90% Kemajuan Vaksin Beri Keyakinan Pada Saham Global

COVID-19: Perkembangan keberkesanan vaksin hingga 90% 

 

90% keberkesanan dalam tempoh 10 bulan telah dicatatkan dalam Laporan Pfizer mengenai vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan.

Artikel kali in saya akan share dengan anda semua mengenai perkembangan vaksin COVID-19 yang pastinya dinanti-nantikan oleh kita semua dan pihak kerajaan dalam mencegah dan menghapuskan pandemik COVID-19 ini.

Pfizer Inc mengatakan vaksin COVID-19 yang dikembangkan bersama rakan niaganya Jerman iaitu BioNTech SE telah mencapai 90% keberkesanan. Keberkesanan ini amat membanggakan.

Ia sebagai hasil pertama yang berjaya dari percubaan klinikal berskala besar yang bertujuan untuk mencegah penyakit

 

 

90%
Kredit Gambar: The Edge Market

 

 

Keberkesanan vaksin ini juga menyumbang kepada stok dan minyak global yang melonjak naik serta treasuries habis dijual pada hari Isnin.

Dr Sai Kit berkata, menjadi satu berita yang gembira apabila vaksin COVID-19 itu yang sedang dibangunkan berjaya mencatatkan keberkesanan hingga 90%

Hal ini disebabkan oleh dunia sekarang semakin melambung tinggi kes COVID-19. Tambahan pula, bilik rawatan intensif di hospital semakin berkurang dan jumlah kematian semakin tinggi.

 

 

90% Keberkesanan Vaksin Beri Galakan Kepada Saham Global

 

Di Wall Street, Dow Jones Industrial Average naik 2.95%, S&P 500 naik 1.17% sementara Nasdaq Composite turun 1.53%.

Selain itu, niaga hadapan E-mini untuk S&P 500 meningkat 0.47%.

Nikkei 225 Jepun meningkat 1.5% ke paras tertinggi 29 tahun dalam perdagangan awal dan S & P / ASX 200 Australia meningkat 1.4%. 

Index futures Hang Seng Hong Kong meningkat 1.85%. Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun ditutup 0.12% lebih tinggi.

Manakala, pengumuman Pfizer menggegarkan saham Eropah ke paras tertinggi dalam 8 bulan, berdasarkan harapan dasar perdagangan yang lebih stabil berikutan pilihan raya A.S.

Selain daripada itu, harga minyak melonjak mencatat kenaikan peratusan harian terbesar dalam lebih dari 5 bulan.

Hal ini terjadi apabila berita vaksin dan kesepakatan pengeluaran OPEC mendorong permintaan yang meningkat.

 

 

 

 

Percubaan Vaksin COVID-19

 

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla menyebut set pertama hasil percubaan vaksin Tahap 3 COVID-19.

Set pertama ini yang sedang berlangsung memberikan bukti awal mengenai kemampuan vaksin untuk mencegah COVID-19.

“Syarikat itu merancang untuk mengemukakan permohonan penggunaan kecemasan kepada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada minggu ketiga November ini,” katanya.

Dr Sai Kit berkata, keputusan terhadap ujian yang dilakukan oleh syarikat itu terhadap 44,000 orang menunjukkan ‘pencapaian kritikal’ dalam usaha menghasilkan vaksin berkenaan.

Pfizer berharap untuk membekalkan 50 juta dos vaksin itu kepada kira-kira 25 juta orang di seluruh dunia, menjelang akhir 2020.

In shaa Allah Malaysia juga akan dapat mengakses vaksin ini dengan secepat mungkin.

 

Kesimpulan

 

Seperti yang anda semua dapat lihat, kemajuan dalam pengembangan vaksin COVID-19 ini telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi dunia.

Ekonomi dunia dilihat ada sedikit peningkatan dan kemajuan akibat perkembangan keberkesanan oleh vaksin COVID-19 sebanyak 90%.

Sementara menunggu vaksin COVID-19, penting bagi kita untuk terus mengikut peraturan elak penularan COVID-19 hingga kita dapat mengakses vaksin itu.

Moga kita dapat sama-sama menghapus penularan COVID-19.

 

 

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

Moga artikel kali ini memberi manfaat dan pengetahuan yang baru buat anda!

Anda juga boleh ikuti Youtube Mahersaham, Channel Telegram dan Facebook Mahersaham untuk mengikuti perkembangan dan informasi semasa tentang saham dari kami setiap minggu.

 

Similar Posts