Apa Nak Buat Kalau Saham Jadi Tak Shariah
Penilaian Shariah Saham Bursa – MPS
Inilah keindahan Bursa Malaysia kepada semua terutama muslim kerana Saham Bursa Malaysia terdapatnya Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS).
Panel MPS akan bersidang 2 kali setahun iaitu pada bulan MEI dan NOVEMBER untuk mengaudit status shariah kesemua syarikat yang ada di Bursa Malaysia.
Jika dilihat ahli panel MPS SC ini hebat-hebat semuanya seperti Datuk Dr. Mohd Daud Bakar ( Executive Chairman Amanie Group ), Associate Professor Dr. Aznan Hasan (Associate Professor IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) International Islamic University Malaysia) , Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (Chief Executive Officer Elzar Shariah Solution Sdn. Bhd.) dan lain-lain.
Rujukan di Member of Shariah Advisory Council
Jadi disini kita sebagai pelabur tidak perlu risau lagi bab halal sebab memang ada Badan Khas yang memantau setiap tahun.
Bagaimana MPS menilai sesebuah syarikat itu Patuh Shariah atau Tidak
Tanda Aras 5%
- perbankan dan peminjaman konvensional;
- insurans konvensional;
- perjudian;
- arak dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- babi dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- makanan dan minuman tidak halal;
- hiburan tidak patuh Syariah;
- tembakau dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya;
- pendapatan faedah2 daripada akaun dan instrumen konvensional (termasuk pendapatan faedah yang diterima berikutan daripada keputusan mahkamah atau penimbang tara);
- dividen daripada pelaburan tidak patuh Syariah; dan
- aktiviti-aktiviti lain yang diputuskan sebagai tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh MPS
Tanda Aras 20%
- jual beli saham;
- pembrokeran saham;
- sewaan daripada aktiviti-aktiviti tidak patuh Syariah; dan

Apa Nak buat jika Saham kita pegang Bertukar Status kepada Tak Shariah
-
Pertama – Harga melebihi pelaburan pokok atau bahasa mudah menjana keuntungan.
Dalam kes ini, keuntungan yang dijana selepas tarikh status syariah baru berkuatkuasa perlu disalurkan kepada baitulmal atau badan-badan kebajikan.
Pada 30 NOVEMBER 2016 SAHAM A tersebut menjadi tidak patuh shariah. Nilai Saham pada masa itu adalah RM2,500. Jadi keuntungan sebanyak RM1,500 boleh simpan dan tidak perlu di bersihkan kerana keuntungan anda jana adalah semasa dalam tempoh saham itu dalam status PATUH SHARIAH.
Tetapi jika anda tidak jual pada 30 NOVEMBER 2016, pada 31 DISEMBER 2016 anda baru nak jual SAHAM A tersebut.
Nilai pegangan waktu itu adalah RM2,600. Jadi anda hanya boleh ambil RM2,500 sahaja. RM100 itu perlu dilupuskan kerana keuntungan RM100 itu di jana ketika SAHAM A telah menjadi TIDAK PATUH SHARIAH sejak 30 NOVEMBER 2016.
Jadi dengan kata lain anda perlu tahu tarikh pertukaran status shariah kepada tidak shariah sahaja.
-
Kedua – Harga belum melebihi pelaburan pokok atau bahasa mudah tengah rugi.
Sekiranya modal yang dilabur belum mendatangkan keuntungan, saham masih boleh dipegang sehingga dapat memberi pulangan modal semula.

Contoh beli SAHAM B pada 10 JANUARI 2014 dengan nilai RM1,000.
Pada 30 NOVEMBER 2014 SAHAM B tersebut menjadi Tidak Patuh Shariah. Nilai Saham pada masa itu adalah RM800. Jadi saham tersebut boleh di PEGANG lagi sehingga sampai sama (break even) nilai asal iaitu RM1,000.
Kemudian contoh pada 31 JANUARI 2015 SAHAM B ini capai nilai RM1,000. Jadi anda boleh jual dan ambil semua pegangan itu kerana ia sama dengan nilai pokok asal walaupun saham ini diisytihar TIDAK PATUH SHARIAH pada 30 NOVEMBER 2014.
Kesimpulan
Andai kata saham syariah yang dibeli bertukar status kepada tak syariah, fahamkan 2 contoh yang telah diberikan.
Kemudian rujuk atau berhubung terus dengan Pejabat Agama negeri masing-masing untuk tujuan pembersihan atau pelupusan keuntungan yang tidak patuh shariah tersebut.
Jika buka akaun CDS jenis Islamic tak perlu risau bab takut terbeli saham Tidak Patuh shariah kerana akaun jenis Islamic memang auto reject jika terbeli saham tidak patuh shariah.
Saham yang tidak patuh Shariah tiada simbol bulat di sebelah nama kaunter di platform anda.
Jika anda belum ada akaun cds mplus boleh buka di akaun cds mplus
Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.