Apa itu FBM KLCI
FBM KLCI merupakan salah satu daripada term-term baru dalam pasaran saham yang kita kena kenali dan fahami.
Apabila sudah berjinak-jinak dengan dunia pasaran saham, maka kita bertanggungjawab untuk mengetahui term-term yang selalu digunakan.
Apa Itu FBM KLCI?
Ia terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.
Cara kita market capitalization
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham
FBM KLCI adalah penanda aras untuk Bursa Malaysia kita ni tengah menaik atau menurun.
Kenali top 5 dalam FBM KLCI
sumber PLATFORM MPLUS ONLINE
Dari gambar diatas kita boleh lihat Maybank adalah #1 market capitalization iaitu 104.088 billion. Seunit sahamnya adalah RM9.440 .
Yang ke #2 adalah Public bank iaitu 96.277 billion. Seunit sahamnya adalah RM24.880.
Ketiga adalah Tenaga dengan market capitalization 77.920 billion dan seunit sahamnya RM13.760.
Keempat pula adalah PCHEM iaitu 73.600 billion dan seunit sahamnya adalah RM9.270 .
Yang terakhir dalam TOP #5 adalah CIMB Bank iaitu 55.282 billion dan seunit sahamnya adalah RM5.800
Kesimpulan
Dalam erti kata lain, hampir kesemua 30 syarikat dalam FBM KLCI adalah syarikat yang mempunyai market capitalization RM10 bilion dan ke atas.
Syarikat-syarikat ini yang menentukan pergerakan FBM KLCI. Banyaknya untung 30 syarikat tinggilah index hari tersebut.
Jika banyak syarikat yang rugi jadi merah lah index hari tersebut.
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau hubungi kami sekarang!
Untuk mengetahui informasi terkini mengenai pasaran saham, jom follow media sosial Mahersaham
Website : https://www.mahersaham.com
Facebook : https://www.facebook.com/mahersaham
Twitter : https://www.twitter.com/Mahersaham1
Instagram : https://www.instagram.com/mahersaham
Youtube : https://www.youtube.com/c/Mahersaham
Telegram : https://t.me/mahersahamchannel