Apa itu Dow Jones, S&P 500 dan NASDAQ?

Mungkin anda pernah terdengar Dow Jones, S&P 500 dan NASDAQ, tapi anda sendiri tak pasti apakah dia ketiga-tiga indeks ini. Ramai pelabur di Bursa Malaysia pernah mendengar ketiga-tiga indeks ini walaupun mereka tidak melabur di pasaran Amerika Syarikat.

Hal ini kerana terdapat beberapa teknik atau ajaran bahawa kebiasaannya pasaran Bursa Malaysia akan terkesan sedikit sebanyak mengikut pergerakan pasaran global, Amerika Syarikat khususnya.

Boleh jadi ketiga-tiga indeks ini biasa kita dengari di corong-corong radio ataupun melalui berita yang disampaikan melalui televisyen. Jadi apa yang dimaksudkan oleh Dow Jones, S&P 500 dan NASDAQ ini?

Gambar diambil dari Whyze

Beza Pasaran Saham dan Indeks

Sebelum kita mengetahui apa itu Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq Composite, perlu diketahui beza antara pasaran saham (Stock Exchanges) dan indeks saham (Stock Index).

Pasaran Saham : Tempat dimana syarikat-syarikat boleh disenaraikan untuk orang ramai membeli dan menjual pemilikan saham syarikat mereka.

Indeks Saham : Beberapa syarikat yang digabungkan untuk mengukur prestasi pasaran saham.

Pasaran Saham US

Pasaran saham (bursa saham) ialah pasaran di mana syarikat-syarikat boleh menjual dan membeli saham mereka. Ia juga dikenali sebagai pasaran sekuriti. Pada dasarnya, bursa saham adalah tempat di mana syarikat-syarikat memperoleh dana dengan menjual sebahagian daripada kepemilikan mereka kepada orang awam.

Syarikat yang ingin disenaraikan di bursa saham perlu memenuhi keperluan kelayakan tertentu. Ini termasuk keperluan kewangan, seperti rekod keuntungan yang kukuh dan modal yang mencukupi. Syarikat perlu memastikan bahawa ia mempunyai maklumat kewangan yang mencukupi untuk dikongsi dengan orang awam, seperti laporan tahunan dan kewangan.

Di Amerika Syarikat, terdapat 2 pasaran terbesar iaitu New York Stock Exchanges dan juga NASDAQ.

Indeks Saham US

Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq Composite merupakan 3 indeks terbesar di pasaran saham Amerika Syarikat. Secara umumnya, Jika nilai indeks saham naik, ini menunjukkan bahwa keadaan ekonomi negara tersebut sedang berkembang dengan baik dan terdapat kepercayaan dalam pasaran. Sebaliknya, jika nilai indeks saham turun, ini menunjukkan ada ketidakpastian atau masalah dalam ekonomi negara tersebut.

Namun, setiap satu indeks ini melambangkan prestasi yang berbeza.

Dow Jones

Dow Jones yang juga dikenali sebagai, The Dow ialah sebuah indeks saham yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Amerika Syarikat. Indeks saham ini dicipta oleh Charles Dow dan juga rakan kongsinya, Edward Jones pada tahun 1896 dan dinamakan sempena nama mereka. Indeks saham Dow Jones sering digunakan untuk memantau prestasi pasaran saham Amerika Syarikat secara umum.

Syarikat-syarikat yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam indeks saham Dow Jones dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Syarikat yang terdapat dalam indeks ini diambil daripada pasaran saham NYSE dan juga NASDAQ.

Antara syarikat yang terdapat dalam indeks ini ialah Apple, Coca Cola, McDonalds, Nike dan sebagainya. Syarikat boleh digantikan dalam indeks saham oleh syarikat lain jika terdapat perubahan dalam kriteria pemilihan syarikat.

S&P 500

S&P 500 ialah salah satu indeks saham yang terdiri daripada 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat. Indeks saham S&P 500 dicipta oleh Standard & Poor’s pada tahun 1957 dan digunakan sebagai ukuran prestasi pasaran saham Amerika Syarikat secara keseluruhan.

Syarikat-syarikat yang terpilih untuk dimasukkan ke dalam indeks saham S&P 500 dipilih berdasarkan kriteria tertentu. Syarikat yang terdapat dalam indeks ini diambil daripada pasaran saham NYSE dan juga NASDAQ.

Ada yang berpendapat S&P 500 lebih menggambarkan pasaran US berbanding indeks Dow Jones. Ini kerana S&P 500 menggambarkan 500 syarikat terpilih berbanding Dow Jones yang hanya gambungan 30 syarikat.

Nasdaq Composite

Nasdaq Composite Index adalah indeks saham yang terdiri daripada syarikat-syarikat teknologi dan perkhidmatan maklumat terkemuka di Amerika Syarikat. Indeks saham ini merupakan ukuran prestasi pasaran saham teknologi terbesar di dunia dan diterbitkan oleh Nasdaq Stock Market tanpa NYSE.

Nasdaq Composite Indeks ini terdiri daripada lebih 3,000 syarikat yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq. Indeks saham ini merangkumi syarikat-syarikat dari pelbagai sektor, termasuk teknologi, perkhidmatan maklumat, perubatan dan kesihatan, dan sektor kewangan.

Indeks Komposit Nasdaq sering dianggap sebagai petunjuk prestasi pasaran saham teknologi di Amerika Syarikat. Syarikat-syarikat yang terdapat dalam indeks saham Nasdaq kebanyakannya berfokus kepada inovasi dan teknologi, dan ia menjadi platform untuk mengukur kejayaan syarikat-syarikat teknologi terbesar di dunia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq Composite adalah tiga indeks utama dalam pasaran saham Amerika Syarikat. Meskipun ketiga-tiga indeks ini merangkumi syarikat-syarikat besar dan berpengaruh, setiap indeks mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan mengukur prestasi pasaran saham dengan cara yang berbeza.

Indeks Dow Jones Industrial Average memberi tumpuan kepada 30 syarikat besar dalam pelbagai sektor ekonomi, S&P 500 mengukur prestasi 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat dengan memberi tumpuan kepada kepelbagaian sektor, manakala Nasdaq Composite mengukur prestasi lebih daripada 3,000 syarikat teknologi.

Membaca dan memahami prestasi ketiga-tiga indeks ini adalah penting bagi pelabur dan pedagang saham untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak. Oleh itu, pengetahuan tentang perbezaan antara ketiga-tiga indeks ini dapat membantu mereka membuat keputusan yang tepat dalam pelaburan mereka dan memanfaatkan peluang dalam pasaran saham Amerika Syarikat.

Buka Akaun Saham Global

Nak buka akaun untuk melabur di pasaran global? Daftar di Daftar Akaun Saham Luar Negara.

Dah jadi client tapi masih belum masuk dalam group client? Jom masuk disini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *