Apa Itu Bid

Apa Itu Bid Dalam Saham ?

Apa Itu Bid?

Bid adalah istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada harga dalam saham.

Biasanya bidaan harga yang turun atau naik ini mempunyai saiz atau nilai yang tetap mengikut skala harga tersebut.

Untuk lebih senang faham, bid ini merupakan perbezaan harga saham dari satu harga kepada harga yang lain.

Harga saham bergerak secara volatile dimana boleh jadi harga saham akan turun atau naik dengan sangat laju.

Maka setiap kenaikan atau penurunan harga saham adalah mengikut saiz bid harga saham tersebut.

Tetapi mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa nilai 1 bid saham ni kan?

 

Berapa saiz 1 bid saham?

Saiz 1 bid saham adalah bergantung pada skala harga saham. Maksudnya dalam saham ada skala harga yang tetap.

Untuk lebih faham sila rujuk rajah di bawah:

 

Apa yang anda perlu faham disini adalah harga saham mempunyai skala harga yang tertentu dan nilai bid bergerak mengikut skala harga tersebut.

Sebagai contoh jika harga saham X adalah RM1.30, ianya termasuk pada skala harga RM1-RM9.99.

Jadi kenaikan dan kejatuhan harga saham X ini akan mengikut kiraan saiz bid 0.01 sen.

Maka, apabila saham X naik pada harga yang seterusnya adalah RM1.31, RM1.32, RM1.33 dan seterusnya.

Begitu juga apabila saham X jatuh, harga akan jatuh mengikut kiraan saiz bid 0.01 sen iaitu dari RM1.30 ke RM1.29, RM1.28, RM1.27 dan seterusnya.

Dan sama untuk harga saham yang lain-lain juga dimana jika harga saham RM5, RM10, RM20 atau RM100 dan ke atas.

Pertama sekali anda perlu tahu harga saham tersebut berada di skala mana. Kemudian kiraan harga naik atau jatuh saham tersebut akan mengikut saiz bid (sen) yang telah ditetapkan.

 

Berapa Bid Nak Target?

Dalam saham anda perlu tahu keuntungan saham adalah mengikut kenaikan bid ini dan bilangan lot yang anda beli.

Sebagai contoh, jika anda beli 100 lot saham dengan saiz bid 0.005 sen jadi jika saham naik 1 bid anda akan untung RM50 (belum termasuk caj brokerage) dan jika turun 1 bid anda akan rugi RM50 (belum termasuk caj brokerage).

Cara kira untung / rugi adalah seperti berikut:

100 lot = 10,000 unit

 

Harga jual – Harga beli

 (10,000 unit x RM0.705) – (10,000 unit x RM0.7)

= RM7050 – RM7000

= RM50

 

Jika anda beli saham pada nilai bid yang lain juga seperti 0.01 sen, 0.02 sen dan 0.10 sen boleh kira mengikut contoh yang telah ditunjukkan ini.

Untuk lebih details pengiraan termasuk caj brokerage boleh rujuk cara kira brokerage.

 

Kesimpulan

Jadi dengan tahu saiz bid dalam saham, sebagai pelabur kita akan tahu berapa bid yang kita perlu TP untuk capai target kita.

Contohnya jika kita beli sesuatu saham itu pada harga RM1.30 sebanyak 100 lot = 10,000 unit.

Kemudian nak untung sebanyak RM200 katakan, jadi harga yang perlu kita TP adalah RM1.32 iaitu bersamaan dengan 2 bid dari harga beli RM1.30.

Cara kira adalah seperti berikut:

 

Harga jual – Harga beli = RM200

(10,000 unit x RM X) – (10,000 unit x RM1.30 ) = RM200

(10,000 unit x RM X) – RM13,000 = RM200

RM X = (RM200 + RM13,000) / 10,000 unit

RM X = RM 1.32   ——–>  2 bid dari harga RM1.30

Semoga bermanfaat!


 Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

Similar Posts