AmInvestment- Tingkat sektor pengangkutan dan logistik
AmInvestment- Pemulihan secara beransur menyebabkan sektor pengangkutan dan logistik ditingkatkan menjadi neutral
Pada masa kini, sektor pengangkutan dan logistik kini dilihat semakin mendapat perhatian dalam kalangan para pelabur. Permintaan terhadap sektor ini juga semakin tinggi.
Isu semasa kali ini saya ingin mengupas dengan lebih lanjut mengenai syarikat AmInvestment Bank Berhad yang telah mengambil langkah baru dalam usaha memberi fokus kepada sektor pengangkutan dan ekonomi di peringkat global

AmInvestment Bank Bhd telah meningkatkan permintaannya untuk sektor perdagangan kontena, sektor pengangkutan dan logistik dari “kurang berat” menjadi neutral
Hal ini kerana ia percaya segmen pelabuhan ini mulai dilihat makin pucuk hijau, yang disokong oleh pembukaan semula ekonomi di peringkat global.
Jika dikemas kini sektor hari ini, dapat dilihat rumah penyelidikan juga mengatakan pemulihan segmen pelabuhan atau sektor pengangkutan ini telah disokong oleh Shanghai Containerized Freight Index
Ia adalah sebuah barometer untuk mengukur kesihatan dagangan global yang telah mencatat rekod tinggi, ini menunjukkan permintaan yang kuat untuk sektor pengangkutan kontena ini.
Dalam kenyataan baru ini AmInvestment berkata:
“Kami dapat melihat bahawa sektor pengangkutan dan pelabuhan di dalam dan di rantau ini telah mencatatkan rekod yang terburuk, dan ia akan mengalami proses pemulihannya ketika ekonomi global dibuka kembali”
Pertumbuhan Output
UNCTAD meramalkan bahawa rantau Asia akan mengalami pertumbuhan output:
6.3% tahun ke tahun (yoy) pada tahun kewangan 2021 (FY21)
Berbanding pertumbuhan 4.1% yoy di peringkat global, diikuti pula oleh penguncupan yoy 0.9% di Asia berbanding 4.3% yoy secara global dalam unjuran FY20.
Mereka percaya perkara ini adalah yang utama kerana negara-negara membangun merupakan rumah bagi banyak pembekal di sektor yang berkembang pesat. Antaranya ialah:
i) peralatan komunikasi
ii) semikonduktor
iii) tekstil dan pakaian
Perkara ini sedikit sebanyak akan memberikan sumbangan positif terhadap pertumbuhan dalam sektor perdagangan kontena di pelabuhan rantau ini.
Sementara itu, pihaknya mengatakan segmen logistik terus mendapat keuntungan dari lonjakan permintaan e-dagang yang dipicu oleh wabak itu
Sementara sektor yang sesak secara tempatan terus dibebani oleh persaingan ketat, yang mengakibatkan penurunan margin yang teruk.
AmInvestment mengatakan pilihan utama dalam sektor ini adalah MMC Corp Bhd (“beli”; nilai saksama [FV]: RM1.56) dan Westports Holdings Bhd (“beli”; FV: RM4.45) kerana menjangkakan pemulihan dalam pengeluaran kontena dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang.
Kesimpulan
Namun, ia percaya sektor pengangkutan atau perjalanan udara domestik dan serantau dapat pulih dengan kuat jika pandemik COVID-19 ini dapat dibendung dengan berkesan baik melalui penelusuran kontak atau ketersediaan vaksin.
_________________________________________________________________________________________
Anda newbie dalam saham?
Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?
Tapi tak tahu nak mula dari mana?
Jangan risau download ebook PERCUMA Mahersaham sekarang juga !