Analisa Saham Melalui Aplikasi StockHunter
Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan untuk analisa saham atau memilih kaunter saham untuk dibeli. Untuk permulaan, ia agak sukar kerana anda belum mengenali kaunter saham yang ada. Jadi banyak analisa saham atau ‘homework’ yang anda perlu lakukan untuk memilih kaunter yang benar-benar berpotensi untuk memberikan keuntungan.
Kalau anda berjaya menjadi independent tanpa mengharapkan sebarang cadangan atau buy call dalam pasaran saham, anda dah kira level otai. Salah satu cara yang kami boleh cadangkan untuk kegunaan anda membuat market screening ialah analisa saham melalui aplikasi StockHunter.
StockHunter
Sebelum itu, jika anda belum mempunyai aplikasi ini, sila download terlebih dahulu di Google Play Store. StockHunter merupakan dibina khas untuk saham tempatan jadi anda mempunyai akses terhadap maklumat semua kaunter yang didagangkan di Bursa Malaysia. Nak tahu aplikasi lain berkaitan saham yang wajib ada dalam smartphone anda? Rujuk disini.
3 Features Utama StockHunter
Aplikasi ini kerap digunakan untuk para pelabur melakukan stock screening, berita semasa saham juga market overview. Kami kupaskan dahulu guideline untuk anda gunakan kemudahan market screening.
Market Screener
- Pilih ‘Hunt’ diruang paling kiri bawah.
- Pilih ‘Drop down button’
Disini anda mempunyai pilihan untuk menyaring kaunter mengikut kategori yang disukai sama ada Hot, Trend, Growth, Top, Report, Momentum, Sector, Fundamental, Dividend, Warrant.
Setelah anda memilih mana-mana saham yang dikehendaki, paparan layout akan menunjukkan maklumat-maklumat penting yang diperlukan untuk kajian anda. Sebagai contoh, rujuk screenshot dibawah untuk saham Pesona beserta penerangan.
1. Nama Kaunter
2. Kod Kaunter
3. Simbol ‘S’ Untuk Kaunter Patuh Syariah
Rujuk disini untuk mengetahui bagaimana Majlis Penasihat Syariah menetapkan sesebuah kaunter itu halal atau haram untuk melabur.
4. Merujuk Pada Permulaan & Pengakhiran Kewangan Syarikat
Akta Syarikat 2016 tidak menyatakan tarikh di mana suatu tahun kewangan akan bermula atau berakhir, maka keputusan untuk menentukan tahun kewangan, termasuk sebarang perubahan adalah sepenuhnya mengikut budi bicara syarikat. Dalam contoh ini, tahun kewangan syarikat Pesona adalah pada bulan September.
5. Sektor Perniagaan Syarikat
Semua kaunter saham dalam Bursa Malaysia dikelaskan kepada 13 kategori utama iaitu Consumer Products & Services, Industrial Products & Services, Construction, Technology, Special Purpose Acquisition Company (SPAC), Financial Services, Property, Plantation, Real Estate Investment Trusts (REITs), Energy, Health Care, Telecommunications & Multimedia. Anda mungkin berminat untuk mengetahui Prestasi Indeks Bagi Sektor- Sektor Saham di Bursa Malaysia.
-
Jumlah Bintang dan Bilangan Hari
StockHunter mempunyai system grading mereka yang tersendiri dimana bintang menunjukkan rating kaunter manakala bilangan hari merujuk kepada tempoh kaunter dalam trend menaik (uptrend).
7. Status Semasa Kaunter Saham
- YearHigh – Merujuk kepada harga saham sedang menghampiri harga tertinggi tahunan.
- QoQ – Bermaksud laporan kewangan suku tahunan meningkat berbanding quarter report yang lepas
- YoY – Bermaksud laporan kewangan tahunan meningkat berbanding tahun kewangan yang lepas
8. Price Earning Ratio
PE Ratio adalah salah satu cara penilaian saham paling popular dalam analisis fundamental. Ia adalah nisbah antara price dan earning. Untuk kupasan lanjut mengenainya, rujuk FB Page Mahersaham.
9. Dividend Yield
Dividend Yield (DY) bermaksud pulangan dividen. Nilai DY berubah-ubah setiap hari berasaskan harga saham. Jika harga saham naik lebih tinggi, maka lebih rendah dividend yield. Bagaimana untuk cari kaunter dividen yang bagus? Sila tonton video ini.
10. Return On Equity
11. Margin
12. Harga Semasa Saham Seunit
13. Nilai dan Peratus Kenaikan / Penurunan Saham
14. Volume diperdagangnkan Pada Hari Tersebut
Volume mewakili aktiviti trader dalam market. Setiap seunit volume bermaksud seunit share telah pun berjaya bertukar tangan dari seller ke buyer. Oleh itu, daily volume bermaksud berapa jumlah share yang telah berjaya bertukar tangan dalam masa sehari.
News
Untuk segmen berita saham, by default ia akan memaparkan berita dalam kedua-dua bahasa iaitu English dan Mandarin. Jika anda hanya mahukan berita English, tukar option bahasa di bahagian ‘setting‘.
Market Overview
Untuk feature Market, anda dapat melihat gambaran keseluruhan prestasi pasaran dari sudut Top Volume, Top Gainer, Top Loser, Top Gainer %, Top Loser %. Top gainer % akan menunjukkan kaunter saham yang naik mengikut peratus keuntungan dimana kaunter saham ini selalunya lebih murah berbanding dengan kaunter yang tersenarai dalam top gainer.
Kesimpulan
Pelaburan saham memerlukan proses yang panjang. Ia bukan skim cepat kaya yang menjanjikan keuntungan yang cepat dan mudah. Jika anda malas untuk buat kajian saham, pertimbangkan semula keputusan anda untuk bergiat dalam bidang saham.
Ini kerana pasaran saham merupakan lubuk duit jika anda bijak mengambil peluang dan rajin membuat kajian. Tapi jika anda tidak berilmu dan malas membuat kajian, bidang saham hanya akan meleburkan duit anda. Cari ilmu dan sertai komuniti Mahersaham sekarang!
Jom buka akaun CDS secara online bersama M+.
4.5