Annual Report Part 7: Peranan Committee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah dalam blog Mahersaham pada waktu ini.

Haiiiii!!!!!

Korang sihat?

Harapnya korang baik-baik sahaja.

Bagaimana dengan kemahiran analisa fundamental korang dalam saham?

Saya harap korang semakin mahir dalam menganalisa syarikat-syarikat yang menjadi pilihan hati untuk melabur sedikit sebanyak dalam syarikat tersebut.

Artikel berkaitan yang perlu di baca:

Saya akan teruskan dengan cara baca annual report part 7.

InshaAllah ini adalah bahagian terakhir.

Lebih banyak menyentuh tentang peranan committee.

Sedar tak sedar artikel mengenai annual report antara artikel yang terpanjang dalm blog Mahersaham.

Agaknya korang sendiri dapat tangkap di mana ini adalah petanda bahawa mengkaji annual report syarikat adalah sangat penting.

Dengan memahami annual report boleh membantu anda untuk membuat analisis dalam pasaran saham secara fundamental.

Teruskan scroll untuk penerangan lanjut.

Audit Committee

Perlu tak laporan audit syarikat?

Perlu kerana laporan audit adalah sebagai check and balance dalam sesuatu syarikat.

Agar setiap syarikat sentiasa meningkatkan kualiti mereka.

Antara tugas-tugas yang terlibat adalah;

  1. Bagaimana untuk memilih atau melantik internal atau external auditors.
    1. External auditor- audit akaun atau financial syarikat.
    2. Internal auditor- menyemak / memastikan syarikat mengikuti SOP dalam setiap aktiviti syarikat.
  2. Penelitian perancangan internal audit selama 3 tahun.
  3. Mengulas quarterly report dan memberikan cadangan atau penambahbaikan yang sesuai.
  4. Mengulas major corporate proposals dan major investments taken.
  5. Analisis Related-Party Transaction (Transaksi pihak berkaitan)
    1. Transaksi pihak berkaitan adalah urusan antara dua pihak yang mempunyai hubungan perniagaan yang sudah ada sebelumnya.
    2. Contoh mudah macam ni, majoriti pemegang saham terbesar dalam Syarikat ABC adalah mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
    3. Mereka ini perlu ingat bahawa dalam syarikat tersebut juga ada modal daripada public maka tak boleh buat sesuka hati untuk kepentingan peribadi.

Risk Management Committee

Bagi syarikat yang telah berkembang maju, perkara ini merupakan satu keperluan untuk dilaksanakan.

Tugas committee adalah untuk menilai dan mengawal risiko yang melibatkan syarikat.

Antara perkara yang terlibat dalam risk management comittee adalah process dan risk profile.

Di dalam process ini termasuklah;

  1. Internal environment
    1. Kenal pasti situasi yang berlaku dalam syarikat.
  2. Objectives
    1. Tahu objektif syarikat
    2. Tahu objektif semasa hendak analisa risk management
  3. Event identification
  4. Risk assessment
  5. Risk response
    1. Tindak balas syarikat terhadap risiko-risiko yang wujud
  6. Control activities
  7. Information and communication
    1. Memaklumkan mereka yang terlibat denga risiko-risiko agar mereka dapat buat keputusan yang betul.
    2. Terutama melibatkan risko yang agak besar.
    3. Perlu inform kepada top management
  8. Monitoring
    1. Sentiasa monitor risiko-risiko yang wujud.
    2. Risiko semakin berkurangan atau bertambah

Antara risk profile yang perlu di analisa pula antaranya;

***nota penting: senarai di bawah adalah spesifik untuk syarikat Pohuat kerana dari part 1 annual report saya ambil contoh syarikat Pohuat.

  1. Adverse changes in the global economy of in the country in which the Group operates in and sell to;
  2. Intense competition in global furniture trade and increased price pressure on products;
  3. Depleting woods resources and increasing in raw material prices
  4. Shortage of labour and competition for managerial and technical skills/capabilities in manufacturing processes;
  5. Tightening in regulation and law in countries where the Group operates and sell to;
  6. Health, safety, environment and security risk;
  7. Exposure to foreign exchange fluctuation;
  8. Exposure to receivable and credit risks.

Setiap syarikat berbeza risiko yang mereka hadapi.

Jadi apabila kita mengkaji annual report sesuatu syarikat, syarikat tersebut akan kenal pasti kemungkinan risiko-risiko yang bakal dihadapi.

Dan beberapa perkara untuk mengatasi atau mengurangkan risiko terhadap syarikat.

S.W.O.T

Selain itu, antara perkara yang penting juga untuk kita menganalisa syarikat secara keseluruhan adalah dengan mengetahui SWOT.

Committee
Kredit: Freepik

Apa itu SWOT ??

SWOT merupakan akronim daripada 4 perkataan iaitu;

  1. Strengths (kehebatan/kekuatan)
  2. Weaknesses (kelemahan)
  3. Opportunities (peluang)
  4. Threats (risiko)

Strengths (kehebatan/kekuatan)

  • Apa perkara-perkara bagus yang syarikat tersebut lakukan?
  • Apa yang membezakan sesuatu syarikat dengan pesaingnya?
  • Siapa directors syarikat tersebut?
  • Apakah dan berapakah aset-aset yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Weaknesses (kelemahan)

  • Apakah kekurangan syarikat tersebut
  • Apa perkara yang pesaing buat lebih baik daripada syarikat tersebut.
  • Adakah syarikat tersebut kekurangan resources (bahan mentah/ main power/ modal)

Opportunities (peluang)

Adakah sebarang peluang untuk membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi:

  • Peluang untuk kurang persaingan di sesuatu kawasan
  • Produk yang belum dihasilkan oleh mana-mana syarikat
  • Inovasi yang boleh dilakukan dalam produk /servis syarikat

Threats (risiko)

Risiko yang mungkin dihadapi oleh syarikat, seperti yang saya terang di atas tadi.

Kesimpulan

Pelaburan bukan sahaja memerlukan modal bah kan ia memerlukan ilmu.

Kerana tanpa ilmu boleh jadi seorang pelabur itu tidak mendapat keuntungan tetapi sebaliknya.

Seperti yang saya jelaskan di bahagian atas, dengan memahami annual report boleh membantu anda untuk membuat analisis dalam pasaran saham secara fundamental.

Bagaimana pula sekiranya korang hendak menganalisa secara teknikal?

Jangan risau, korang boleh baca teknikal analisis.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts