Apa yang menyebabkan harga saham naik dan turun?

Artikel kali ini membincangkan kenapa harga saham naik dan turun. Agak-agaknya kenapa ya? Jawapannya adalah kerana “demand” dan “supply”.

Demand dan Supply

Bagaimana ianya bermula?  Katakanlah keluar satu berita mengatakan ekonomi sedang bagus dan meningkat naik lebih dari dijangkakan.

Atau sesuatu syarikat itu mendapat kontrak besar dari kerajaan maka berbondong-bondonglah orang beratur untuk membeli saham syarikat lebih dari orang yang ingin menjual saham tersebut.

Disebabkan sudah mula ramai pembeli ingin membeli berbanding penjual, pembeli yang menjangkakan pergerakan harga akan semakin positif, mereka akan membeli  saham-saham ini walaupun harga yang ditawarkan oleh penjual lebih tinggi dari harga semasa.

Ini menyebabkan harga akan didagangkan lebih tinggi dan harga saham akan terus meningkat.

Sebaliknya bila sesuatu berita buruk keluar, katakanlah, ekonomi negara dilaporkan lembab, ataupun hutang negara dilaporkan semakin meningkat, seperti yang berlaku baru-baru ini, banyak saham-saham telah jatuh.

Ini kerana lebih ramai pemegang saham berpotensi tinggi untuk menjual berbanding dengan pelabur yang berpotensi untuk membeli.

Kaitan Supply, Demand dan Harga Saham

kenapa harga saham naik dan turun adalah kerana demand dan supplyGambar 1: Menunjukkan kaitan “supply” dan demand dengan kenaikan harga.

Bila demand melebihi supply harga saham naik dan sebaliknya bila supply meningkat demand turun, harga saham turun.

Gambar 2: Kaunter x menunjukkan demand yang tinggi

Merujuk pada gambar 2, peratus belian yang tinggi di setiap harga berbanding dengan peratusan jualan.

Ini menunjukkan demand meningkat dan membuat harganya naik pada hari dagangan tersebut.

Gambar 3: Kaunter Y menunjukkan supply yang tinggi.

Merujuk pada gambar 3, peratusan belian telah berkurang dan diatasi oleh jualan, ini bermakna supply telah mengatasi demand dan mendorong harga turun pada hari dagangan tersebut.

KESIMPULAN

Pergerakan harga saham sebenarnya didorong oleh emosi dari pelbagai golongan pelabur dan pedagang.

Emosi ini disebabkan oleh berita mengenai ekonomi atau sesuatu syarikat. Bila para pelabur dan pedagang tertarik dan optimistik, mereka akan mendorong harga saham lebih tinggi.

Bila mereka bimbang dan takut , ianya mendorong harga saham turun. Kenaikan harga saham jangka pendek tidak menggambarkan nilai sesuatu syarikat.

Ini memberikan ruang untuk pelabur bijak membeli pada harga diskaun dan menjual pada harga lebih nilai, dan memberi keuntungan kepada mereka.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

Similar Posts