ringkaskan daripada video berdurasi hampir satu jam itu.

.

Latar Belakang Keluarga dan Kehidupan Awal Khailee Ng

Menurut Khailee Ng, latar belakang keluarga beliau hanyalah sederhana / middle class, bukanlah keluarga yang kaya-raya.

.

Beliau juga menceritakan pengalaman keluarga pergi makan McDonald’s setahun sekali, bila ada birthday macam tu. Jadi kehidupannya sederhana. Baju pun pinjam abang-abang dia punya.

.

Ayah beliau seorang penoreh getah, adik beradik ayah beliau ada 11 orang termasuk ayah beliau, 10 orang adik beradik yang lain simpan duit untuk ayah dia supaya dapat masuk kolej.

.

Pengalaman Awal dalam Keusahawanan

Dia pernah cakap, ‘saya nak ada benda tu jugak’. Benda itu merujuk kepada handphone. Generasi zaman dia dulu mana ada pakai telefon bimbit, tapi ada Nokia 8210 yang kecik tu, handphone yang besar ada macam brand Alcatel, tapi brand tu dah takde dah, so dia cakap dia nak handphone macam tu jugak.

.

Masa tu umur dia 15, dalam fikiran dia, ‘saya mesti dapatkan phone ni’ so apa strategi untuk dia dapatkan phone tu sedangkan dia baru umur 15 tahun nak masuk 16.

.

Khailee Ng cakap ‘saya pun buat kira-kira, kalau saya keje setiap kali cuti, saya takkan dapat simpan duit pun untuk beli phone tu, tak cukup, so saya tak bole buat keje dapat gaji ikut jam, saya kena cari keje lain yang bukan dapat gaji bayar ikut jam’.

.

Kebetulan dia kenal ada sorang budak ni nama TJ, betul-betul ubah hidup dia, budak ni memang buat keje dia la, buat coding, buat website, pastu budak ni cakap, ada abang perancis kat Singapore ni buat website untuk client, dapat 20k SGD dalam masa dua minggu’.

.

So Khailee cakap, ‘abang ni baru umur 17 tahun, dia umur 15 lebih kurang je, dia pun boleh buat website untuk Singapore’, tu yang dia fikir masa tu.

.

Ringkas cerita, dia luang masa cuti dengan belajar macam mana buat website supaya boleh beli phone. Lepas dah tau buat website, belajar pula HTML, CSS build, PHP build, mySQL, belajar basic coding, Photoshop.

.

Sekarang hanya tinggal nak cari client. Ini memang satu idea yang bernas.

Dalam suratkhabar selalunya ada orang letak iklan promosikan servis mereka. Jadi dia akan semak satu-satu iklan dan tengok pengiklan mana yang masih belum ada website.

.

Dia akan ambil nombor telefon, call nombor tu dan tanya orang tu, di mana boleh tengok website mereka. Jadi bila orang yang dihubungi itu kata dia tak ada website, maka Khailee Ng ini akan ‘pitching’ untuk jual servis buat website.

.

Begitulah kisah awal-awal macam mana hubungan dia dengan duit. Dalam kes ini, semangat untuk dapatkan sesuatu membuatkan dia berusaha untuk jual sesuatu dapatkan wang.

.

Tetapi fasa Seterusnya adalah apabila dia sudah mempunyai skil, motivasi yang berikutnya adalah cuba menyelesaikan masalah dengan masalah dan sentiasa kembangkan skil sedia ada.

.

Pencapaian dalam Dunia Startup

Dalam proses membangunkan website, akhirnya Says.com ditubuhkan. Website tersebut berkembang dari masa ke masa, hinggakan satu waktu itu syarikat dapat banyak trafik melebihi The Star, Malaysia Kini, dapat revenue 1 juta, tahun berikutnya pula 4 juta, pastu 9 juta, kemudian 13 juta – dah jadi macam mesin buat duit.

.

Apa yang dia suka tentang startup adalah dia boleh kerja ikut budaya dan vibes cara kerja sendiri. Yang sertai dia pada awalnya pun adalah rakan-rakan, yang berada dalam umur bawah 30.

.

Ringkas cerita, says.com bergabung dengan Catcha Media Group menjadi Rev Asia Holdings kemudiannya disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak lama selepas itu, Media Prima pula membeli Rev Asia Holdings dengan nilai lebih kurang 105 juta ringgit,

.

Daripada kejayaan seperti ini dan dicapai pada usia yang muda, tidak dapat tidak sebenarnya memberikan lagi keyakinan bahawa dia boleh capai sesuatu yang diimpikan dengan usaha dan Langkah yang betul.

.

Strategi dan Pendekatan Kewangan

Peter, host MrMoneyTv nampaknya memang berminat nak tahu berapa besar sebenarnya bahagian yang diperolehi oleh Khailee dan apa yang dia buat dengan duit tersebut.

Sampai ke sudah Khailee tidak memberikan jumlah yang tepat.

.

Dalam dia bercerita, dia juga mengingatkan kepada orang ramai bahawa dia bukanlah kisah kejayaan yang berasal dari zero atau nothing sebab keluarganya walaupun tidaklah kaya raya tetapi tidaklah miskin.

