Air Asia X akan mengumpulkan RM500 juta

Air Asia X akan mengumpulkan RM500 juta melalui hak dan penjualan saham baru

Hai dan salam sejahtera! Tuan-tuan dan puan-puan, seperti yang korang sedia maklum, dunia telah dilanda wabak COVID-19 yang telah banyak memberi kesan kepada semua individu.

Pandemik ini juga telah memberi kesan kepada beberapa sektor dalam Bursa Malaysia. Dan.. seperti yang kita tahu, sektor penerbangan dan pelancongan telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 ini.

Antara penerbangan yang terjejas ialah Air Asia. Telah keluar berita di The Star yang mengatakan bahawa syarikat Air Asia X hendak mengumpulkan dana sebanyak RM500 juta ringgit melalui right issue dan juga penjualan saham.

AirAsia X
Kredit Gambar: The Star

Menurut pakar analisis, ia mengatakan bahawa memang betul syarikat penerbangan ini akan mengalami kejatuhan yang teruk tetapi jika ia dapat bertahan maka ia akan kembali pulih selepas wabak COVID-19 ini tamat.

Namun, untuk sesebuah syarikat itu bertahan ia memerlukan satu akaun syarikat atau balance sheet yang kuat untuk dia meneruskan cash flow nya. Seperti membayar gaji dan handle cost yang terlibat sepanjang mengalami kerugian.

Cara Air Asia X Kumpul Dana

Ada yang mengatakan bahawa Air Asia X balance sheet tak berapa kukuh namun branding syarikat ini agak power.

Jadi.. salah satu cara untuk Air Asia X mengumpulkan dana untuk menyelamatkan syarikat ini adalah dengan melalui right issue ini.

Air Asia X
Kredit Gambar: Malaysiastock.Biz

Korang juga boleh search kaunter Air Asia X ini di MalaysiaStock.Biz untuk melihat perkembangan harga saham ini. (Stock Code: AAX)

Right Issue Air Asia X

Air Asia X mengatakan bahawa mereka menyasarkan untuk mengumpulkan dana sehingga RM300 juta daripada right issue. Melalui right issue ada 2 cara untuk sesebuah syarikat untuk mendapatkan dana daripada Bursa Malaysia.

Yang pertama adalah ketika syarikat itu melaksanakan IPO ketika mula-mula sekali ia diniagakan di Bursa Malaysia

Yang kedua pula adalah dengan cara ia membuat right issue. Right issue ini dimana syarikat ini open lagi saham baru untuk dibeli oleh orang ramai.

Dan.. cara yang ketiga adalah apabila dia membuat private placement.

Private placement ini adalah apabila dia dah set ada certain share dia nak buka untuk dijual tetapi ia tidak jual pada orang ramai. Dia hanya jual pada orang tertentu sahaja yang mana orang ini sanggup membeli secara bundle dalam kuantiti yang banyak.

Share Sale Exercise

Sementara itu..RM200 juta lagi akan diperoleh daripada cadangan penjualan saham yang dicadangkan. 

Dibawah rancang ini terdapat sebuah syarikat yang dipanggil sebagai special purpose vehicle yang dibuat oleh Datuk Lim Kian Onn akan cuba untuk subscribe RM200 juta saham dalam AAX ini.

Operating Expenses Air Asia X

AAX mengatakan lagi bahawa RM500 juta ini akan dikumpulkan dan digunakan untuk working capital yang mana termasuk aircraft acvtivation costs, salaries dan lain-lain yang berkaitan dengan perjalanan syarikat ini.

Capital Reduction

Suka untuk diingatkan bahawa walaupun selepas berjaya mendapat RM500 juta ringgit nie, shareholder fun akan membuat capital reduction.

Dan..selepas ia membuat capital reduction akan tetap masih negative. Maksudnya.. kepada sesiapa yang membeli saham AAX sekarang ini sebenarnya dia membayar untuk menanggung hutang saham AAX ni.

Dalam kata yang lain, nilai saham dia adalah negative.

Antara alternative syarikat ini ialah saham nya akan dijual kepada orang lain jadi bila dah dijual creditor yang memberikan hutang tidak akan mendapat apa-apa kerana shareholder fund dah negative

Kesimpulan

Kesimpulannya, berita ini merupakan berita yang positive kerana macam yang kita boleh nampak insider sendiri iaitu Deputy Chairman sanggup untuk menubuhkan satu syarikat untuk cuba menyelamatkan company Air Asia X ini.

Jika ia gagal, dia akan kehilangan RM200 juta ringgit.

Di sini dapat kita lihat keyakinan yang ada pada Datuk Lim Kian Onn ini dan sifat keyakinan ini yang harus kita tanam dalam diri.

Selain itu, tidak dilupakan juga untuk membuat analisis dengan lebih mendalam mengenai sesuatu saham syarikat dan tahu isu semasa saham syarikat yang korang beli tersebut.

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Moga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Anda Newbie dalam Saham?

Nak belajar tentang saham? Nak tahu lebih lanjut?

Tapi tak tahu nak mula dari mana?

Jangan risau download ebook PERCUMA  daripada Mahersaham sekarang juga!

Dan klik sini untuk buka akaun CDS dengan Mahersaham.

Similar Posts