|

Apa itu warrant? Ada beza tak warrant WA , WB , WC dan CA ?

Apa itu warrant?

Warrant atau dalam Bahasa Malaysia di sebut sebagai waran adalah antara istilah dalam saham yang pelabur-pelabur akan selalu jumpa.

Lebih-lebih lagi untuk yang masih baru, istilah ini pastinya menimbulkan banyak tanda tanya dan jika maklumat dicari di enjin carian seperti Google, kadang-kadang lebih menambah kekeliruan.

Kalau kita buka platform, pasti akan terjumpa kaunter-kaunter yang belakang nama kaunter tersebut itu ada huruf seperti berikut :

1. WA, WB, WC, WD, WE
2. CA, CB, CE, CD
3. WR, HB

warrant

 

Definisi Warrant

Ia adalah sijil kebenaran yang membenarkan seseorang itu untuk membeli saham sesebuah syarikat pada harga diskaun dalam tempoh yang ditetapkan. Namun begitu pemilik warrant bukan pemegang saham kerana saham sebenar belum dimiliki lagi.

Dalam erti kata lain pemegang warrant tidak layak terima sebarang DIVIDEN, BONUS yang syarikat akan berikan dan yang paling penting tidak layak mengundi bagi sesi mesyuarat agung tahunan syarikat tersebut.

Jika belum belajar berkaitan saham sebenar atau saham induk, tuan-tuan dan puan-puan boleh baca apa itu saham di link ini.

 

Jenis-jenis warrant

 

1.Waran Syarikat

WA, WB, WC, WD, WE
Ia dipanggil WARRANT. Warrant ini dikeluarkan oleh syarikat tersebut dan minima memegang warrant ini adalah 5 tahun malahan ia boleh ditukar ke MOTHER SHARE dan pergerakan turun naik harga berdasarkan MOTHER SHARE.

 

2.Waran Berstruktur

-CA, CB, CE, CD
Ia dipanggil CALL WARRANT. Dikeluarkan oleh BANK atau PIHAK KETIGA bukannya syarikat tersebut. Berstatus TIDAK SYARIAH

Antara contoh BANK atau PIHAK KETIGA tersebut adalah Macquarie.

Minima perlu pegang warrant ini adalah 6 bulan dan maksima 1 tahun selain itu ia tidak boleh tukar kepada MOTHER SHARE. Pergerakan turun naik harga berdasarkan indicator sahaja tidak mempengaruhi pergerakan MOTHER SHARE.

-WR

Borang untuk dapatkan warrant.

Ia dikenali sebagai Hedging dan ia adalah Put Warrant yang dikeluarkan oleh Third-party bukannya BANK atau SYARIKAT dengan bertujuan mengimbangi kerugian dan pergerakannya berlawanan dengan MOTHER SHARE. Berstatus TIDAK SYARIAH

 

Kesimpulan

Ringkasnya, warrant adalah sejenis instrumen dalam saham yang juga dibenarkan untuk diniagakan atau dijual beli.

Mempelajari selok belok berkaitannya adalah penting untuk memaksimakan keuntungan kita dalam pasaran saham Bursa Malaysia.

Untuk topik selanjutnya kita akan kupas kelebihan beli warrant dan kenapa syarikat/bank serta third party ingin mengeluarkan warrant.

Kita juga akan mengajar cara-cara hendak mengira premium, apa itu exercise price, gearing ratio yang ramai lagi masih tak faham.

Bacaan lanjut

Selain itu, dalam siri warrant ini juga kita sudah hasilkan beberapa artikel lain dalam usaha untuk menjelaskan kekeliruan ramai orang dalam pengiraan ataupun risiko yang terlibat dalam jual beli warrant

Antara artikel yang tuan puan boleh baca :

  1. Belajar Cara Convert Warrant
  2. Cara Kira Premium Warrant
  3. Risiko-risiko Warrant
  4. 5 Perkara Berkaitan Warrant Wajib Tahu Sebelum Beli Warrant

Anda minat nak belajar saham?

Tak tahu nak mula dari mana?

Nak Join kelas pulak banyak yang mahal-mahal.

Jadi ramai yang buat konklusi yang saham ni untuk orang kaya-kaya je.

Padahal banyak je cara nak belajar saham dengan murah bahkan boleh belajar secara PERCUMA!

Sertai kami SEKARANG !!

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Download Ebook Saham PERCUMA

Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?

Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.

 

 

 

 

 

 

 

 

Similar Posts

2 Comments

Comments are closed.