Analisa teknikal merupakan salah satu method kajian dalam dunia kewangan untuk menjangkakan pergerakan harga saham. Ia juga boleh diaplikasikan dalam apa juga jenis trading seperti forex, futures dan pasaran komoditi.

Konsep Asas Analisa Teknikal

Analisa teknikal menggunakan 3 pendekatan iaitu market action discounts everything, price move in trend dan history repeat itself. Apa yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga ini?

  1. Market action discounts everything

Di sini bermaksud hal yang menjadi perkara utama dari sudut analisa teknikal adalah ianya hanyalah pergerakan harga naik dan turun sesuatu syarikat yang di dagangkan di Bursa Malaysia. Terdapat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pergerakan sesuatu harga saham antaranya adalah melalui faktor ekonomi, berita global, psikologi manusia, politik dan lain-lain. Hal ini dapat ditentukan dalam pergerakan harga saham. Adakah anda perasan?

  1. Price move in trend

Adakah anda menilai dahulu trend sesuatu harga sebelum anda ingin membeli? Tahukah anda pergerakan harga dipercayai bergerak dalam sebuah trend. Ini bererti apabila trend harga sudah terbentuk, pergerakan harga di masa depan juga akan bergerak ke arah yang sama sehinggalah trend sebaliknya mulai terbentuk.

Jika anda perasan, kebanyakan sistem trading dibuat berdasarkan statement ini. Anda akan dapat lihat ada 3 trend dalam pergerakan harga iaitu uptrend, downtrend dan sideways.

  1. History repeat itself

Tahukah anda sesuatu pergerakan harga akan berulang? Teknikal analisis percaya bahawa sejarah akan berulang kembali. Maksudnya jika sesuatu saham dengan trend tertentu terjadi, maka dikemudian hari trend seperti itu akan terjadi juga.

Analisa Pergerakan Harga Menggunakan Chart Dan Indicator

Untuk menjalankan kajian, terdapat pelbagai jenis chart yang boleh diguna seperti line chart, bar chart, point and figure chart dan yang paling popular digunakan ialah candlestick chart. Chart ini akan digabungkan dengan kehadiran volume serta indicator.

Dalam teknikal analisis, terdapat indicator seperti moving average, MACD, Stochastic, RSI dan macam-macam lagi. Fungsi indicator ini secara umumnya untuk menunjukkan trend pergerakan saham, status harga sama ada sudah terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk dibeli.

Tiada indicator “ajaib” yang boleh menentukan 100% tepat apa yang bakal terjadi esok. Tetapi kebiasaannya harga akan mengikut pattern tertentu dan boleh dijangka pergerakan melalui indicator.

Indicator dalam analisa teknikal terdapat yang bersifat “leading” tetapi banyak false signal, manakala yang “lagging” bersifat lebih confirm, tetapi lambat. Maka perlu diketahui bila perlu digunakan setiap indicator ini. Tidak semua sesuai digunakan pada setiap masa.

Tak tahu nak gunakan indicator yang mana satu? Jangan risau, kami ada sediakan video tutorial untuk anda belajar tentang Indikator Relative Strength Index (RSI), Indikator MACD dan Indikator Bollinger Bands

Memandangkan terdapat banyak teknik yang boleh digunakan dalam analisa teknikal, terpulang kepada anda untuk mencuba pakai mana-mana teknik yang dirasakan berkesan. Jika anda ingin bersama menyertai komuniti trader Mahersaham, anda boleh belajar saham dari A to Z, bila-bila sahaja, di mana-mana sehingga Pro!

Kredit: diarisaham.com 


Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu

Kongsi Artikel Ini:

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Follow Facebook MaherSaham

Follow Kami