Bonus Issue

APA ITU BONUS ISSUE & 4 PERKARA WAJIB TAHU?

Bonus Issue Itu Apa?

Bonus Issue

Bonus Issue adalah pemberian unit saham atau warrant kepada Shareholder secara Percuma.

Anda perlu faham Corporate Exercise terbahagi kepada 5. Dividend, Bonus Issue, Right Issue, Share Split dan Consolidation.

Bonus Issue

Terdapat 4 perkara penting dalam BONUS ISSUE Anda Wajib tahu dan faham:

  1. Ex Date
  2. Ratio
  3. Bila Dapat
  4. Apa kelebihan?

Baru-baru ini ada satu kaunter yang buat Corporate Exercise – Bonus Issue iaitu Kaunter Scope (0028).

Jadi dalam artikel ini saya akan terangkan apa yang berlaku dalam Bonus Issue ini.

4 Perkara Wajib Tahu Dalam Bonus Issue

Pertama, Ex-Date adalah tarikh bagi menentukan sama ada anda sebagai shareholder layak mendapat Bonus Issue atau tidak.

Untuk mendapatkan Bonus Issue perlu sekurangnya beli saham SCOPE sehari sebelum Ex-Date atau jual saham SCOPE sekurangnya pada hari Ex-Date.

Ex-Date: Contoh Case Study

Bonus Issue

Contoh EX-DATE 3 NOVEMBER

  1. ALI – Beli pada 1 NOV dan jual pada 3 NOV. Ali Layak dapat Bonus Issue ini.
  2. Siti – Beli pada 2 NOV dan jual pada 3 NOV. Siti Layak dapat Bonus Issue ini.
  3. Pn Limah – Beli pada 3 NOV dan jual pada 4 NOV. Pn limah Tidak Layak dapat Bonus Issue ini.
  4. En Abu – Beli pada 2 NOV dan jual pada 4 NOV. En Abu Layak dapat Bonus issue ini.

Kedua Ratio/ Conversion adalah berapa penambahan unit saham yang akan diberikan kepada shareholder yang layak.

Ratio/ Conversion Bonus Issue: Contoh Case Study

Sebagai contoh, Ratio Bonus Issue SCOPE 3:10 dan syarikat umumkan untuk bagi 3 tambahan warrant bagi setiap 10 unit saham yang shareholder pegang.

Contoh jika Ali ada pegang 100 unit saham SCOPE.

Cara kira = 3/10 x 100 unit = 30 Free Warrant.

Maka jumlah keseluruhan yang Ali ada dalam portfolio nya adalah 100 unit saham SCOPE + 30 unit Warrant SCOPE.

Bonus Issue

Ketiga tarikh pemberian bila akan dapat Bonus Issue (Transfer Date dan Available Listing Date).

Bagi yang layak dapat Bonus Issue akan nampak penambahan unit saham atau warrant tersebut pada tarikh Available Listing Date.

Available Listing Date: Contoh Case Study

Untuk Case Study SCOPE jika semak pada details pengumuman Bonus Issue SCOPE, Transfer Date pada 22 November 2021.

Tetapi Available Listing Date Free Warrant adalah pada 3 Disember 2021.

Boleh baca Sumber website Bursa Malaysia: https://www.bursamalaysia.com/market_information/announcements/company_announcement/announcement_details?ann_id=3207837

Kelebihan Bonus Issue

Kelebihannya pula, pegangan saham anda akan bertambah di Portfolio.

Bonus Issue

Tapi tak semuanya indah. Anda kena tahu dulu Untung ke Rugi Bonus Issue ini?

Untung Atau Rugi Bonus Issue?

Contoh kita ambil Case Study SCOPE berdasarkan info di Bursa Malaysia ini.

100 unit saham SCOPE anda pegang contoh akan dapat free 30 unit Warrant SCOPE.

Jadi disini pegangan MOTHER tidak berubah. Malah anda siap dapat Free Warrant lagi.

Namun kebiasaanya hari Ex-Date akan berlaku adjusted price.

Disini anda perlu fikir anda mahu short, mid atau long term?

Biasannya pelabur jenis MID dan LONG TERM mereka memang suka Corporate Exercise seperti BONUS ISSUE dan DIVIDEN ini.

Ianya untung kepada pelabur yang simpan saham syarikat untuk target mid hingga long term.

Kenapa Bonus Issue Berlaku?

Bonus Issue berlaku bagi menurunkan harga saham supaya menjadi murah dan lebih ramai mampu beli (Adjusted Price).

Untuk Short term Trader anda perlu fikir tentang adjusted price ini jika inginkan Bonus Issue.

Jika beli sehari sebelum Ex-Date anda perlu consider adjusted price yang bakal berlaku pada hari Ex-date.

Itu sahaja.

Kesimpulan

Baik atau buruk Bonus Issue adalah bergantung kepada trading plan seseorang pelabur itu dan perancangannya.

Long term? Mid term? Short term? Saya tidak memberi apa-apa nasihat disini. Saya hanya menerangkan tentang Bonus Issue yang mana ramai pelabur tidak faham dan soalan yang kerap selalu saya dapat.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan pelabur mula faham tentang apa itu Bonus Issue.

Belum ada akaun CDS Mplus? Boleh mulakan pelaburan saham dengan buka akaun CDS Online. Boleh daftar dulu Akaun CDS bersama saya.

Nak belajar asas saham boleh mulakan dulu dengan Download Ebook Percuma dari Mahersaham.

Similar Posts