.

Sekiranya dia mengalami masalah dalam bisnes di waktu usia muda, dia masih ada rumah ibu bapanya, masih boleh makan di rumah tersebut.

.

Duit adalah alat atau sesuatu yang akan ‘amplify’ atau besarkan siapa diri anda yang sebenarnya. Kalau ketika awal, dengan duit yang tak seberapa, memang suka nak bermewah-mewahan beli itu ini, maka kalau duit banyak nanti – itu juga yang akan berlaku.

.

Kadang-kadang kita nak beli sesuatu sebab fikir sesuatu itu dapat berikan kegembiraan atau kebahagiaan kepada kita. Maka harga kegembiraan itu adalah harga atau nilai barang yang dibeli. Sekiranya kita dapat merendahkan ‘level’ atau nilai/harga kegembiraan, bayangkan berapa besar lagi kegembiraan lagi yang boleh dicapai dengan baki duit yang ada?

.

Jika berbelanja berlebihan itu adalah penyakit dan sesuatu yang tidak bagus, sebenarnya terlalu berjimat atau tidak mahu berbelanja pun adalah satu penyakit juga.

.

Satu halangan mental yang perlu dipecahkan. Dalam kedua-dua ekstrem ini, sebenarnya minda kit masih lagi dikawal oleh wang – satu keadaan kita tamak, satu lagi keadaan kita berada dalam ketakutan.

.

Venture Capital atau Angel Investing adalah Berdasarkan Trust

Dia juga banyak buat ‘angel investing’ dan akhirnya buat keputusan nak buat venture capital.

.

Angel investing merujuk kepada proses di mana individu yang berkemampuan kewangan tinggi, dikenali sebagai “angel investors” atau pelabur malaikat, menyediakan modal kepada syarikat permulaan (startup) atau usahawan yang baru bermula.

.

Pelaburan ini biasanya berlaku pada peringkat awal perkembangan Syarikat

Untuk faham betul-betul bagaimana Silicon Valley ni berfungsi, dia pun beli tiket flight pergi ke Silicon Valley.

.

Venture capital firms ni banyak dapat duit daripada institusi besar, contoh kat Malaysia EPF dan Khazanah suntik modal kepada usahawan.

.

Kemudian bila company dah berkembang dan tersenarai di bursa, company boleh dilikuidasikan bagi mendapatkan modal serta keuntungan dan kemudian akan dibayar sebagai dividen kepada pelabur-pelabur.

.

10 tahun dulu, venture capital ni tak tertumpu kepada kawasan-kawasan luar daripada US, dan kebanyakan orang yang kerja dalam Silicon Valley ni datang daripada luar.

.

60% usahawan adalah pendatang/migrants, bukan daripada US. So, Silicon Valley ni jadi macam teko yang bercampur-campur dari seluruh dunia dalam kata lain ‘global melting pot’.

.

So, macam mana Silicon Valley ni relate dengan duit ialah, pelabur sanggup bayar untuk idea-idea bisnes. So, mereka datang ke sana, dan yakin dengan idea, terus melabur kemudian baru lihat sendiri hasil.

.

Konsep ni juga terbalik dengan ‘see it to believe it’. So, takde skepticism, pelabur percaya dengan idea tu, terus make it happen.

.

Beza dengan Malaysia, the money culture is not there. Sebab tu dia nak ubah sebab dah pernah lalui dalam skala bisnes yang kecil. Jadi dia fikir, “Saya perlu buat ni, vision venture capital firm yang ada masa tu sama dengan dia.”

.

Sebelum ni dipanggil 500 Startups, sekarang rebrand jadi 500 Global. Dia pun buat keputusan, ‘Let me build with you, Southeast Asian version.’

.

Dia kena cari 50 jenis pelaburan, antaranya invest dalam Grab, Bukalapak, FinXL, dan Carsome. Ada 5 company yang nilainya melebihi billion dollar, 1 ke 10 billion, 3 daripadanya dah go public.

.

500 Global sebuah firma yang dah melabur lebih daripada 80 buah negara, 40 company bernilai lebih daripada 1 billion. Lebih 55 negara telah menghasilkan sekurang-kurangnya 1 billion campur tax. Lebih daripada 130 countries ada startups.

.

Dalam era baru ni, siapa-siapa pun boleh ambil idea orang lain dan hasilkan duit. Mereka yakin dengan idea, terus labur, baru lihat sendiri dengan mata dan make it happen.

.

Dia percaya venture capital ni boleh ubah banyak benda dalam kehidupan, ini akan menyelesaikan banyak masalah dan mendorong untuk capai visi dan matlamat dia.

.

Akhir cerita, perkongsian seperti ini memang memberikan inspirasi dan bagaimana dalam soal duit ini, banyak aspek yang perlu di ambil kira, kerja keras, kerja pintar, mindset tentang duit, networking dengan orang lain bertukar-tukar pendapat.

Semoga ciri-ciri ini juga akan menjadikan kita seorang trader atau pelabur yang hebat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *