Menggunakan Volume Dalam Analisa Saham
Volume adalah jumlah dagangan saham di BURSA MALAYSIA. Ia boleh dilihat untuk 30 minit, harian, mingguan dan bulanan bergantung jenis TRADER/INVESTOR itu sendiri .
Dalam chart, ia akan berada di bawah chart CANDLESTICK. Kebiasaannya digunakan untuk melihat trend STOCK itu sendiri.
Ia sangat penting dalam pasaran saham kerana TRADER/INVESTOR akan menganalisa sesuatu stock menggunakan ilmu TECHNICAL ANALYSIS.
Dalam proses mereka membuat kajian, pergerakannya antara paling utama akan dilihat untuk mengesahkan EP(ENTRY POINT), TP (TAKE PROFIT) & CL (CUT LOSS).
Contoh di atas dari SHARE INVESTOR team mahersaham untuk kaunter MKLAND (hanya tujuan pembelajaran).
Dalam kotak merah itu adalah VOLUME untuk kaunter ini. Yang lain tidak perlu lihat untuk sesi posting kali ini tetapi sesiapa guna SHARE INVESTOR memang best sebab banyak features.
Nak tahu boleh ke https://mahersaham.onpay.my/order/form/shareinvestor
Cara detect volume
Mudah je, contoh kaunter A kebiasaanya volume dagangan akan sama je untuk sebulan, namun ada satu hari VOLUME KAUNTER A lain dari kebiasaan.
Di situ kita boleh tahu yang ada TRADER/INVESTOR mahupun JERUNG(INSTITUSI-INSTITUSI) yang berminat dengan kaunter ini.
Jadi kita tumpang sekaki untuk mengambil peluang yang ada. Itulah kelebihan menggunakan cara ini.
Tetapi kena ingat volume ada dua iaitu MERAH & HIJAU. Jangan lihat ada volume je terus profit lah tu.
JIKA MERAH itu bermaksud para TRADER/INVESTOR menjual.
Bahasa mudah LARIIIII.
JIKA HIJAU itu bermaksud para TRADER/INVESTOR membeli. Bahasa mudah nak merempittt/merokettttt.
Akhir sekali kena faham, VOLUME mendahului PRICE. Para TRADER/INVESTOR akan mengawal jumlah untuk melihat jika berlaku REVERSAL yang mungkin boleh berlaku disebabkan beberapa faktor.
Maksudnya sesuatu VOLUME tidak kira MERAH mahupun HIJAU akan mengakibatkan berlakunya PERUBAHAN HARGA.
Contoh mudah seperti dalam gambar rajah di bawah
Price kalau dilihat trend menaik namun begitu volume semakin berkurang, jadi inilah yang di katakan REVERSAL yang berkemungkinan akan berlaku terhadap PRICE.
PRICE akan jatuh disebabkan VOLUME BUY semakin menipis dan VOLUME SELL semakin menebal.
Setakat itu dahulu, nanti akan ada sambungan lain pulak.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
4.5
5