Apa itu breakout? Tips beli saham breakout.

Apa itu breakout??

Sebelum kita teruskan dengan mengenali apa itu breakout seeloknya kita recap sedikit mengenai candlestick, chart dan juga support & resistance.

Candlestick

Korang boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk kenal pasti kedudukan Open , High, Low, CloseShadow / Wick / Ekor  dan body.

candlestick

Bagaimana pembentukkan candlestick berlaku?

Seperti yang kita tahu candlestick ada dua jenis iaitu candlestick bullish (hijau) dan candlestick bearish (merah).

Candlestick Bullish

Ia berlaku apabila harga pembukaan (open price) lagi rendah daripada harga penutup (close price).

Saya ambil contoh satu kaunter ni (rujuk gambar di bawah).

Sebelum itu, sedikit info mengenai apa yang ada di dalam kotak merah :

O: Open price

H: High price

L: Low price

C: Close price

Sekarang korang fokus pada pembentukkan candlestick yang berada di dalam kotak hitam.

Pada 10 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga RM10.32 ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga RM 11.20 (gambar sebelah kanan).

Disebabkan close price lagi tinggi daripada open price maka terbentuklah candlestick bullish.

 Candlestick Bearish

Ia terjadi apabila harga pembukaan (open price) lagi tinggi daripada harga penutup (close price).

Saya ambil contoh kaunter yang lain pula (rujuk gambar di bawah).

Kali ini korang fokus pula pada pembentukkan candlestick di dalam kotak berwarna hitam.

Pada 19 November 2020 saham tersebut dibuka pada harga 0.205 sen ( gambar sebelah kiri) manakala saham tersebut dututup pada harga 0.180 sen (gambar sebelah kanan).

Disebabkan close price lagi rendah daripada open price maka terbentuklah candlestick bearish.

Mudah bukan untuk mengetahui pembentukkan candlestick ini.

Chart

Ia merupakan gabungan candlestick. Chart inilah yang kita selalu lihat kalau nak buat teknikal analisis.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Kredit gambar: Trading view

Support & Resistance

Kredit gambar: https://medium.com/

Dalam saham Support adalah paras harga terendah sebagai sokongan sekiranya berlaku kejatuhan harga yang boleh menyebabkan kerugian.

Manakala Resistence pula adalah paras harga tertinggi yang cenderung sesuatu saham tersebut naik bagi membuat ‘profit taking’.

Korang boleh baca cara fahamkan konsep support dan resistance dengan mudah dan cara lukis dan tentukan support resistance agar lebih memahami apa itu support dan resistance.

Apa itu breakout?

Kalau korang rujuk gambar rajah di bawah, maksud mudah breakout adalah apabila pecah paras resistance / support, dan kekal berada di atas / bawah paras tersebut.

Apabila breakout berlaku, harga cenderung untuk naik sangat laju dan mencipta paras Resistence yang baru.

Salah satu cara trader ‘Take Profit’ adalah apabila berlakunya Breakout ini.

Tips Nak Beli Saham Breakout

Persoalan sekarang, adakah setiap kali breakout berlaku terus kita nak beli saham tersebut? Tetapi kena ingat juga tentang wujudnya false breakout.

Apa pulak false breakout ni? Breakout yang macam mana??

False breakout adalah apabila pecah paras resistance tetapi tidak kekal berada di atas sebaliknya jatuh ke bawah, lebih bawah dari pecah paras resistance sebelum ini.

Teruskan bacaan kalau korang nak tahu tips untuk beli saham breakout.

1.Candlestick Morubozu

Seperti yang kita tahu candlestick Morubozu ada dua jenis iaitu:

  • 1.Morubozu Bullish (berwarna hijau/putih)
  • 2.Morubozu Bearish (berwarna merah/hitam)

Candlestick Morubozu Bullish menunjukkan signal yang baik untuk kita perhatikan.

Candlestick Morubozu Bullish

Maksud disebalik pembentukan Candlestick Morubozu Bullish ini adalah harga saham ditutup (close) lebih tinggi dari harga buka (open) dimana ianya menunjukkan ramai buyer sedang berkumpul atau beratur pada harga close.

Ini menunjukkan pembelian yang sangat banyak dan momentum menunjukkan kemungkinan harga akan naik lagi pada keesokkan harinya.

2.Volume Besar

Apa yang anda wajib tahu berkaitan volume ini adalah cara baca volume.

Jadinya macam korang nak tahu waktu itu ada volume pembelian yang besar?

Mudah sahaja, caranya adalah korang lihat pada bar hijau yang telah saya bulatkan seperti dalam rajah.

Berdasarkan rajah di atas, ia menunjukkan kenaikan volume hijau yang bermaksud terdapat banyak pembelian yang masuk pada masa tersebut.

Maka harga juga akan cenderung untuk naik. Manakala bar merah bermaksud kemasukan seller/pelabur yang nak menjual.

Jadi untuk mengesan volume pembelian lihat pada bar warna hijau .

Untuk tambahan maklumat berkaitan volume ini, anda perlu tahu kaitan antara pergerakan harga dengan volume.

3.Gap Up

Gap Up adalah harga Open lagi tinggi dari harga Close semalamnya.

Ianya terjadi disebabkan berlakunya permintaan yang tinggi dari hari sebelumnya oleh buyer.

Apabila permintaan yang tinggi datang dari pembeli (buyer), maka Gap Up akan berlaku.

Manakala jika banyak aktiviti penjualan (seller), maka Gap Down akan berlaku.

Gap Up dan Gap Down ini merupakan salah satu signal akan berlakunya perubahan Trend.

Secara mudahnya Gap up – trend berubah kepada Uptrend. Dan Gap down – trend berubah kepada downtrend.

Semoga bermanfaat!!


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?

Ebook setebal 100 muka surat yang bernilai RM299 Mahersaham berikan secara percuma!

Bagi yang serius mahu belajar download sekarang juga!

Download Ebook Saham PERCUMA

Jom tonton video yang kami sediakan

Semoga bermanfaat.

Similar Posts