Apa itu Market Sentiment?
Sumber: Investing.com
APA ITU MARKET SENTIMENT
Market sentiment ialah psikologi para pelabur dan pedangang dimana sentiment ini akan memberikan keputusan untuk menggunakan strategi pada hari tersebut.
Adalah amat penting dimana market psikologi ini akan berkait rapat dengan pasaran saham dunia dimana contohnya di USA, index Dow Jones akan mempengaruhi pasaran-pasaran asia keesokan harinya.
Index Asia pula seperti NIKKEI, KOSPI, SHANGHAI, HANG SENG dan STI. Bagi pedangan/pelabur Malaysia, amatlah penting untuk kita melihat pasaran index asia dibuka pada sentiment negative atau positif.
Jika pasaran sentiment pada negative, para pelabur akan mula melihat market dalam keadaan bearish dan menukar strategi kepada short selling. Jika sentiment adalah positif, para pelabur akan melihat secara positif dan menukar kepada buy strategi.
Pandangan bagi pelabur dalam market sentiment tidak bergantung kepada Analisa fundamental tetapi lebih kepada intraday trader yang melihat kemasukan pelaburan didalam sesuatu saham itu dan juga volume.
Contrarian trader – Pelabur perbezaan pendapat.
Di kala market turun atau naik, pasti akan ada sekelompok pelabur yang mempunyai pandangan berbeza daripada market itu sendiri. Jika ada sesuatu kaunter itu ramai orang membeli.
Kontrarian trader ini akan berubah arah dan akan membuat posisi menjual didalam kaunter tersebut. Disebabkan ini, anda akan dapat melihat pelabur-pelabur yang menjual pelaburan mereka didalam sesuatu saham tersebut.
Waktu penting untuk anda melihat Market Sentiment.
ASIA
Pasaran Asia akan bermula awal pagi dimana Index-index di negara Jepun dan Korea akan buka sejam lebih awal daripada pasaran Saham Bursa Malaysia. Jam 8 pagi anda boleh melihat index tersebut dalam keadaan sentiment bullish ataupun bearish.
Dengan ini anda boleh menduga sentiment pasaran Asia dan juga asia tenggara bagaimana. Pasaran saham China, Singapore dan Hong Kong pula akan dibuka serentak dengan pasaran saham Malaysia. Sentiment dapat diduga dengan pembukaan parasaran saham-saham asia yang disenaraikan di atas.
EROPAH
Pasaran saham eropah pula akan dibuka sekitar jam 3 ke 4 petang. Kita dapat menduga sentiment pasaran saham mereka bagai mana ketika waktu ini. Sebab itu anda akan dapat melihat secara tiba-tiba jam 3 ke 4 petang market akan berubah arah dan ketika ini secara berita daripada eropah akan sampai ke asia dan pasaran akan berubah mengikut sentiment ini.
USA
Pasaran saham di US akan dibuka sekitar 8 ke 9 malam waktu Malaysia. Pedagang-pedagang yang tinggal di Malaysia dan melabur di Pasaran NYSE akan menjadi burung hantu dan tidak tidur malam kerana bedagang pasaran Options di sana. Ketika market ditutup, pasaran Eropah pula akan berkait rapat dan akan ada sentiment terhadap pasaran Amerika Syarikat.
KOMODITI dan FOREX
Dua perkara ini adalah amat penting juga dalam menentukan pasaran sentiment global dunia. Perubahan harga-harga komoditi berkaitan rapat dengan pasaran permintaan dan pengeluaran.
Jika permintaan bagus dan juga pengeluaran juga bagus, anda akan mendapat dapat melihat keseimbangan dalam pasaran. Sebab itu kenapa banyak polisi dibuat untuk mengimbangkan pasaran ini, jika tidak pasti akan ada kenaikan inflasi yang terlalu tinggi.
Kesimpulannya, anda haruslah mengetahui sentimen pasaran semasa bagi mengetahui ke arah mana tujuan sentimen pasaran saham Bursa Malaysia.
Anda merasakan apa yang kami kongsi ini bermanfaat dan berminat seterusnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai artikel yang kami siarkan, sila layari website kami. Terima kasih.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.