Apa Itu OPR Dan Kesan Kenaikan OPR
OPR ialah Overnight Policy Rate atau kadar semalaman polisi. Kegunaan OPR ini adalah untuk mengawal polisi monetari ringgit kita supaya berada pada tahap yang baik agar tidak berlaku difisit ekonomi.
Bank Negara Malaysia bekalkan OPR pada 3.25%
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=mone&pg=mone_opr_stmt .
OPR ini adalah satu rate pinjaman Bank Negara Malaysia yang diberikan kepada bank-bank perdagang di Malaysia yang tidak mencukupi jumlah dana bank-bank tersebut.
Peningkatan OPR ini akan memberikan peningkatan kepada kos bank tersebut, setiap bank berbeza-beza bagi kos yang ditanggunng oleh sesebuah institusi bank tersebut. Sebagai contoh, kos utility, kos bayar gaji pekerja dan lain-lain.
Kesan kenaikan OPR ini juga akan membantut kan perniagaan bank, bank bukan lah satu badan kebajikan tetapi mereka menjalankan satu perniagaan memberi perkhidmatan pinjaman dan sebagainya.
Sebagai contoh, jika OPR dinaikkan oleh Bank Negara maka orang ramai tidak akan meminjam kepada bank, perkara ini yang membantutkan perniagaan sesebuah bank.
Jenis-Jenis Loan
- Fixed Rate/Kadar Tetap
Kebiasaan yang akan dapat fixed rate ini adalah bagi mereka yang bekerja di sektor kerajaan. Paling mudah untuk memahami fixed rate ini adalah, ketika mana keadaan ekonomi tidak menentu, sama ada difisit atau surplus. Kadar yang diberikan itu tetap dan tak akan berubah. Kebiasaanya kadar oinjaman ini digunakan untuk pinjaman rumah dan pinjaman yang berkala.
- Floating Rate/Kadar Faedah Terapung
Kadar faedah ini akan berkaitan dengan BLR iaitu Base Lending Rate. tetapi sekarang bank tidak menggunakan BLR tetapi BR atau BFR bagi Islamik kewangan. Kadar faedah jenis ini akan berubah mengikut ekonomi negara itu sendiri.
- Flat Intereset Rate/Kadar Faedah Sama Rata
Kadar faedah ini lebih mahal daripada kadar pinjaman yang lain. Kebiasaannya kadar pinajamn ini digunakan untuk pinjaman peribadi atau kenderaan. Untuk mengetahui pengiraan kadar jenis-jenis faedah ini, pembaca boleh tekan link ini http://www.bnm.gov.my/.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau hubungi kami sekarang
https://app.mahersaham.com/chat
https://app.mahersaham.com/chat
Tonton Video Ini jika anda lebih suka menonton video.