pengeluaran kwsp
|

Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

KWSP memperkenalkan ‘ansuran bulanan pinjaman perumahan’

Setiap orang mempunyai komitmen atau tanggungan untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Pelbagai perbelanjaan yang perlu dibayar termasuklah bayaran kereta dan rumah, perbelanjaan seharian anak-anak, makanan, pakaian dan bermacam lagi.

Semua kos ini semakin bertambah hari demi hari.

Jadi, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan untuk mengurangkan beban.

Pemohon boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Keperluan

Requirements

Warganegara dan Bukan Warganegara

Requirements

Umur bawah 55 tahun

Requirements

Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2

Requirements

Membeli/membina sebuah rumah kediaman*

Requirements

Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP**

Requirements

Ansuran bulanan telah bermula

Syarat-syarat

  • Pengeluaran terhad kepada satu rumah setiap ahli. Pengeluaran seterusnya hanya untuk rumah yang sama sahaja.
  • Jika rumah dibiayai semula, baki pinjaman yang dikira berdasarkan bayaran pinjaman yang asal dari pemberi pinjaman pertama ATAU baki pinjaman terkini, yang mana lebih rendah. Jika lebih dari satu pemberi pinjaman terlibat, surat tebus hutang akan di banding dengan baki terkini bagi menentukan amaun yang layak dikeluarkan. Anda tidak layak memohon jika pinjaman asal telah selesai.
  • Anda boleh membuat pengeluaran untuk mengurangkan ansuran bulanan dan Pengeluaran Menyelesaikan Baki Pinjaman secara serentak.
  • KWSP berhak untuk membatalkan pengeluaran bayaran bulanan jika pinjaman telah diselesaikan, rumah dijual/lelong/ hakmilik dipindah atau jika anda didapati bersalah menipu dengan menghantar maklumat/dokumen palsu.
  • Bagi pinjaman perumahan tertunggak yang berstatus NPL dibenarkan untuk memohon pengeluaran ini dengan syarat bayaran bulanan akan di bayar terus ke akaun pinjaman perumahan.
  • Tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun.
  • Anda boleh membuat pengeluaran dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh ansuran bermula. Bagaimanapun bayaran pengeluaran hanya akan bermula selepas tarikh ansuran sebenar berkuatkuasa
  • Untuk pengeluaran berikutnya, anda boleh memohon seawal 30 hari sebelum tarikh pembayaran ansuran bulanan yang terdahulu selesai.
  • Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
  • Tempoh bayaran maksimum bulanan adalah tidak melebihi baki tempoh pinjaman perumahan
  • Sekiranya semasa ahli memohon, terdapat bayaran pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan peminjam lain masih berkuatkuasa, ahli hanya layak mengeluarkan amaun perbezaan di antara jumlah pengeluaran peminjam lain.

Similar Posts