Apa Itu IPO Atau Saham Terbitan Awam?

Tahukah anda saham sedia ada yang para pelabur selalu jual beli di trading platform merupakan pasaran peringkat kedua. Jika sesebuah syarikat ingin mula disenaraikan di Bursa Malaysia, ia perlu dilakukan melalui Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam terlebih dahulu.

Setiap syarikat yang ingin membuat IPO perlu mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti sebelum IPO tersebut boleh dilaksanakan. Dalam mempertimbangkan sesuatu cadangan IPO, Suruhanjaya Sekuriti akan mengkaji secara keseluruhan kesesuaian syarikat yang membuat IPO.

Setelah mendapat kelulusan, syarikat berkenaan diperlukan menerbit satu prospektus yang menerangkan tentang syarikat dan pemiliknya, bidang perniagaan, prestasi syarikat serta ramalan masa depan syarikat

Kenapa Syarikat Laksanakan IPO?

Terdapat banyak sebab untuk syarikat mewujudkan isu baru antaranya ialah bagi mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menamnbah modal kerja atau menampung pembiayaan projek pelaburan syarikat.

Bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai IPO, anda boleh rujuk pada laman web rasmi Bursa Malaysia di IPO Summary. Disini anda boleh mengetahui senarai syarikat yang akan menawarkan IPO beserta tarikh jangkaan ia akan tersenarai beserta harga jangkaan jualan seunit.

Status Syariah IPO

Untuk pengetahuan anda, setiap IPO atau saham terbitan awam yang baru tersenarai belum mempunyai status patuh Syariah. Jadi jika anda ingin mengetahui sama ada syarikat menjalankan perniagaan yang halal atau tidak, anda perlu merujuk kepada Prospektus mereka. Selain itu, status Syariah sesebuah IPO juga boleh diketahui melalui broker BIMB Securities Sdn Bhd. Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh rujuk dengan remisier anda untuk keterangan lanjut.

Kepentingan Mengkaji Prospektus Sebelum Membeli Saham Terbitan Awam

Seperti biasa, sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli saham, anda perlu lakukan kajian terlebih dahulu sama ada kajian fundamental atau kajian teknikal. Memandangkan saham IPO adalah saham baru dan belum ada sebarang technical chart, anda tiada panduan untuk mengkaji arah pergerakan harga saham.

Jadi alternatif yang ada ialah dengan membuat kajian fundamental berdasarkan maklumat yang diperolehi dari prospektus. Info yang perlu anda kaji termasuklah:

  • Maklumat Perniagaan – Apakah Perniagaan Syarikat?
  • Maklumat Kewangan – Ambil Kira Prestasi Kewangan Syarikat Yang Lampau dan Unjuran Kewangan Masa Depan
  • Pemegang Saham, Pengarah dan Pengurusan – Siapakah Mereka yang Mengendalikan Perniagaan?
  • Pertimbangan Risiko – Adakah Pelaburan Yang Dicadangkan Selamat? Dalam bahagian ini, syarikat akan menerangkan contoh jangkaan risiko yang mungkin dihadapi dalam perniagaan mereka.

Contoh Kajian Prospektus 

Ini merupakan contoh prospektus bagi syarikat Tri- Mode System (M) Berhad yang dijadualkan untuk IPO pada 14 Mei 2018. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, tarikh propektus dikeluarkan pada 18 April 2018, lebih kurang sebulan sebelum penyenaraian berlaku.

Kandungan prospektus selalunya tebal. Untuk Tri-Mode sendiri, ia mempunyai hampir 200 muka surat. Tapi jangan risau, bukan semua maklumat perlu dibaca. Seperti yang kami kongsikan tadi, anda hanya perlu lihat pada bahagian maklumat perniagaan, maklumat kewangan, lembaga pengarah dan pengurusan syarikat dan jangkaan risiko. 

Jadi anda perlu ke bahagian Table of Contents untuk mendapatkan petikan kandungan yang penting.  Dengan cara ini, anda dapat jimatkan masa dan buat keputusan sama ada patut memohon atau tidak IPO tersebut.

Kesimpulan 

Risiko tetap wujud di dalam apa jua bentuk pelaburan termasuklah pembelian IPO. Harganya mungkin naik atau jatuh pada hari pertama tersenarai di papan Bursa. Apa yang penting ialah anda sudah melakukan kajian dan mempunyai trading plan tersendiri supaya dapat melabur dengan risiko yang terkawal. Kalau nak belajar banyak lagi tentang IPO, lawati blog mahersaham.com

Belajar IPO Dari A Sampai Z

Artikel ini adalah permulaan dalam pembelajaran berkaitan IPO.

Berikut adalah senarai artikel yang kita susun berkaitan IPO. Boleh bookmark juga page ini untuk memudahkan pada masa akan datang.

IPO Syarikat Baru, Patuh Syariah ke?
Kajian Prestasi IPO Yang Lepas
Berapa Banyak Modal Untuk Mohon IPO?
Cara Cari Prospektus IPO Baru
Cara Aktifkan Akaun MITI (Sistem Baru)
CARA MOHON IPO MITI UNTUK BUMIPUTRA
Cara Check Permohonan MITI
CARA TERIMA/TOLAK IPO MITI SELEPAS BERJAYA
Cara Memohon IPO Melalui Maybank
Beli IPO di Maybank – Guna Maybank2u
Cara Memohon IPO melalui Online Banking CIMB
Cara Memohon IPO melalui Online Banking PUBLIC BANK 
Balloting Result Cara Baca & Fahamkan
Status IPO Saham – Istilah Saham
Cara Cek Keputusan IPO

Similar Posts

One Comment

Comments are closed.