Apa itu ‘Rule of 72’
The power of ‘RULE OF 72’
The power of ‘Rule of 72’ ialah cara mendapatkan kadar pulangan tetap serta mengetahui jangka masa sesuatu pelaburan itu boleh berkembang.
Ramai orang mampu mendapatkan modal yang besar.
Tetapi berapa ramai yang tahu menggandakan modal tersebut?
Misalnya jika ada RM1,000, bagaimana untuk ia meningkat menjadi RM2,000?
RM10,000 jadi RM20,000?
RM100,000 jadi RM200,000? Dan seterusnya.
Tahukah anda, berapa pun modal yang kita miliki pasti mahu ianya berganda disebabkan oleh faktor Time Value of Money.
Time Value of Money bermaksud nilai duit yang kita miliki hari ini tidak akan sama nilainya selepas 5 tahun atau 10 tahun akan datang.
Tetapi adakah anda tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk menggandakan modal tersebut?
‘Rule of 72’ ada jawapannya.
Caranya adalah dengan membahagikan nilai 72 dengan dividen tahunan sesuatu pelaburan.
CONTOH 1: PULANGAN 6%
Angka 72 dibahagikan dengan 6 maka akan dapat nilai 12.
Ini bermaksud, sekiranya dividen 6% setahun, kita perlukan 12 tahun untuk tunggu modal RM1,000 berganda menjadi RM2,000 atau RM 10,000 jadi RM20,000.
Antara instrumen pelaburan yang memberikan pulangan sebegini adalah seperti ASB, KWSP dan Tabung Haji.
CONTOH 2: PULANGAN 15%
Angka 72 dibahagikan dengan 15 maka akan dapat nilai 4.8.
Dengan dividen tahunan 15%, seseorang itu memerlukan selama 4.8 tahun bagi mengembangkan modal yang dimiliki.
Instrumen yang boleh memberikan dividen seperti ini contohnya Unit Trust dan pelaburan Hartanah.
CONTOH 3: PULANGAN 30%
Angka 72 dibahagikan dengan 30 maka akan dapat nilai 2.4.
Jadi, seseorang itu perlu menunggu 2.4 tahun sahaja untuk menggandakan modal RM10,000 jadi RM20,000.
Biasanya pulangan sehingga 30%, 50%, 70%, 100% atau lebih lagi boleh dijana dalam pasaran saham.
Pulangan yang tinggi ini bertepatanlah dengan risiko saham itu sendiri iaitu High Risk High Return.
KESIMPULAN
Secara logiknya, kita dapat lihat semakin tinggi pulangan yang diberikan dalam sesuatu pelaburan, semakin pendek jangka masa yang diperlukan bagi mengembangkan modal yang dimiliki.
Oleh itu, sekarang anda sudah dapat tahu berapa dividen yang anda perlu target dan sesuai dengan masa yang diperlukan supaya matlamat tercapai.
Pilihan di tangan anda, pilihlah instrumen yang sesuai dengan pelan pelaburan anda.
Jika anda nak belajar teknik ‘copy & trade’ menggunakan platform Bursa Marketplace, boleh ke sini.