Select Page

8 Aplikasi Perlu Ada Dalam Smartphone Pelabur Saham

8 Aplikasi Perlu Ada Dalam Smartphone Pelabur Saham

Dengan perkembangan teknologi terkini, semakin banyak kemudahan untuk membantu pelabur saham mendapatkan informasi serta menjalankan kajian saham. Melalui kemudahan aplikasi ini, ia dapat membantu anda membuat keputusan pelaburan yang lebih baik. Kami kongsikan 8 aplikasi yang  patut ada dalam smartphone anda:

  1. KLSE Screener 

KLSE Screener merupakan aplikasi khusus yang dibangunkan untuk pasaran saham tempatan. Ia antara aplikasi terlengkap yang ada kerana menawarkan pelbagai features menarik seperti stock screener, company info, price alert notification, berita ekonomi dan saham semasa, kalkulator saham untuk anda membuat pengiraan sama ada pelaburan yang dibuat mendatangkan keuntungan atau tidak setelah ditolak kos brokerage fee, clearing fee dan stamp duty.

2. StockHunter 

StockHunter juga adalah aplikasi berasaskan saham tempatan. Kelebihan utama aplikasi ini ialah ia memudahkan proses screening kerana mempunyai layout yang user-friendly dan informatif berbanding aplikasi lain. Ia turut mempunyai kemudahan watchlist dan juga market news. 

3. Bursa Market Place 

Bursa Market Place merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Bursa Malaysia Bhd sendiri bagi menggalakkan golongan celik saham. Paparan layout aplikasi ini lebih moden dan segar berbanding yang lain. Dari sudut features, ia turut mempunyai market screener, ruangan berita semasa, edukasi saham dan games dimana anda boleh bersaing dengan peserta yang lain untuk mengembangkan wang secara virtual.

4. Telegram Group Mahersaham 

Group Telegram Mahersaham ditubuhkan bagi mengumpulkan komuniti saham untuk berkongsi sebarang pandangan, pertanyaan atau berita semasa. Group ini adalah percuma. Jika anda ingin turut serta, klik disini. Tuan Maher beserta team Mahersaham yang lain turut ada dalam group ini. Sebarang persoalan boleh diajukan untuk pembelajaran bersama peserta yang lain.

Kami turut mempunyai Group Mahersaham Premium berbayar dimana anda akan menerima konten pembelajaran saham yang lebih komprehensif bagi menjadi seorang super trader yang berjaya. Anda juga akan menerima prioriti layanan dari Team Mahersaham jika mempunyai sebarang bantuan berkaitan pelaburan saham. Selain itu juga, kami turut kongsikan kepada anda tips-tips kaunter berpotensi setiap hari untuk kajian anda.

5. Investing.com 

Aplikasi ini merupakan produk luar jadi anda boleh mendapatkan berita kewangan serta Analisa saham dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Jika anda turut melabur dalam pasaran luar seperti di Nasdaq, Dow Jones atau London Stock Exchange, aplikasi ini memang sesuai untuk anda.

6. M+ Online

Trading platform M+ Online dibangunkan oleh broker M+ bagi memudahkan client menjalankan urus jual beli saham melalui smartphone. Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlu membuka akaun CDS bersama M+ terlebih dahulu untuk mendapatkan username dan password. Jika anda sudah mempunyai akaun CDS sedia ada, anda masih boleh mendaftar bersama M+ kerana kami menawarkan brokerage fee terendah berbanding pesaing yang lain. Buka akaun M+ bersama Mahersaham secara percuma sekarang! 

7. Facebook Page Mahersaham 

Selain dari group telegram, Mahersaham turut mempunyai akaun FB Mahersaham yang menjadi platform untuk kami berkongsi ilmu mengenai saham dan update semasa pasaran saham. Kami akan mengemaskini konten setiap hari jadi jika anda taknak terlepas sebarang update dari kami, pastikan anda like page dan set ‘see first’.  

Anda juga boleh mengikuti akaun personal Facebook pengasas Mahersaham, Tuan Maher Alias yang juga merupakan remisier bersama M+.

8. Stock Trainer 

Biasa dengar tentang paper trade? Ia merujuk kepada aktiviti simulasi pembelian dan penjualan saham atau bahasa mudahnya beli saham olok-olok menggunakan duit maya.

Kalau anda masih baru dan belum mempunyai modal permulaan yang cukup, aktiviti paper trade amat digalakkan supaya anda dapat melatih diri untuk memilih saham yang bersesuaian dan mengukur prestasi pelaburan anda. Melalui Stock Trainer anda boleh memilih kaunter saham global juga pasaran saham tempatan.

Kesimpulan

Kalau sebelum ni anda banyak habiskan masa dengan app tak berfaedah, apa kata anda mula download app yang dapat membantu anda jana wang dalam pasaran saham pula.  Jika ada aplikasi smartphone lain yang anda suka, jangan lupa kongsikan bersama diruangan komen.

 

Firesale – Ramadhan

Prestasi Saham Bursa Malaysia

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Daftar Akaun CDS Percuma Melalui Kami!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Video Saham Percuma

Video Saham Percuma

Daftar NEWSLETTER kami sekarang dan anda akan menerima :

- link video-video asas saham

- tips-tips saham percuma

You have Successfully Subscribed!

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Screener Saham "Real Time" Berpotensi Tinggi

Kunci kepada kejayaan pelaburan saham anda. Berminat untuk ketahui potensi sebenar Screener ini?

Tinggalkan maklumat anda di sini

You have Successfully Subscribed!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Tonton Video-video Saham Eksklusif!

Kami juga akan ajarkan kepada anda teknik-teknik terbaik, guide tentang platform dan juga update berkaitan dunia saham kepada anda.

You have Successfully Subscribed!

Pin It on Pinterest

Share This