Analisa Fundamental VS Analisa Teknikal
Dua Dunia : Fundamental Vs Technical
Dalam bahagian jenis-jenis analisa dalam saham kita didedahkan dengan dua analisis yang utama dalam saham, iaitu analisa fundamental dan juga analisa teknikal.
Dua analisis yang utama ini juga lah yang kebiasaannya mengelirukan komuniti saham.
Dalam sesetengah keadaan, apa yang diajarkan oleh fundamental sangat bertentangan dengan technical analysis.
Antara perbezaan yang boleh kita teliti adalah :
1. Bila Harga Jatuh
Fundamental analysis akan menyarankan anda membuat lagi pembelian, risiko semakin rendah. Pembelian pertama yang anda buat sudah pasti berasaskan anggapan dan perkiraan anda bahawa harga yang dibeli berada di bawah harga sebenar (‘intrinsic value’) saham.
Jadi bila harga jatuh, anda sebenarnya sepatutnya beli lebih banyak sebab harga yang lebih murah dan ‘diskaun’ berbanding harga sebenar saham tersebut.
Lain pula dengan technical analysis. Dalam TA, anda diajar tentang Risk and Reward Ratio.
Risiko tidak boleh dihapuskan, tetapi ia boleh dikawal.
Trading plan tidak semestinya akan berjaya, jadi sekiranya trading plan anda tidak menjadi, iaitu harga jatuh, maka adalah lebih baik anda mengurangkan potensi kerugian anda dengan jual saham anda setelah paras ‘cut loss price’ pecah.
Jadi bila harga jatuh, nak tambah lagi atau nak kurangkan kerugian?
Sekiranya anda telah pun mengkaji sedalam-dalamnya berkaitan fundamental syarikat, maka adalah munasabah untuk anda tambah pembelian anda (average down). Walaubagaimanapun, plan anda untuk average down sepatutnya sudah dirancang sewaktu pembelian anda yang mula-mula sekali.
Anda seharusnya telah memperuntukkan sebahagian modal anda untuk membeli lebih banyak saham sekiranya harga saham jatuh. Anda juga akan cuba mengurangkan risiko anda dengan membuat pecahan modal dan dibahagikan kepada beberapa kaunter.
Kelemahan average down adalah – analisis anda mungkin salah, dan anda sebenarnya membuang duit. Risiko lain juga adalah, harga saham jatuh lebih teruk berbanding apa yang anda jangkakan, padahal duit anda sudah kehabisan untuk average down.
Untuk yang mengikuti analisa teknikal pula, kadang-kadang harga boleh jadi ‘volatile’ lebih daripada yang sepatutnya. Kejatuhan harga mungkin bersifat sementara dan sekejap sahaja.
Jika seseorang itu meletakkan ‘cutloss’ pada ‘range’ harga yang kecil, seseorang itu boleh terpaksa untuk ‘cutloss’ dengan mudah. Kemudiannya harga saham naik tinggi dan menyebabkan ‘trader’ tersebut menyesal.
2. Bila Harga Naik
Fundamental Analysis mempunyai banyak mazhab atau aliran pemikiran. Benda yang sama juga terjadi kepada Technical Analysis.
Sebagai contoh, harga saham yang naik tinggi, mungkin sudah pun melepasi ‘fair value’ yang dikatakan harga munasabah bagi tersebut akan membuatkan sesetengah pelabur FA menjual saham tersebut untuk mendapatkan keuntungan.
Namun pelabur FA yang lain mungkin tidak akan menjual saham tersebut. Mereka berpandangan lebih jauh, mungkin apa yang mereka harapkan adalah dividend yield yang tinggi sewaktu syarikat mencapai tahap ‘mature’.
Warren Buffett juga adakalanya menekankan bahawa, “time to sell a good stock is never”. Kadangkala juga dia mengingatkan bahawa tindakan menjual saham anda yang sedang naik tinggi untuk membeli saham lain yang perlahan adalah seperti menjual kuda terbaik anda untuk membeli kuda yang lebih perlahan bagi memenangi perlumbaan kuda – yang mana tindakan seperti itu tidak patut berlaku.
Pengkaji TA, atau pun ‘chartist’, akan menggunakan beberapa indikator dalam chart mereka.
Sesetengah indikator tidak akan dapat menangkap pergerakan harga yang besar, sell signal mungkin boleh keluar lebih awal dari yang sepatutnya.
Kadangkala juga, penggunaan beberapa indikator memberikan ‘mixed signals’ kepada trader untuk membuat keputusan yang betul.
Lagi Persamaan Dan Perbezaan
Fundamental Analysis | Technical Analysis | |
Definisi | Mengkaji lata belakang syarikat menggunakan banyak faktor ekonomi | Mengkaji pergerakan harga saham menggunakan chart |
Sumber Data | Financial Statements, News, Statistik untuk industri | Chart dan graf |
Jangka Masa (Kebiasaan) | Panjang | Pendek |
Buy Entry | Bila harga saham berada di bawah intrinsic value, saham dijangka dapat kembali semula kepada harga ‘intrinsic value’ | Bila harga saham membentuk pattern/keadaan tertentu yang berpotensi tinggi untuk harga naik |
Istilah | Pelabur, investor | Peniaga, Traders |
Konsep | ROE, Return on Asset, Discounted Cash Flow | Trendline, Reversal Pattern, Overbought |
Objektif | Nak untung | Nak untung |
Persamaan Cara | Menjangka harga pada masa akan datang | Menjangka harga pada masa akan datang |
Menggabungkan FA dan TA
Dua jenis analisis tidak bermaksud anda perlu pilih salah satu dan ketepikan analisis yang lain.
Analisis adalah analisis, ia cuba memberikan perspektif dan bantuan untuk anda tentukan harga yang sesuai untuk beli saham tersebut.
Semua jenis analisis akan menggunakan beberapa anggapan dalam menganggar nilai atau harga syarikat tersebut pada masa hadapan.
Di Mahersaham kami menggunapakai kedua-dua analisa ini. Tugas kami adalah mencari pelaburan yang dapat memberikan keuntungan dalam masa yang singkat, dengan risiko yang paling minima dan pulangan pelaburan yang maksima.
Berbekalkan ilmu tentang FA dan TA, kami dapat mengenal pasti sebab di sebalik kemasukan volume besar ke dalam saham : adakah itu kemasukan sindiket/spekulator ataupun institusi-institusi kewangan yang menggunakan analisa fundamental.
Kami juga menggunakan TA dalam mengenal pasti ‘perfect entry’ bagi membolehkan masa pegangan saham untuk mendapatkan pulangan besar adalah singkat dan risiko kurang.
Kesimpulan
Elakkan berfikiran sempit dengan hanya menjadi pentaksub satu jenis analisa sahaja. Kadang-kadang mengisytihar satu jenis analisa adalah lebih baik daripada analisa yang lain hanyalah satu taktik pemasaran bagi meraih populariti atau pengiktirafan dari orang lain.
Jangan mudah terjerat dan pastikan anda sentiasa cuba mendalami ilmu saham daripada pelbagai aspek.
Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pembelajaran berkaitan dengan Analisis Fundamental. Untuk senarai penuh artikel yang disusun secara sistematik, boleh lawati Belajar Analisis Fundamental Secara Komprehensif
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaburan saham di Bursa Malaysia?
Nak jual beli saham tetapi belum ada akaun CDS?
Apa lagi, jom daftar akaun CDS bersama Mahersaham dan anda boleh join kelas khas untuk klien Mahersaham.
4.5